isu kalimah 'Allah'
Lebih 50 tahun kemerdekaan negara dicapai, suasana aman damai negara Malaysia dikecapi seluruh rakyat berbilang kaum dan anutan agama. Tanpa krisis besar yang melibatkan agama berbanding dengan krisis politik perkauman yang mengakibatkan tragedi 13 Mei.
Apakah keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penerbitan Herald The Catholic Weekly menggunakan perkataan 'Allah' yang menjadi unsur paling suci penganut agama Islam itu akan bermulanya satu sejarah krisis pertembungan dua agama di negara ini. Mungkinkah kerana penganut agama Islam di negara ini sudah semakin lemah?
Sebagai ingatan umum, apa yang berlaku di negara barat, Islam sememangnya dibenci oleh yahudi atau lebih jelas lagi sebilangan besar penganut agama kristian. Penindasan yahudi kristian terhadap masyarakat Islam di Palestin, cukup jelas dan umumnya tahu kristian berusaha keras untuk melemahkan agama Islam.
Persoalannya kenapa ia timbul sekarang? Kenapa tidak semasa Tun Dr Mahathir atau Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.
Adakah Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dilihat liberal melalui konsep 1Malaysia atau keadaan orang Melayu Islam kelihatan lemah dan tidak boleh bersatu.
Contoh yang jelas apabila Melayu Islam dalam Pas tidak lagi boleh diajak berunding dan berbincang mengenai perpaduan orang Melayu Islam yang semakin terhimpit lantaran terdapat pemikiran politik sempit dalam parti itu.
Parti Pas yang jelas memperalatkan agama Islam pun sudah boleh menerima Pakatan Rakyat bersama DAP biarpun Karpal Singh dengan jelas menolak penubuhan negara Islam yang menjadi perjuangan Pas.
Jadi, apa yang hendak dikecohkan sangat soal penggunaan perkataan 'Allah' oleh puak kristian kerana orang Melayu Islam yang berbeza pendapat dan pandangan terutama dalam hal politik juga sudah tidak sehaluan dalam hal kesucian agama Islam.
Bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri yang kini Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Johari Baharom memberitahu soal penggunaan perkataan 'Allah' sudah diputuskan tidak boleh dibenarkan dan permit penerbitan Herald itu pernah ditarik.
Beliau juga menjelaskan Kabinet pada tahun 1986 telah memutuskan perkataan 'Allah, 'Baitullah', 'Kaabah' dan 'Solat' dilarang keras dari dipergunakan untuk apa cara sekalipun oleh agama lain di negara ini kecuali Islam yang menjadi Agama rasmi negara.
Namun pada saat dan ketika itu kerana kebiadaban dan sengaja tidak mahu memahami sensitiviti umat Islam di negara ini, mereka menjadi lebih berani, kurang ajar dan tidak menghormati ketuanan negara ini atau kerana mereka memikirkan orang Melayu Islam negara ini boleh menerima kehendak mereka atas dasar kesamarataan serta pandangan sempit terhadap 1Malaysia yang menjadi konsep kerjasama dan perpaduan yang diasaskan Datuk Seri Najib.
Apakah Ketua Biskop Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam tidak sedar diri atau dalam kebengapan bahawa apa yang cuba dilaksanakan itu jelas akan menerima tentangan umat Islam negara ini.
Adakah mereka anggap umat Islam di negara ini lemah terutama orang Melayu Islam dan mungkin juga tanggapan pemimpin negara ketika ini lemah dan terlalu bertolak ansur sehingga mereka berani meminta pelbagai hal tanpa mengambilkira perasaan bangsa Melayu yang menjadi tuan di bumi Malaysia ini.
Kurang ajar dan tidak sedar diri kaum pendatang yang diiktiraf sebagai warganegara ini menjadi-jadi bila pelbagai tuntutan mereka cuba dipenuhi oleh pucuk pimpinan atas nama toleransi dan semua kaum di negara ini perlu diberi pembelaan.
Memetik kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B)Jamil Khir Baharom, "kita perlu terus berdoa kepada Allah supaya memberi kekuatan dalam berhadapan dengan cabaran ini. Dalam hal ini, perbezaan politik atau pun agenda perlu diketepikan. Walau apa pun, kita perlu berusaha untuk menegakkan hak demi Islam, tetapi tanpa menjejaskan sensitiviti pihak lain.
Perkataan bersabar, bertenang, jangan menimbulkan ketegangan, pastikan keamanan negara dan pelbagai kata manis orang Melayu menjadi rutin di bibir pemimpin politik UMNO, malangnya di belakang penuh dengan kegeraman yang tidak terkira, apakah ini satu usaha baik terhadap bangsa sendiri, malah pemimpin parti komponen Barisan Nasional sendiri pun tidak sepatah perkataan memberi sokongan terhadap seruan itu.
Biji buah kata inilah yang sedikit demi sedikit memakan diri umat Islam di negara ini.
Banyak pihak anggap kalau pemimpin kita lemah dan tidak tegas, kita hendak buat apa..." kalau buat lebih-lebih nanti kena warning, jadi kita tengok ajelah apa diorang nak buat... orang kata rayu kita pun kata rayulah..."
Maka tragedi penjajahan terhadap bangsa Melayu Islam di negara ini akan berlaku sedikit demi sedikit tanpa disedari, sejak kemerdekaan negara lihatlah pencapaian ketuanan Melayu negara ini sama ada semakin kukuh ketuanannya atau semakin terhakis. Tentunya ramai pengkaji boleh menjelaskannya.
Oleh itu kata-kata mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed bahawa isu kalimah 'Allah' tidak boleh dicapai melalui proses mahkamah adalah sesuatu yang terdetik disanubari anak bangsa Melayu Islam yang pada saat ini semakin panas cuping telinga mereka.
Banyak pihak secara senyap menganggap tindakan tegas perlu diambil segera seperti menarik balik permit penerbitan Herald kerana telah mencetuskan suasana ketegangan antara agama di negara ini dan menolak atau melarang terus mana-mana agama kecuali Islam menggunakan perkataan 'Allah' dan sewaktu dengannya. Ianya perlu diambil ketetapan tegas dan menutup terus dari dipersoalkan.
Sepatutnya, dalam apa keadaan pun segala bentuk risalah dan penerbitan dilarang terus dari dicetak dan disebarkan walaupun dalam gereja kerana ianya sudah pasti akan dibawa keluar dan akan terbaca oleh orang Islam.
Biarlah dikatakan kerajaan zalim dan tidak adil dalam hal seperti ini daripada berdepan dengan masalah pengkhianatan secara senyap oleh anasir bangsat ini hingga sanggup menodai Islam.
Apapun ketegasan kerajaan amat diharapkan oleh orang Melayu Islam negara ini. Janganlah sampai orang Melayu merasakan mereka tidak boleh bernaung lagi dengan kerajaan pimpinan UMNO dan perlu beralih arah pada PRU13 nanti.
Maka saranan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mahu langkah memperkemaskan Perlembagaan Persekutuan kerana satu penelitian perlu dibuat pada masa ini terdapat ruang teknikal pada Perkara 11 yang boleh dieksploitasi oleh pihak tertentu amat baik sekali.
"Langkah berkenaan boleh mengelak pihak tertentu membuat tafsiran tersendiri dan seterusnya mencabar kesucian Islam di mahkamah," katanya.
Satu persoalan dilontarkan oleh Datuk Johari Baharom ketika berbual melalui telefon dengan penulis berkata, "Sekiranya perkataan 'Allah' itu dianggap boleh digunapakai oleh semua agama, bolehkah kita pinda pada baris pertama Rukunegara, Kepercayaan kepada Tuhan itu ditukar kepada Kepercayaan kepada Allah. Boleh ke...?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan