"Israel perlu menghantar ejen Mossad untuk membunuh Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama kerana mengamalkan dasar anti Israel," kata pemilik sebuah akhbar Yahudi Amerika, kelmarin.
Penerbit akhbar The Atlanta Jewish Times, Andrew Adler dalam kolumnya di akhbar itu pada 13 Januari lalu memberi alasan tindakan itu wajar kerana Obama mengancam negara Yahudi itu.
"Beri arahan bunuh Presiden Amerika supaya Israel terus wujud jika beliau mengambil tindakan demi kepentingan Israel," kata Adler.
Malah, dia juga percaya idea itu walaupun sukar difahami, tentu sudah dibincangkan pemimpin tertinggi Israel.
"Sejauh mana anda sanggup bertindak untuk menyelamatkan tujuh juta nyawa Yahudi, Kristian dan Arab? Anda perlu yakin, seperti juga saya sendiri bahawa setiap tindakan perlu dipertimbangkan," kata Adler lagi.
Berita mengenai gesaan Adler itu dimuatnaik ke internet oleh laman web Gawker dan segera mendapat tumpuan media Amerika dan antarabangsa.
Ia disusuli laporan yang memetik Speaker Dewan Undangan Negeri Kansas, Mike O’ Neal berharap Obama akan pendek umur.
Adler kemudian menyuarakan rasa kesal selepas menerima banyak kecaman.
"Saya amat kesal atas pandangan itu. Saya tidak sepatutnya memberi pandangan itu," katanya sambil berjanji menyiarkan permintaan maaf dalam edisi akhbar seterusnya.
Adler juga memberitahu Gawker bahawa dia menyiarkan pandangan itu untuk melihat reaksi pembaca, tetapi tidak sama sekali menyokong tindakan terhadap Obama atau mengetahui sekiranya Israel menimbangkannya. – Agensi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan