Ahad, 8 Januari 2012

Safwan, klon Anwar, Mat Sabu


















Ini dia klon terbaru Anwar Ibrahim dan Mat Sabu. Menggunakan kerusi roda adalah taktik terbaik untuk menarik simpati orang ramai berhubung 'kemalangan' kecil yang menimpanya.

Syabas dan tahniah kepada Safwan kerana sanggup berlakun duduk atas kerusi roda untuk seketika, kerana bukan calang-calang orang layak merasai kerusi yang digerakkan dengan tangan itu.

Safwan sanggup melakukannya. Syabaslah. Kata perumpamaan, 'ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk'. Tapi Safwan ikut resmi ketuanya, 'sakit sikit guna kerusi roda'.

Agak-agaknya berapa ringgit dia dapat ya? Dan kepada mak ayahnya, tentu bangga dapat seorang anak yang suka buat kacau dan huru hara di IPT. Calang-calang anak macam mamat ni.

Satu perkara lagi, mampu ke mak bapak Safwan bayar kos guaman untuk anaknya? Bukan seorang peguam, tapi lebih daripada dua peguam. Bayangkan, nak guna khidmat peguam, bayar buka fail sahaja lebih RM5,000 seorang.

Itu baru bayar buka fail, belum kos keseluruhan perkhidmatan peguam tu lagi. Agak-agak di mana mak bapak Safwan atau Safwan sendiri dapat duit ya? Ada siapa-siapa cuba support yaaaa???... Awas ya!!!!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ni Safwan ke? Laaaa... ingat ke anwar atau Mat Sabu... rupa-rupanya Safwan. Camane buleh jadi cam ni nihh?? Rasa seronok ke duduk atas kerusi roda? Atau dah puas hidup cara normal?

Tanpa Nama berkata...

Alamakkk boss dia dah terlepaslah.. adusss...camane ni? jom! kita pakat sorok anak-anak muda lelaki kita. takut wehhh..

Kamal Ayibi berkata...

kali pertama terlepas, kali kedua pun terlepas. kali ketiga ni, sori la tak akan terlepas lagi dah. Allah akan jatuhkan hukum ikut jalan lain, bukan jalan mahkamah sbb liwat ni hukumannya lebih besar dan berat drp penjara. Jadi Allah Maha Mengetahui apa yang Dia nak. Hati-hati. Sekali dua terlepas tak mestinya terlepas selama-lamanya. Jgn cabar kuasa Allah dan Kebesaran Allah.

Kes Hafizul: Peringatan dan pengajaran