PENYAKIT boleh menyerang sesiapa sahaja meski dengan amaran atau
tanpa sebarang tanda. Seperti kanser yang menyerang isteri tercinta,
tidak pernah kami menduga, tidak pernah kami meminta, penyakit datang
sekelip mata.
Namun saya galas semuanya, menjaga isteri sedaya upaya, agar dia kembali seperti sediakala. Kami mendirikan rumah tangga pada 1999 dan dikurniakan seorang anak
lelaki. Isteri saya guru sekolah dan saya pula pegawai di sebuah
syarikat petroleum.
Episod kanser isteri saya bermula pada 2008. Ketika itu, dia mengalami kencing berdarah.Saya membawanya menjalani pemeriksaan dan doktor mendapati buah
pinggang sebelah kiri isteri saya agak besar (hampir 13 sentimeter)
berbanding sebelah kanan. Isteri saya disahkan menghidap kanser buah
pinggang.
Pada 2010, isteri menjalani pembedahan membuang buah pinggang sebelah
kirinya. Pasca pembedahan, isteri nampak sembuh namun beberapa bulan
selepas itu, dia mula hilang selera makan dan demam. Tubuhnya jadi
teramat letih dan seluruh badannya kekuningan.
Saya sedaya-upaya membawa isteri berubat, berulang-alik ke hospital mendapatkan rawatan.
Semakin lama, keadaan isteri bertambah tenat. Saya ambil keputusan berhenti kerja demi memberi 100 peratus perhatian kepadanya.
Pemeriksaan doktor mendapati pankreas isteri saya telah rosak.
Diabetesnya menunjukkan kandungan tahap gula 17 hingga 19 dan tidak
pernah turun akibat kerosakan pankreas. Saya bawa isteri bertemu pelbagai pakar untuk membantunya kembali pulih.
Pada 2011, doktor menjalankan rawatan ke atas isteri saya berikutan
buah pinggang dan pankreas gagal berfungsi. Ketika itu, isteri saya koma
selama seminggu.
Doktor panggil saya dan memberitahu bahawa tahap penyakit isteri saya
sudah kronik. Doktor mengesan kanser sudah merebak ke seluruh anggota
tubuhnya.
Saya tidak mampu berkata apa-apa melainkan reda dan berdoa kepada
Allah SWT agar diberi kekuatan untuk menghadapi dugaan getir ini.
Di samping menjaga isteri yang sakit, saya perlu melakukan tugas
harian, memasak, menghantar anak ke sekolah dan segalanya. Saya tidak
pernah berehat kerana perjuangan menyembuhkan isteri tercinta, tidak
perlukan rehat. Melihatnya kembali senyum, sudah cukup menghilangkan
segala lelah saya.
Pada masa isteri melalui saat-saat kritikal, doktor mengesan satu lagi penyakit iaitu ketumbuhan dalam bahagian kiri otaknya.
Ketika itu, hanya Allah yang tahu perasaan saya. Namun, saya tabahkan
hati dan kuatkan semangat. Bagi saya, tiada yang mustahil dengan
izin-Nya.
Setelah itu, isteri menjalani rawatan radioterapi di sebuah hospital
kerajaan di Kuala Lumpur. Setiap hari, Isnin hingga Jumaat, lima kali
seminggu. Ketika itulah isteri mula mengalami kesan-kesan sampingan.
Dia tidak boleh mengunyah makanan, percakapannya makin perlahan dan berat badannya susut mendadak.
Doktor memberitahu keadaan isteri teramat tenat. Sel kanser telah
merebak ke seluruh tubuh dan berada pada tahap empat. Isteri saya koma
bermula Februari sehingga Jun 2011.
Lebih perit, doktor yang merawatnya memberitahu bahawa ilmu perubatan
beliau hanya setakat itu sahaja. Tiada lagi kaedah rawatan lain yang
boleh digunakan kerana kanser yang dihidapi isteri saya ketika itu telah
merebak ke seluruh anggota badan.
Rawatan kemoterapi tidak boleh diberi memandangkan keadaan tubuhnya yang sangat lemah. Kanser tersebut merosakkan organ utama tubuhnya. Bermula saat itu,
saya bawa isteri pulang dan menjaganya sendiri di rumah. Bermacam-macam
ikhtiar saya lakukan.
Ketika itu juga ujian berat datang menimpa keluarga kami. Kami hadapi
kesulitan wang. Saya terpaksa berniaga kecil-kecilan untuk menampung
kos perubatan isteri.
Pada masa sama, kami terima surat tuntutan hutang kad kredit isteri
bernilai hampir RM20,000. Baki hutang meningkat, dicampur faedah tahun
ke tahun. Allah sahaja tahu penderitaan kami ketika itu.
Pada April 2011, saya kunjungi Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah.
Mulanya, saya hanya bawa gambar isteri berserta sebotol air kerana
isteri saya sedang koma. Kemudian saya dukung dia ke klinik untuk
mendapatkan rawatan susulan.
Setiap kali rawatan, saya terima beberapa ayat al-Quran untuk dibaca
kepada isteri serta doa mohon keberkatan dan rahmat Allah menyembuhkan
penyakit isteri yang saya cintai.
Saya juga amalkan solat malam, solat hajat dan segala zikir yang
disarankan. Ketika itu, hati saya terasa amat dekat dengan Allah. Saya
serahkan urusan ini kepada-Nya. Saya berdoa dengan penuh pengharapan
agar Allah sembuhkan penyakit isteri saya.
Ketika itu jugalah saya amalkan solat sunat taubat, menangisi kiranya ada dosa silam kami terdahulu yang tidak disedari.
Setelah mengamalkan bacaan ayat-ayat al-Quran ini, saya dapat lihat
perubahan isteri. Dia mula sedar dan mampu duduk. Ingatannya makin
pulih, memori lama dia boleh ingat. Tangan dan kakinya boleh bergerak.
Isteri makin pulih dan boleh bertindak balas bila saya bertanya.
Tidak lama kemudian dia boleh bercakap. Derianya makin bertambah.
Makan tidak lagi pakai tiub. Hanya mata masih kabur. Perubahan itu
beransur-ansur baik hari demi hari.
Saya tidak tinggalkan amalan membaca al-Quran ini kerana saya yakin, inilah ubat yang saya cari selama ini.
Ketika itu juga, pihak bank menghantar surat melupuskan hutang kad
kredit isteri. Saya menangis dan bersyukur. Betapa Allah mendengar doa
para hamba-Nya.
Memasuki 2013, meskipun isteri sudah beransur baik, mampu mengunyah
makanan sendiri, duduk di atas kerusi roda, bercakap semula biarpun
tersekat-sekat, saya masih tetap meneruskan amalan bacaan al-Quran ini.
Itulah hikmah dugaan ini. Kini, saya berasa lebih dekat dengan Allah dan kasih kepada isteri semakin hari semakin bertambah.
Pada 21 Disember lalu, saya bawa isteri menjalani ujian darah kanser
antigen dan hasilnya: Alpha-Fetoprotein pada tahap 1.8 (normal bawah
15), ujian CA 19.9 pada tahap 22.9 (normal bawah 37), ujian CA 15.3 pada
tahap 14 (normal bawah 28) dan CA 125 pada tahap 21.8 (normal bawah
35).
Nasihat saya buat para suami yang senasib dengan saya, jagalah isteri kita sebaik mungkin. Ini adalah amanah Allah kepada kita.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan