Pembunuh Nurul dikenal pasti
JOHOR BAHRU 13 Mac - Sambil menyifatkan pelaku jenayah yang membunuh Nurul Nadirah Abdullah sebagai berhati binatang, polis hari ini bertekad untuk memastikan mereka yang melakukan perbuatan itu diseret ke muka pengadilan dalam tempoh terdekat.
Ini kerana, polis telah mengenal pasti penjenayah yang terlibat dalam pembunuhan kejam kanak-kanak berusia lima tahun itu dan akan segera menyiapkan kertas siasatan kes berkenaan untuk diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP).
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan tindakan suspek yang tidak berhati perut dan akan memastikan mereka yang terlibat dihadapkan ke muka pengadilan.
Dirang dibunuh pada hari hilang
JOHOR BAHRU – Nyawa Nurul Nadirah yang lebih mesra dipanggil Dirang, diragut secara kejam apabila mangsa dipercayai dicekik sampai mati sebelum mayat kanak-kanak malang itu dimasukkan ke dalam lubang dan dibakar di kawasan perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai di sini.
Sumber berkata, seorang daripada empat suspek yang ditahan mengaku membunuh Dirang, dengan cara mencekik mangsa sebaik sahaja kanak-kanak itu diculik ketika keluar dari rumah seorang diri di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang di sini. Ketika itu mangsa hendak pergi ke kedai.
Selepas mangsa sudah tidak bernyawa, mayat Dirang dibawa ke kawasan rumah terbengkalai kira-kira lima kilometer dari rumah mangsa dan dibakar.
Sumber itu memberitahu, suspek yang tinggal tidak jauh dari rumah mangsa mendakwa dia bertindak demikian kerana dendam selepas pernah dihina dan dipandang rendah oleh nenek mangsa.
"Dirang terus dibunuh dan dibakar pada hari dia hilang pada 1 Mac," kata sumber itu.
Motif dendam
KUALA LUMPUR: Polis tidak menolak kemungkinan dendam peribadi terhadap keluarga Nurul Nadirah menjadi motif di sebalik penculikan dan pembunuhan kejam kanak-kanak berkenaan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin berkata, setakat ini, empat suspek termasuk tiga ditahan beberapa jam selepas laporan kehilangan Nur Nadirah dibuat neneknya pada 1 Mac lalu.
Katanya, suspek keempat yang juga bapa Dirang ditahan beberapa hari lalu.
"Bantuan segera daripada masyarakat membolehkan polis menangkap tiga suspek beberapa jam selepas laporan kehilangan Dirang dibuat. Suspek keempat ditahan beberapa hari kemudian. Dengan empat penangkapan ini, kami percaya polis berada di landasan yang betul untuk menyelesaikan kes ini.
"Kami menyiasat dari semua sudut untuk memastikan motif di sebalik penculikan dan pembunuhan kanak-kanak ini dapat dikenal pasti," katanya dalam satu kenyataan yang dibuat dalam facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM), semalam.
Katanya, polis juga ingin menyampaikan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada orang ramai yang membantu polis dalam kes ini, terutama dalam memberikan maklumat yang membawa kepada penangkapan suspek dan penemuan mayat.
"Sekali lagi pihak polis mengingatkan ibu bapa untuk mengawasi anak mereka terutama yang masih kecil pada setiap masa dan tidak meninggalkan mereka tanpa pengawasan," katanya.
Tunggu keputusan ujian rekod pergigian
SERI ALAM: Polis Kontinjen Johor masih menunggu beberapa lagi keputusan ujian makmal termasuk rekod pergigian mangsa pembunuhan kejam, Nurul Nadirah bagi melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan sebelum diserahkan kepada timbalan pendakwa raya (DPP) dalam tempoh terdekat.
Difahamkan, seorang pakar pergigian juga dipanggil bagi menjalankan ujian berkaitan selepas hasil keputusan asid deoksiribonukleik (DNA) rangka manusia ditemui di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai, 8 Mac lalu sepadan dengan sampel DNA ibu Dirang, Roselyn Alan, 25.
Datuk Mohd Mokhtar memberi jaminan pihaknya menjalankan siasatan mendalam untuk memastikan penjenayah terbabit tidak terlepas daripada tindakan undang-undang.
"Hingga kini siasatan masih dijalankan terhadap empat suspek berusia lingkungan 20-an dan 30-an yang ditahan sejak Dirang dilaporkan hilang 1 Mac lalu.
"Semakan juga mendapati dua daripada suspek terbabit mempunyai rekod lampau berkaitan dadah serta curi. Tiga daripada mereka juga disahkan positif di bawah pengaruh dadah hasil ujian air kencing dijalankan sebelum ini,” katanya selepas melawat keluarga Dirang di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, pagi semalam.
Mokhtar juga menasihatkan ibu bapa supaya lebih peka serta mengawasi pergerakan kanak mereka dan menjadi kejadian itu sebagai ikhtibar.
Dirang disahkan dibunuh selepas ujian deoxyribonucleic asid (DNA) dijalankan terhadap rangka ditemui di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai 8 Mac lalu itu, sepadan dengan DNA Roselyn Alan, 25.
Setakat ini, empat individu berusia lingkungan 20-an hingga 30-an masih direman bagi membantu siasatan.
Individu terbabit termasuk sepasang suami isteri.
Dalam perkembangan lain, menurut Mokhtar, pihaknya juga mengesan seorang individu yang bertanggungjawab mengirim khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Roselyn dan memintanya membayar RM10,000 sebagai wang tebusan kononnya kanak-kanak berkenaan diculik.
Hasil siasatan awal, Mokhtar mengesahkan mengenalpasti identiti individu terbabit yang kini dipercayai berada di Kelantan.
"Kami mengetahui perkara itu dan akan mendapatkan kerjasama Polis Kelantan untuk menahan individu terbabit bagi membantu siasatan," katanya.
Umpan makanan
JOHOR BAHRU: Mangsa bunuh dan bakar, Nurul Nadirah mungkin diumpan makanan kegemaran atau barangan permainan oleh individu tertentu sebelum dilarikan dan ditamatkan riwayatnya.
Pegawai Bahagian Kaunseling dan Psikologi, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Johor Bahru, Noriz Wanti Ahmad berkata, kanak-kanak berusia lingkungan empat hingga enam tahun seperti Nurul Nadirah atau mesra dengan panggilan Dirang mudah mematuhi arahan seseorang termasuk yang tidak dikenali untuk mengikut mereka sekiranya diumpan barangan kegemaran.
"Ia berlaku kerana faktor usia, kanak-kanak pada usia berkenaan tidak mampu membezakan antara perkara baik dan buruk selain mungkin tidak pernah menerima pendedahan daripada penjaga supaya berhati-hati apabila dihampiri individu tidak dikenali.
"Namun, apabila menyedari mereka berada di tempat yang kurang selesa dan selamat berikutan berjauhan daripada keluarga, kanak-kanak boleh mengalami trauma. Jika ia berterusan maka ia mampu memberi kesan kepada psikologi mereka apabila dewasa kelak," katanya, semalam.
Noriz mengulas berkaitan kes Dirang yang ditemui meninggal dunia selepas hilang sejak 1 Mac lalu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan