Aku kutuk dan aku laknat mereka-mereka yang terlibat membunuh adik Nurul. Pembunuhan secara kejam ke atas seorang kanak-kanak yang berusia lima tahun ini harus dicaci dan dimaki seteruk-teruknya kepada pembunuh.
Pada aku, kalau dapat tangkap si pembunuh ini, harus di arak di khalayak ramai sambil menyeksakannya sedikit demi sedikit biar dia rasa keperitan membunuh insan yang bernyawa.
Aku sentiasa berdoa dan berharap polis dapat menangkap si pembunuh ini dan paparkan dalam semua saluran media. Kalau si pembunuh ni cuba menutup mukanya dengan apa-apa objek, adalah lebih baik polis pengiring mahkamah membukanya supaya orang ramai dapat melihat macam mana muka pembunuh kejam ini.
JOHOR BARU: "Kenapa biarkan anak saya mati?"
Begitulah raungan ibu Nurul Nadirah, Roselyn Alan sebaik saja mengetahui berita bahawa mayat rentung yang ditemui polis di sebuah ladang sawit di Nusa Damai, Pasir Gudang di sini 8 Mac lalu adalah kanak-kanak itu.
Berpakaian kemeja-T berwarna ungu dan berseluar jean, Roselyn yang duduk di bilik tidur tidak berhenti-henti menangis.
Malah dia turut pengsan seketika manakala anggota keluarga cuba untuk menenangkannya.
Bapa tiri Dirang, Lima Medeng, 25, terlalu sedih dan terkejut dengan berita itu dan enggan ditemu bual pemberita.
Nenek Dirang, Milnah Jul, 56, berkata, dia kembali ke Pasir Gudang selepas mencari cucunya itu apabila dimaklumkan oleh polis mengenai perkembangan tersebut pada pukul 6.40 petang.
"Kami menerima panggilan daripada seseorang yang mengatakan mereka terlihat Dirang di Pasir Gudang, jadi saya yang ditemani beberapa orang jiran bergegas ke situ.
"Saya tidak percaya bahawa kami sudah kehilangannya," katanya.
Seorang jiran keluarga itu, Noridah Juliri, 44, berkata penduduk di kawasan itu terkejut dan bersedih dengan kejadian itu.
"Dia kanak-kanak periang yang suka bercakap. Kali terakhir saya melihatnya sebelum dia membeli mi di kedai runcit di bawah.
"Dia memberitahu saya bahawa dia ingin makan mi sebelum pergi ke sekolah agama. Saya boleh membayangkan perasaan ibu Dirang," katanya.
Terdahulu, Roselyn memberitahu dia menerima panggilan telefon daripada beberapa wanita yang tidak dikenali yang meminta wang tebusan sebanyak RM10,000 dan mengancam untuk mencederakan Nurul Nadirah jika mereka enggan mengikut permintaan itu.
"Dia memberitahu saya untuk menyerahkan wang itu di Kota Baru atau mereka akan mencederakan Dirang.
"Ketika ditanya meminta untuk mendengar suara Dirang, mereka menyuruh saya supaya membayar wang tebusan sebelum panggilan dimatikan," katanya.
Sementara itu, berita kematian Dirang disebarkan secara meluas di laman Twitter dengan pelbagai kiriman ucapan takziah kepada keluarganya.
Hiba & Sayu Menyelubungi Kediaman Dirang
JOHOR BAHARU: Hanya esakan dan tangisan kedengaran di rumah kanak-kanak malang Nurul Nadhirah Abdullah atau Dirang sebaik sahaja polis mengesahkan mayat rentung yang ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Pasir Gudang di sini 8 Mac lalu adalah kanak-kanak itu.
Tiada kata yang mampu diucapkan oleh anggota keluarga mahupun jiran untuk menenangkan ibu Dirang, Roselyn Alan, 25 yang terkejut dan menangis tidak berhenti sejak menerima maklumat berhubung perkara itu.
Roselyn juga pengsan seketika selepas menangis lebih sejam sebaik dihubungi oleh pihak polis melalui telefon kira-kira 6.40 petang tadi bagi mengesahkan perkara itu setelah menerima hasil ujian DNA daripada Jabatan Kimia hari ini.
Tinjauan Bernama di rumah mangsa di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam dekat sini mendapati, suasana hiba menyelubungi rumah mereka yang dipenuhi oleh kaum keluarga, jiran dan wakil media yang ingin mengetahui perkembangan lanjut tentang kes itu.
Esakan dan tangisan Roselyn yang berada dalam sebuah daripada bilik di rumah itu jelas kedengaran di ruang tamu menyebabkan mereka yang berkunjung di rumah itu tidak dapat menahan daripada turut menitiskan air mata mengenangkan nasib yang menimpa mangsa.
Roselyn dan suaminya Lima Medeng, 25, juga enggan ditemu bual pemberita kerana terlalu sedih dan terkejut dengan perkembangan terbaru itu.
Sementara itu, nenek kanak-kanak itu, Milnah Jul, 56, berkata, ketika anaknya menerima panggilan daripada pihak polis untuk memaklumkan tentang perkara itu, beliau berada di bawah flat itu.
"Saya berada di bawah flat ketika Roselyn menelefon saya memaklumkan menerima panggilan daripada polis memberitahu mayat rentung yang ditemui sebelum ini adalah Dirang.
"Kami sekeluarga amat terkejut dan tidak menyangka sebab sebelum ini polis memaklumkan mayat itu adalah rangka orang dewasa," katanya.
Milnah kemudian dilihat tidak dapat menahan air mata serta tidak dapat berkata-kata akibat terlalu sebak dan terus masuk ke bilik sambil menangis.
Seorang jiran keluarga itu, Noridah Juliri, 44 berkata penduduk di kawasan itu terkejut dan bersedih dengan kejadian itu.
"Sehingga petang tadi kami masih meneruskan usaha mencari mangsa yang saya anggap sebagai cucu saya sendiri.
"Saya sendiri terguris dan tak senang hati sejak mangsa hilang. Saya masuk kelapa sawit bantu cari...sebagai jiran saya rasa sakit, tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika ini," katanya yang mendapat tahu tentang perkara itu lewat petang tadi dan terus datang ke rumah Roselyn yang telah dianggap sebagai keluarga.
Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang Dijumpai Mati
Nurul Nadhirah dilaporkan hilang pada 1 Mac lalu kira-kira 11 pagi ketika keluar untuk membeli mee segera dan telur di kedai runcit di kawasan flat kediamannya.
Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang, 5, yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Flet Sri Delima, Bandar Seri Alam, sejak 1 Mac lalu, disahkan dibunuh dan dibakar selepas ujian DNA rangka manusia yang ditemui rentung di ladang kelapa sawit Nusa Damai, Khamis lalu, dilakukan.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin, berkata pengesahan itu dibuat selepas Jabatan Kimia membandingkan sampel DNA mayat yang dijumpai itu dengan ibu mangsa, Roselyn Alan, 25.
Keputusan DNA itu hanya diperoleh kira-kira jam 2 petang semalam.
Rangka manusia itu dijumpai kira-kira jam 9 pagi dalam sebuah lubang yang baru digali di ladang itu, 3.5 kilometer dari rumah mangsa jika melalui jalan ladang dan 20 kilometer mengikut laluan biasa.
Nurul Nadirah dilaporkan hilang selepas ke kedai runcit di tingkat bawah blok perumahan bersebelahan kediamannya untuk membeli mi segera dan telur dengan membawa wang tunai RM4, dalam kejadian jam 10 pagi 1 Mac lalu.
Kehilangannya menimbulkan tanda tanya apabila sebelah seliparnya ditemui dalam kebun sawit berhampiran perumahan itu, manakala satu lagi ditemui 500 meter dari situ dengan telur yang dibelinya pecah dan mi segera bertaburan.
Sehingga ini, polis menahan empat individu termasuk bapa kandung mangsa dan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan.
Serpihan rangka manusia yang dibakar itu ditemui orang ramai lapan hari selepas kehilangan mangsa tetapi polis pada mulanya menyangka rangka itu individu dewasa berikutan saiznya,
Siasatan awal polis mendapati serpihan rangka manusia itu dibakar lebih daripada lima hari hingga sukar untuk mengenal pasti identiti serta jantinanya.
Roslan berkata, tempoh tahanan reman empat suspek termasuk bapa kandung Nurul Nadirah yang ditahan Khamis lalu, dilanjutkan bagi membolehkan siasatan dijalankan dengan terperinci.
Katanya, bapa kandung mangsa ditahan sehingga 19 Mac ini manakala tempoh penahanan tiga lagi suspek termasuk sepasang suami isteri disambung sehingga 16 Mac ini.
Nenek Nurul Nadirah Abdullah, Milnah Jul,52, (dua kanan) tidak dapat menahan sebak ketika melawat lokasi penemuan mayat Nurul Nadirah di sebuah flat terbengkalai di Nusai Damai, Masai di sini, Selasa
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan