KUALA LUMPUR: Tokoh wartawan negara yang juga bekas Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Tan Sri Mazlan Nordin, 86, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya, di sini pada jam 4.15 petang tadi.
Anak Allahyarham, Yuri Azhar berkata, bapanya dimasukkan ke pusat perubatan itu semalam selepas terjatuh di bilik air di rumahnya.
Allahyarham meninggalkan lima orang cahaya mata iaitu empat lelaki dan seorang perempuan serta empat orang cucu.
Jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumah anak perempuannya di No 14, Jalan Dato Abu Bakar 16/1, Petaling Jaya untuk urusan pengebumian.
Mazlan pernah bertugas di akhbar Utusan Melayu, Voice of America, kemudian kembali ke Utusan Melayu, ke akhbar Berita Harian, seterusnya ke Bernama, sebelum kembali ke Utusan Melayu dan kemudian menjadi Pengerusi Bernama.
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menganugerahkan beliau Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam bidang komunikasi di atas jasanya kepada bidang kewartawanan pada konvokesyen 2005.
Selain itu beliau turut dianugerahkan Tokoh Wartawan Malaysia pada 2002 dan Tokoh Wartawan Terbilang UKM 2009. - BERNAMA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan