Umum sedia maklum bahawa orang-orang PAS menganggap parti mereka
sebagai agama. Tetapi tahukah anda bahawa ‘agama PAS’ ini juga
mempunyai berbagai mazhab? Ajaran mazhab-mazhab dalam ‘agama PAS’
ini pula berbeza mengikut ‘mood’ pemimpinnya, selain masa, tempat dan
keadaan semasa.
Tidak dapat dipastikan ada berapakah mazhab di dalam PAS, tetapi yang
dapat dikenalpasti ialah tiga iaitu Mazhab Hadi, Mazhab Nik Aziz dan Mazhab
Azizan.
Antara perbezaan ajaran mazhab-mazhab ini ialah mengenai binaan patung.
Mazhab Azizan nampaknya berpegang kepada binaan patung adalah tidak
salah. Oleh itu, setelah mengambil-alih Kedah, PAS tidak pernah
langsung menyentuh soal kewujudan patung helang bersaiz gergasi di Pulau
Langkawi sebagai berunsur syirik.
Ini amatlah berbeza dengan mazhab
Nik Aziz dan mazhab Hadi yang mengambil soal patung sebagai sesuatu yang
serius dan perlu dihapuskan dengan seberapa segera.
Kerana itu, sejarah pemerintahan PAS di Kelantan yang mengamalkan
mazhab Nik Aziz, bermula dengan ‘memancung’ kepala patung-patung kijang
di bulatan dekat jambatan Sultan Yahya sejurus selepas mengambil-alih
negeri itu pada tahun 1990.
Pendirian yang sama dipegang oleh mazhab Hadi di mana pada 3 Mac 2000,
selepas PAS mengambil-alih Terengganu, Exconya, Wan Hassan Mohd
Ramli telah membuat kenyataan, “Terengganu akan roboh semua
patung haiwan termasuk patung sotong dan udang di bandar Marang.
Tindakan meroboh itu dibuat sebagai mengikut langkah Kerajaan Pas
Kelantan yang merobohkan replika kijang di bulatan Tuan Padang, Kota
Bharu sebaik sahaja memerintah negeri itu pada tahun 1990″.
Pendirian ini bagaimanapun semakin longgar kerana masih terdapat
beberapa patung lain yang tidak dirobohkan di sekitar Terengganu.
Justeru, pada 31 Mei 2000, tidak sampai pun dua bulan kemudian, Hadi membuat kenyataan, “patung-patung di kawasan lain akan
dihapuskan secara berperingkat apabila masyarakat tempatan sudah mula
faham mengenai hukum.”
Kelonggaran pendirian ini juga selaras dengan mazhab Nik Aziz yang
mana menyaksikan kemeriahan pembinaan patung-patung yang berbagai rupa
dan kedudukan dan bersaiz gergasi selepas 1990.
Antaranya, patung
Buddha berdiri di Bachok yang dibina pada tahun 2002 dengan sumbangan orang
ramai sebanyak RM 2 juta yang mempunyai ketingian 36 meter dan 30 meter garis
pusat.
Kerajaan negeri sendiri telah meluluskan projek itu dan telah
memberi sumbangan sebanyak RM60,000 melalui wakilnya, Datuk Anuar Tan.
Selain itu, terdapat juga 100 patung kecil pelbagai jenis dan dua ekor
naga raksaksa. Berhala duduk yang berada di Jubakar, Tumpat pula mempunyai ketinggian menyamai lima atau enam tingkat bangunan.
Suatu ketika, dunia dikejutkan dengan tindakan Taliban memusnahkan
patung Buddha di Bamiyan. Pantas, rakyat Malaysia mengaitkannya dengan
mazhab Hadi dan mazhab Nik Aziz yang tidak menunggu lama untuk
memusnahkan patung sejurus mendapat mandat dahulu.
Namun, terbukti bahawa pendirian kedua-dua mazhab itu telah
benar-benar berubah dan seiring dengan mazhab Azizan kini apabila Hassan
Shukri melalui Harakahdaily pada 25 Ogos 2001 menyatakan bahawa
“mereka mahu memburukkan nama PAS seumpama Taliban di Afghanistan yang
memusnahkan patung Buddha di Bamiyan sebelum ini.”
Jelas, PAS cukup
terganggu dan tidak suka dikritik kerana menghapuskan patung-patung.
Kerajaan Barisan Nasional (BN), walaupun sering dituduh sebagai sesat dan
tidak Islam oleh PAS tetap mengambil serius soal patung yang bertujuan
untuk disembah iaitu syirik.
Oleh yang demikian, ketika pemerintahan BN
di Kelantan, permohonan masyarakat Siam untuk membina sebuah tokong
gergasi pada awalnya tidak diluluskan oleh kerajaan negeri (BN)
memandangkan saiz yang dicadangkan terlalu besar dan tinggi.
Namun
setelah dirayu berkali-kali dan mengambil kira kebebasan beragama, maka
akhirnya pembinaan tokong itu diluluskan dengan beberapa syarat, iaitu
ia mesti dibina dalam bentuk berbaring, tidak boleh dalam bentuk menegak
seperti cadangan asal dan mestilah terlindung supaya tidak mengganggu
masyarakat Melayu/Islam sekitarnya.
Namun, semua syarat-syarat ini jelas tidak relevan dalam agama PAS
pada hari ini kerana membiarkan patung agama Buddha dibina tanpa syarat
khas, selain menyokong PAS dalam pilihan raya.
Hari ini, kita melihat ketiga-tiga mazhab PAS itu telah sepakat
bahawa ‘patung’ bukan lagi masalah dalam ‘agama PAS’, sekali gus soal
syirik yang disebut dalam Islam adalah tidak timbul langsung.
Penganut
PAS tidak pernah mempersoalkan perkara ini dan cukup akur dengan apa
sahaja fatwa yang dikeluarkan oleh pemimpin mereka. Sama seperti
masalah berkenaan bekerjasama dengan bukan Islam, undang-undang sekular,
arak, judi, pusat hiburan dan sebagainya di mana dahulu haram, sekarang
halal belaka.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan