PASIR GUDANG: Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) akan membantu dalam urusan pengebumian serpihan rangka jenazah kanak-kanak mangsa bunuh dan bakar Nurul Nadhirah Abdullah, selepas keluarganya dibenarkan menuntut jenazah itu esok.
Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin berkata, jenazah kanak-kanak malang itu akan diuruskan seperti jenazah sempurna sebelum dikebumikan.
"MAIJ akan bantu mengurus jenazah Dirang secepat mungkin. Rangka yang tinggal akan dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan seperti jenazah sempurna," katanya selepas menziarahi keluarga Nurul Nadhirah di Flat Seri Delima Bandar Seri Alam.
Beliau menyifatkan perbuatan individu yang bertindak membunuh dan membakar kanak-kanak berusia lima tahun itu yang juga dikenali dengan panggilan Dirang, sebagai kezaliman luar biasa yang dilakukan manusia.
Perbuatan itu katanya, tidak seharusnya berlaku lebih-lebih lagi individu yang disyaki terlibat dalam kes itu beragama Islam kerana Islam sendiri sentiasa mengajar umatnya untuk berbuat baik sesama insan.
"Termaktub dalam al-Quran yang menyebut bahawa sesiapa yang membunuh seseorang dengan sengaja balasannya adalah neraka," katanya.
Dalam masa yang sama beliau turut berharap agar seluruh masyarakat di negara ini mengambil iktibar daripada kejadian yang menimpa keluarga tersebut.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan Negeri Johor, Dr Robiah Kosai yang turut melawat keluarga mangsa berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menyalurkan bantuan untuk meringankan bebanan keluarga mangsa.
Katanya, ia termasuk khidmat kaunseling kepada keluarga mangsa terutama ibunya, Roselyn Alan, 25, sebanyak dua kali seminggu yang telah dimulakan sejak kehilangan mangsa pada 1 Mac lalu bagi memastikan mereka dapat menghadapi kejadian itu.
Selain itu katanya, JKM juga akan menyalurkan bantuan sebanyak RM200 sebulan kepada keluarga arwah itu sehingga ayah tirinya, Lima Medeng, 25, mendapat pekerjaan tetap untuk menyara kehidupan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan