NOTE: Anwar Ibrahim tak boleh dipercayai? Demikian lapor surat khabar orang putih - The Economist - mengenai ketua pembangkang Malaysia yang disanjung dan dipuja-puja oleh pemimpin kanan PAS.
Malang bagi pengarang dan pembaca surat khabar itu, kerana hanya baru hari ni mereka tahu Anwar seorang yang pembohong dan tidak boleh dipercayai. Sedangkan majoriti rakyat Malaysia sudah lama tidak mempercayainya - seorang pemimpin yang sudah hilang seri dan bersikap talam dua muka.
Siapa Anwar Ibrahim sehingga dipuja dan disanjung oleh pemimpin dari negara barat? Adakah kerana beliau seorang yang berwawasan dan berwibawa? Atau hanya kerana beliau suka kepada amalan songsang makanya beliau disanjung sedemikian rupa?
KUALA LUMPUR 15 Jan. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya dianggap sebagai pemimpin yang tidak boleh dipercayai walaupun beliau terselamat daripada hukuman penjara.
Menariknya, label itu diberikan majalah antarabangsa, The Economist dan bukan datang daripada pemimpin UMNO mahu pun Barisan Nasional (BN) yang selama ini sering dituduh sebagai pihak yang berkonspirasi ke atas pertuduhan liwat tersebut.
Menurut The Economist, walaupun Anwar seorang pemimpin yang berkarisma dan memiliki kehebatan sebagai pemidato, tetapi imej serta reputasinya sebagai ketua pembangkang tercemar khususnya dalam kalangan generasi muda di negara ini.
"Bagaimana keputusan (mahkamah) itu akan memberi kesan kepada politik Malaysia? Dalam jangka pendek, kemenangan (pembebasan) Anwar sudah tentu memberi rangsangan sangat diperlukan kepada pakatan pembangkang yang diketuainya.
"Namun, untuk jangka masa panjang belum jelas. Reputasinya tercemar dan beliau seorang pemimpin yang tidak boleh dipercayai khususnya bagi generasi muda Malaysia," kata majalah tersebut sebagaimana dipetik dari laman webnya, http://www.economist.com hari ini.
Isnin lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar selepas Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Mohd. Saiful Bukhari Azlan selain tidak selamat untuk bergantung kepada bukti asid deoksiribonukleik (DNA).
Pembebasan itu disambut baik oleh beberapa pihak yang cenderung menyokong kebebasan hak kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) termasuk sebuah pertubuhan homoseksual dari Filipina, Organisasi Progresif Gay Filipina (ProGay).
Malah, Anwar sendiri tidak terkecuali bercakap mengenai homoseksual apabila mempertikai undang-undang berkaitan perkara itu di Malaysia yang disifatkannya sebagai sudah lapuk dan tidak relevan ketika menjawab soalan wartawan agensi berita antarabangsa, BBC.
Dalam pada itu, The Economist menambah, ketua pembangkang itu juga gagal membawa pemodenan dalam politik apabila PKR yang diterajuinya dipenuhi ahli keluarga sendiri selain pelbagai masalah dalaman meskipun beliau sering kali melaungkan reformasi.
"Pembangkang di Malaysia kini terperangkap dengan (moral) Anwar sebagai pemimpin (selepas dibebaskan mahkamah). Anwar mungkin masih popular bagi sesetengah pihak, tetapi dia juga kini terlalu lemah untuk menumbangkan BN," dakwa majalah itu lagi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan