Ahad, 15 Januari 2012

Hidup gay, hidup homoseksual !!!! Ini yang dia mahukan

NOTE: Kita janganlah terkejut kalau 'perdana menteri' kita yang baru mahu membubarkan undang-undang berkaitan dengan kegiatan homoseksual selepas PRU 13 ini mengikut citarasa dan seleranya.

Dan janganlah pula kita terkejut kalau-kalau kita berjalan-jalan di sekitar kompleks beli belah di Kuala Lumpur dan pusat-pusat bandar di negeri-negeri dalam negara ini, kita terserempak dengan perbuatan dan tingkah laku pasangan lelaki sama lelaki bercumbu-cumbuan, dan pasangan perempuan dengan perempuan berpeluk-pelukan sesama sendiri tanpa rasa malu di khalayak ramai.

Sebab itu yang kita mahu apabila kita memilih Anwar Ibrahim dan pembangkang menang dalam PRU 13 ini.

Perubahan anutan dan budaya ini tentu sekali menggembirakan Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi Awang kerana sekurang-kurangnya hasrat, impian dan cita-cita mereka untuk menjatuhkan BN dan menaikkan Anwar sebagai perdana menteri yang baru telah tercapai.

Dan ke mana pula orang-orang yang soleh dan beriman kepada Allah hendak menyembunyikan diri daripada terperangkap dalam kelompok manusia yang dilaknat Allah ini? Perlukah rakyat Malaysia yang beriman membina sebuah lagi bahtera untuk melarikan diri dari kumpulan yang menyekutukan Allah ini? wallahu a'lam.


KUALA LUMPUR 14 Jan. – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan undang-undang berkaitan kegiatan homoseksual di negara ini.


Sambil menyifatkan undang-undang tertentu sebagai lapuk, Anwar juga berkata, ia tidak boleh diterima sebagai sesuatu yang relevan.

"Kita tidak mempromosikan aktiviti homoseksual ini secara terbuka tapi untuk menggunakan undang-undang ini bagi menghukum mereka yang tidak bersalah adalah sesuatu yang tidak boleh diterima," katanya.

Kata beliau lagi: "Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita tetapi kami tidak harus dilihat sebagai menyusahkan dan menganggap undang-undang lapuk sebagai relevan."

Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan daripada wartawan BBC mengenai sokongan yang diterima beliau daripada golongan gay di negara ini ekoran pembebasan daripada tuduhan meliwat pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 9 Januari lalu.

Rakaman temu bual selama kira-kira empat minit itu berlangsung pada 12 Januari lalu dan boleh ditonton menerusi laman web BBC Asia di http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-16531714.

Anwar dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada pertuduhan itu selepas hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Mohd. Saiful Bukhari dan tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada bukti asid deoksiribonukleik (DNA).

Pembebasan Anwar disambut baik oleh beberapa pihak yang cenderung menyokong kebebasan hak kumpulan lesbian, gay, bisesksual dan transeksual (LGBT) termasuk sebuah pertubuhan homoseksual di Filipina.

Dalam sokongan kepada Anwar, pertubuhan yang dikenali sebagai Organisasi Progresif Gay Filipina (ProGay) menerusi sebuah portal berita di http://www.tempo.com.ph membuat kenyataan, sudah tiba masanya undang-undang berkenaan liwat yang merupakan sebahagian daripada legasi kolonial British itu dihapuskan.

Di dalam negara pula, beberapa pihak turut menyatakan sokongan pembebasan Anwar itu termasuk Majlis Peguam yang menyifatkan dakwaan terhadap Ketua Pembangkang yang berasaskan kepada peruntukan lapuk Kanun Keseksaan iaitu memperuntukkan hubungan seks suka sama suka antara orang dewasa suatu jenayah, tidak harus sesekali dibawa ke mahkamah.

Malah Presidennya, Lim Chee Wee turut berharap Peguam Negara tidak akan mengemukakan sebarang rayuan berhubung kes itu dan sebaliknya menumpukan sumber-sumber penting Jabatan Peguam Negara menangani jenayah lebih serius.

1 ulasan:

SHAM RAUF berkata...

mintak jauhlah pemimpin cam ni. aku nak tanah air yg aku huni ni bebas dri dosa2 besar dn perbuatn keji lagi terkutuk. kalau dia nk juga amalan hidup songsang, baik dia pi dudk kat negara barat. aku tk mau peristiwa umat Nuh ditelan banjir besar brlaku lg di bumi bertuah malaysia ni.