Beliau mengadu sakit dada ketika menonton televisyen di kediamannya di Sg Apong sebelum pengsan dan dikejarkan ke hospital.
Kanang, 65, adalah anak Sarawak yang menjadi kebanggaan negara kerana keberaniannya menentang komunis ketika bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari 1962 hingga 1963.
Kerajaan Akan Beri Penghormatan Kepada Kanang Anak Langkau - Ahmad Zahid
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberi penghormatan kepada
pahlawan negara, Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau yang meninggal
dunia, dipercayai akibat serangan jantung pada awal pagi Khamis.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid berkata, kerajaan mengambil keputusan untuk memberi penghormatan kepada mendiang di Sarawak pada Ahad ini.
"Yang Amat Berhormat Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) telah mengarahkan saya untuk meminta pegawai-pegawai pertahanan untuk melakukan persiapan bagi penghormatan kepada mendiang.
"Kerajaan negeri (Sarawak) juga akan mengkoordinasikan majlis penghormatan ini. Kami mengenang Kanang Anak Langkau kerana jasa-jasa beliau bukan sahaja kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), tetapi juga kepada negara kita ketika beliau berkhidmat sebagai salah seorang anggota tentera," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Graduasi Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) Malaysia Siri 32/2012 di sini, Khamis.
Ahmad Zahid berkata, beliau mengenali Kanang secara peribadi dan merasakan kehilangan seorang teman yang merupakan seorang pahlawan negara.
Menurutnya, jasa budi Kanang akan dikenang kerana mendiang berkesempatan untuk meriwayatkan perjuangan beliau menerusi beberapa wawancara dan pengkisahan.
"Saya agak terkilan kerana filem yang bertajuk 'Kanang Anak Langkau' belum sempat disiapkan. Bagaimanapun, saya akan meminta penerbit dan pengarah filem berkenaan agar menggunakan bahan-bahan penggambaran yang sedia ada untuk disiapkan bagi dipertontonkan kepada khalayak umum.
"Pengriwayatan beliau dalam bentuk wawancara, buku dan filem adalah sebagai mengenang jasa beliau dan menjadikan contoh kepada para pegawai dan anggota tentera yang lain," katanya.
Kanang dianugerahkan dengan Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) pada 7 Jun 1987 dan Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (PSP) pada 3 Jun 1981 daripada Yang di-Pertuan Agong.
Ahmad Zahid berkata, setakat ini mendiang merupakan satu-satunya penerima kedua-dua anugerah terbesar negara itu.
Kanang merupakan Pengesan Jejak Iban (Iban Tracker) pada 21 April 1962 sebelum diserapkan ke Renjer Malaysia apabila Persekutuan Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963 dan beliau bersara dengan jawatan terakhirnya dalam ATM sebagai Pegawai Waran 1, selepas 21 tahun berkhidmat.
Antara perjuangan beliau yang menjadi kebanggaan negara apabila berani menentang komunis ketika bersama ATM dari 1962 hingga 1963.
Biodata
Kanang anak Langkau (1945 - 3 Januari 2013) ialah pahlawan dan askar Malaysia yang terkenal. Berasal daripada komuniti Dayak Iban di Sarawak. Beliau adalah daripada Rejimen Renjer Diraja dan merupakan Sarjan Mejar Rejimen kepada 8 Renjer dalam Angkatan Tentera Malaysia.
Kanang dianugerahkan dengan pingat-pingat Panglima Gagah Berani dan Seri Pahlawan Gagah Perkasa oleh Yang diPertuan Agong, Sultan Ahmad Shah pada 3 Jun 1981. Dilahirkan di Julau, Sarawak, Kanang menyertai perkhidmatan Renjer Sarawak sebagai Pengesan Jejak Iban pada 21 April 1962. Beliau diserap ke dalam Renjer Malaysia apabila Persekutuan Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963.
Kanang menyiapkan perkhidmatannya selepas 21 tahun sebagai Pegawai Waran 1. Menyusuli kematian seorang askar di kawasan Tanah Hitam, Perak akibat serangan oleh pihak komunis pada 8 Februari 1980, Platun Perisikan Pertempuran Unit dalam Renjer Diraja Batalion Ke-8 di bawah pimpinan Kanang ditugaskan untuk mencari dan memusnahkan kumpulan komunis.
Mereka menjejaki pihak musuh selama 11 hari di rupa bumi yang sudah biasa kepada pihak musuh. Pada sekitar jam 3 petang 19 Februari 1980, platunnya dapat menganggar kedudukan pihak musuh yang berhampiran.
Bagaimanapun, mereka kemudian menyedari mereka telah membuat kesilapan dan telah memasuki kawasan komunis apabila mereka menjumpai tali pintal komunikasi yang menghubungkan tempat terpencil sentri dengan pasukan utama pihak musuh.
Tali pintal itu biasanya diikat pada sebatang pokok yang rimbun atau tin kosong supaya sentrinya boleh menarik perhatian pasukan utama mengenai sebarang penceroboh.
Kanang yang ketika itu berada sejauh lapan meter dari tempat sentri pihak musuh, melancarkan serangan pada rusuk kanannya. Beliau kemudian mendapati bahawa pasukan utama pihak musuh berada di rusuk kirinya dan menyerang rusuk kiri dengan serta merta.
Dengan itu, beliau berjaya menumpaskan pihak musuh, dengan seorang komunis yang cedera ditangkap dan lima lagi komunis dibunuh. Seorang askarnya mengalami cedera parah, manakala Kanang pada dirinya sendiri terkena tiga tembakan, tetapi terselamat dan akhirnya kembali untuk meneruskan perkhidmatannya.
Beliau hampir menemui ajal selepas peluru musuh mengenai jantung, yang merosakkan satu buah pinggangnya, usus perut terburai dan terlantar di hospital selama 14 bulan. Oleh itu beliau mengecam Mat Sabu yang mengangkat pengganas komunis sebagai hero tragedi Bukit Kepong.
Ikon Pahlawan
Kanang dilantik sebagai ikon kategori pahlawan sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2010 di Kuching, Sarawak pada 20 April 2010.
Kanang Cerita Seorang Pahlawan
Sinopsis Novel ini mengisahkan kehidupan seorang perajurit, iaitu Kanang anak Langkau. Kanang yang berbangsa Iban dan beragama Pagan dilahirkan pada 2 Mac 1945 di Karangan Manok Nanga Meluan, Sarawak. Dia merupakan anak kelima daripada enam orang adik-beradik.
Ketika kecil, ibu bapanya berpisah dan dia telah dihalau dari rumah kerana terlalu nakal. Kemudian, dia dipelihara oleh datuk dan neneknya. Kanang bersekolah hingga Darjah Tiga di “Local Authority”.
Selepas itu, dia melakukan pelbagai kerja seperti menjadi tukang masak, penoreh getah dan mengangkut penumpang dengan menggunakan perahu berenjin. Seterusnya pada 21 April 1960, dia telah berjaya dalam temuduga dan diterima menjadi tentera sebagai Iban Tracker.
Kanang berkahwin dengan Helen Latai anak Intie dan dikurniai enam orang anak. Kanang meneruskan khidmatnya dengan Rejimen Ranger dan seterusnya dilantik sebagai eskut.
Pada 1 Januari 1966, dia dinaikkan pangkat sebagai Lans Koperal. Pada Mac 1973, dia berpindah ke kem Terentak Melaka, dia berkhidmat dalam Batalion Kelapan Rejimen Ranger. Di sana, dia dinaikkan pangkat sebagai Ketua Seksyen. Ketika menyertai Gerakan Pukat di Hutan Tanah Hitam, Perak, dia telah mengalami kecederaan parah ketika bertempur dengan pengganas komunis.
Akibat daripada kecederaan yang dialaminya itu, dia tidak sedarkan diri dan terlandar di wad selama setahun. Ramai menyangka Kanang tidak akan hidup lama, tetapi umurnya masih panjang.
Pada tahun 1980, Kanang telah dianugerah pingat Panglima Gagah Berani (PGB) sebagai mengenang jasa dan keberaniannya menentang pengganas komunis. Pada tahun 1981 pula, Kanang dikurniai bintang keberanian Seri Pahlawan Gagah Perkusa (SP).
Kanang meneruskan khidmat sebagai jurulatih di Sekolah Tempur Pegawai Muda. Pada 1 Mei 1981, dia telah dinaikkan pangkat sebagai Staf Sarjan dan seterusnya menjadi Kuatermaster Sarjan. Pada 1 Oktober 1980, dia dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Waran II dan sebagai Pegawai Waran I pada 17 Ogos 1985. Kanang bersara pada 30 Mei 1986. selepas bersara, dia dianugerahi ‘Bintara Bintang Sarawak’ oleh kerajaan negeri Sarawak bagi mengenang jasa-jasanya.
Tema Tema novel Kanang ialah keberanian dan semangat kontal dalam perjuangan untuk mempertahankan kedaulatan negara dan semangat cinta akan negara di kalangan anggota tentera. Ini jelas diperlihatkan melalui watak Kanang dan rakan-rakannya yang berjuang mempertahankan tanah air daripada ancaman pengganas komunis.
Mereka sanggup mengorbankan nyawa demi menyelamatkan maruah dan kedaulatan negara. Kanang dan anggota tentera lain begitu berani dan bersemangat apabila berdepan dengan musuh, misalnya semasa Gerakan Pukat, Kanang berjuang habis-habisan menentang pengganas komunis.
Kanang telah mendapat cedera parah ketika bertempur dengan pengganas komunis. Namun begitu, dia meminta rakan-rakan dalam pasukannya meneruskan perjuangan menentang pengganas komunis.
Persoalan yang terdapat dalam novel Kanang ialah semangat setia kawan dan sepasukan yang kuat. Sikap saling membantu antara sesama anggota tentera jelas dilihat. Kanang dan anggota tentera yang lain memberi bantuan kepada anggota tentera yang cedera dalam pertempuran dengan pengganas komunis dalam operasi Gerakan Setia 8179.
Persoalan lain yang terdapat dalam novel ini ialah keberanian melawan musuh terutamanya pengganas komunis. Anggota tentera sentiasa bersemangat untuk melawan musuh dan mengetepikan keselamatan diri sendiri.
Contohnya, Kanang dan rakan-rakannya begitu berani dan bersemangat apabila berdepan dengan musuh walaupun terpaksa berkorban nyawa. Selain itu, persoalan lain novel ini ialah menyelesaikan masalah dengan bijaksana.
Kanang menukarkan pakaian seragamnya dan menyamar sebagai orang awam dengan bertutur dalam bahasa Iban untuk mengelak daripada ditawan oleh tentera Siliwangi. Penghargaan kepada jasa dan pengorbanan juga merupakan persoalan novel ini.
Kanang menerima pelbagai anugerah kerana jasa dan pengorbanannya mempertahankan negara. Antaranya pingat yang dianugerahi kepada Kanang oleh kerajaan ialah Pingat Panglima Gagah Berani (1980), Seri Pahlawan Gagah Perkusa (1981) dan Pisau Angkatan Tentera (1982).
Plot permualan Kanang menghadapi kesusahan hidup kerana ayah dan ibunya berpisah semasa dia kecil. Kanang dipelihara oleh datuk dan neneknya selepas dihalau oleh ibunya kerana terlalu nakal.
Perkembangan sewaktu remaja, Kanang melakukan pelbagai kerja seperti penoreh getah, tukang masak dan mengangkut penumpang dengan perahu. Kemudian, dia diterima menjadi anggota tentera sebagai Iban Tracker. Dia berkahwin dengan Helen Latia anak Intie.
Perumitan Kanang berjuang menentang tentera Indonesia semasa zaman konfrontasi. Dia turut menyertai beberapa pertempuran dengan pengganas komunis dalam hutan dan berjaya membunuh beberapa orang pengganas komunis.
Klimaks dalam satu pertempuran dengan pengganas komunis, Kanang mendapat cedera parah dan tidak sedarkan diri. Dia terlantar di hospital selama setahun.
Peleraian selepas sembuh, Kanang meneruskan perkhidmatannya dalam tentera sehinggalah bersara pada 30 Mei 1986 dengan pangkat Pegawai Waran I. Kanang sekeluarga hidup dalam keadaan yang sederhana. Selepas bersara Kanang hidup sebagai petani dan isterinya berniaga secara kecil-kecilan untuk menampung perbelanjaan keluarga.
Walaupun kehidupan Kanang agak perit selepas bersara, namun dia bersyukur kerana semua pihak menghargai setiap pengorbanan dan jasa yang telah dicurahkan kepada negara. Watak dan perwatakan Kanang Anak Langkau Kanang lahir pada 2 Mac 1945 di karangan Manok Nanga Meluan. Dia ialah seorang yang berbangsa Iban dan beragama Pagan. Dia ialah seorang yang nakal semasa kecil sehinggakan dihalau oleh ibunya dan tinggal bersama datuknya.
Dia telah belajar di Sekolah Local Authority hingga darjah tiga. Dia telah menjadi tentera secara kebetulan. Semasa dia menghantar dua puluh orang pemuda yang hendak menghadiri temu duga bagi menyertai Iban Tracker di sebuah sekolah berhampiran kampungnya. Kanang dipelawa oleh seorang anggota tentera British lalu menyertai perbarisan dan menjalani temu duga. Akhirnya, Kanang diterima sebagai Iban Tracker.
Selepas itu, Kanang telah berkahwin dengan Helen Latai anak Intie dan dikurniai enam orang anak. Kanang ialah seorang yang amat mempercayai mimpi dan menganggapnya sebagai amanat atau maklumat yang boleh dipercayai betul dan berguna. Kanang juga ialah seorang yang berani, dia selalu menjadi peninjan pertama sewaktu melakukan gerakan.
Dalam pertempuran, dia bertindak berani dan menembak musuh tanpa mempedulikan nyawanya. Dia seorang yang patuh kepada arahan, majlisnya kerana ditugaskan dalam operasi mencari anggota 1st Loyal New Zealand Army yang hilang. Dia juga seorang yang berdedikasi, berani dan cinta akan negara. Dia telah berjuang menentang tentera Indonesia dan turut menyertai beberapa pertempuran dengan pengganas komunis di dalam hutan.
Helan Latai anak Intie Helen ialah isteri Kanang dan dikurniai enam orang anak. Dia ialah seorang isteri yang penyayang dan mengambil berat terhadap suaminya. Semasa Kanang cedera parah dan terlandar di hospital selama setahun, dia selalu menjaga suaminya di hospital. Dia juaga adalah seorang yang pandai menyesuaikan diri.
Setelah dia berkahwin dengan Kanang, dia tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu dan dia telah sesat semasa pergi pasar, tetapi dia telah berusaha gigih untuk menyesuaikan diri. Dia juga adalah seorang yang lemah semangat kerana dia telah pengsan setelah menerima berita tentang Kanang telah mengalami cedera parah dan terlandar di hospital.
Latar Latar Tempat
1. Pasar Taiping, Perak : Isteri Kanang, Helan telan sesat di pasar Taiping ketika dia mula-mula belajar di pasar akibat malu bertanya kerana dia tidak tahu berbangsa Melayu.
2. Simanggang (Bandar Sri Aman) penghujung tahun 1964, di rumah Panjang Skra Hilir Sarawak : Kanang bersama bapa saudara Helen bertemu kali pertama dengan Helen Latai anak Intie. Kanang dan Helen kemudiannya berkahwin pada 25 Mei 1965 di Simanggang.
3. Rumah Kelamin pegawai di kem Terentak, Melaka : Kanang bertindak nakal. Dia telah mengambil helmet dan meletakkan di muncung senapang dan menyandarkannya ke dinding pos supaya orang menyangka senyri sedang berkawal.
Latar Masa
1. Bulan Mac 1962, pada waktu tengah hari dalam cuaca yang panas :Kanang menghantar dua puluh orang pemuda untuk menghadiri temu duga Iban Trackers.
2. Pada sebelah petang : Kanang bersama pasukan penjejak tiba di Lapangan Terbang Changi, Singapura untuk membantu pasukan 1st Singapura Infantry Regiment.
3. Pada 4 Jun 1979 : Kanang sebagan plantun sarjan telah menyenaraikan barang-barang penggarus dan meneruskan penggeladahan di kiri dan kanan sungai Piah.
Latar Masyarakat
1. Iban : Kanang - Rumah Panjang karangan manok ; Helen - Rumah Panjang Skra Hilir (Kaum Iban).
2. Pekerjaan masyarakat : Masyarakat Iban yang menjalankan pertanian seperti menanam padi, menjala ikan dan memburu binatang.
3. Pelbagai agama : Masyarakat Iban yang beragama Pagan.
Nilai murni
1. Bertanggungjawab - tanggungjawab sebagai pejuang tanah air amatlah besar dan harus disanjung tinggi.
2. Keberanian - para pejuang tanah air, terutama watak Kanang mempunyai sifat keberanian yang luar biasa dan sanggup mengadaikan nyawa demi orang lain dan negara.
3. Yakin pada diri sendiri - seseorang itu perlu yakin akan apa yang dilakukan dan tidak bertindak membuta tuli. Begitu juga dengan watak Kanang yang sentiasa yakin akan apa yang dilakukannya, terutama ketika bertugas di dalam hutan.
4. Cinta akan negara - negara merupakan tempat kita dilahirkan, tempat perlindungan, dan tempat kita mencari identiti diri. Oleh itu, kita harus berbangga terhadap negara sendiri.
5. Mengambil berat - jangan mengambil mudah dan bersikap sambil lewa terhadap sesuatu perkara yang berlaku.
6. Tabah - ketabahan merupakan perkara penting yang perlu ada dalam diri seseorang, lebih-lebih lagi ketika menghadapi tugas yang amat berat.
7. Berusaha dengan bersungguh-sungguh - jika kita memperoleh sesuatu yang dihajati, kita perlulah berusaha agar apa yang kita lakukan mendapat pengiktirafan daripada seseorang.
8. Bersyukur - setiap manusia perlu bersyukur dan berpuas hati atas sesuatu perkara yang diperoleh.
9. Faham-memahami - sekiranya mempunyai suami yang sentiasa bertugas demi negara, si isteri hendaklah memahami tugas suami itu.
10. Berdisiplin - setiap manusia mempunyai disiplin diri untuk melatih kita agar mempunyai jiwa yang teguh, berperaturan, dan dapat menjalani kehidupan yang lebih sempurna.
Pengajaran
1. Kita hendaklah sentiasa mencintai tanah air dan berasa bangga tinggal di tanah air yang aman damai ini.
2. Kita harus menyanjungi pengorbanan yang telah dilakukan oleh para perajurit negara dengan berderma kepada tabung pahlawan.
3. Kita tidak harus mudah berputus asa dalam apa jua yang kita lakukan kerana lambat-laun apa yang kita hajati itu akan tercapai akhirnya.
4. Janganlah kita mementingkan diri sendiri, kelak dibenci orang.
5. Sebagai rakyat yang tinggal di negara yang merdeka ini, kita harus bertanggungjawab menjaga keamanan, imej, dan nama baik negara.
6. Kita hendaklah sabar menghadapi dugaan hidup yang datangnya daripada Tuhan.
7. Kita tidak seharusnya berasa takut dalam perjuangan untuk mencapai kejayaan.
8. Kita seharusnya mempunyai semangat nasionalisme yang kuat, berani dan sanggup berkorban demi negara serta mempunyai semangat perjuangan yang tinggi.
9. Sebagai anggota tentera, kita hendaklah meningkatkan kemahiran dan profesionalisme agar dapat melahirkan satu masyarakat tentera yang bersemangat waja, kuat, dan cekap.

Kenyataan Berita (ARKIB : 28/08/2011)
Mat
Sabu pendokong komunis
KUCHING 27 Ogos - Wira negara,
Pegawai Waran I (B), Temenggong Kanang Langkau melabelkan Mohamad Sabu sebagai
pendokong komunis yang tidak layak mengambil bahagian dalam politik demokrasi
di negara ini apabila mengangkat pengganas komunis sebagai hero tragedi Bukit
Kepong.
Beliau yang menitiskan air mata
apabila membaca laporan mengenai kenyataan prokomunis Timbalan Presiden Pas itu
berkata, Mohamad Sabu juga adalah watak penghasut yang sewajarnya dikenakan
tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Kanang yang tidak dapat mengawal perasaan
apabila membaca laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini, menegaskan
pemimpin pembangkang itu tidak layak menjadi rakyat Malaysia kerana tergamak
membuat kenyataan sedemikian menjelang sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan negara
Rabu ini.
“Orang ini (Mat Sabu) langsung tidak
berguna, beginikah sikap bekas wakil rakyat? Kirim salam pada dia dan beritahu
kalau mahu sokong komunis tidak perlulah lagi bertanding dalam pilihan raya.
“Dia simpati dengan komunis,
maknanya dia juga komunis, selayaknya dibuang daerah,” katanya dalam nada
terketar-ketar menahan marah kepada Mingguan Malaysia, di sini hari ini.
Kanang, 67, ialah satu-satunya
penerima dua pingat keperwiraan yang masih hidup iaitu Seri Pahlawan Gagah
Perkasa (SP) dan Panglima Gagah Berani (PGB).
Mengulas lanjut, Kanang mengingatkan
rakyat yang cintakan keamanan dan tanah air supaya tidak memberikan sokongan
kepada Mohamad Sabu serta parti yang diwakili atau mana-mana parti yang
bersekutu dengannya.
Katanya, gerak cara politik yang
ditunjukkan Mohamad Sabu memalukan dan merupakan satu tragedi kepada rakyat
Malaysia apabila sanggup melakukan apa sahaja demi meraih undi walaupun maruah
dipijak-pijak.
“Saya terima kewujudan pembangkang
dengan hati terbuka tetapi ini bukan cara berpolitik yang betul sampai sanggup
jatuhkan moral rakyat, kalau rakyat tidak sedar saya tidak tahulah.
“Pastinya orang ini tidak pernah
merasa bagaimanakah perasaan apabila parang diletakkan pada tengkuk mereka,”
tegasnya.
Kanang Cerita Seorang Pahlawan
Sinopsis Novel ini mengisahkan kehidupan seorang perajurit, iaitu Kanang anak Langkau. Kanang yang berbangsa Iban dan beragama Pagan dilahirkan pada 2 Mac 1945 di Karangan Manok Nanga Meluan, Sarawak. Dia merupakan anak kelima daripada enam orang adik-beradik.
Ketika kecil, ibu bapanya berpisah dan dia telah dihalau dari rumah kerana terlalu nakal. Kemudian, dia dipelihara oleh datuk dan neneknya. Kanang bersekolah hingga Darjah Tiga di “Local Authority”.
Selepas itu, dia melakukan pelbagai kerja seperti menjadi tukang masak, penoreh getah dan mengangkut penumpang dengan menggunakan perahu berenjin. Seterusnya pada 21 April 1960, dia telah berjaya dalam temuduga dan diterima menjadi tentera sebagai Iban Tracker.
Kanang berkahwin dengan Helen Latai anak Intie dan dikurniai enam orang anak. Kanang meneruskan khidmatnya dengan Rejimen Ranger dan seterusnya dilantik sebagai eskut.
Pada 1 Januari 1966, dia dinaikkan pangkat sebagai Lans Koperal. Pada Mac 1973, dia berpindah ke kem Terentak Melaka, dia berkhidmat dalam Batalion Kelapan Rejimen Ranger. Di sana, dia dinaikkan pangkat sebagai Ketua Seksyen. Ketika menyertai Gerakan Pukat di Hutan Tanah Hitam, Perak, dia telah mengalami kecederaan parah ketika bertempur dengan pengganas komunis.
Akibat daripada kecederaan yang dialaminya itu, dia tidak sedarkan diri dan terlandar di wad selama setahun. Ramai menyangka Kanang tidak akan hidup lama, tetapi umurnya masih panjang.
Pada tahun 1980, Kanang telah dianugerah pingat Panglima Gagah Berani (PGB) sebagai mengenang jasa dan keberaniannya menentang pengganas komunis. Pada tahun 1981 pula, Kanang dikurniai bintang keberanian Seri Pahlawan Gagah Perkusa (SP).
Kanang meneruskan khidmat sebagai jurulatih di Sekolah Tempur Pegawai Muda. Pada 1 Mei 1981, dia telah dinaikkan pangkat sebagai Staf Sarjan dan seterusnya menjadi Kuatermaster Sarjan. Pada 1 Oktober 1980, dia dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Waran II dan sebagai Pegawai Waran I pada 17 Ogos 1985. Kanang bersara pada 30 Mei 1986. selepas bersara, dia dianugerahi ‘Bintara Bintang Sarawak’ oleh kerajaan negeri Sarawak bagi mengenang jasa-jasanya.
Tema Tema novel Kanang ialah keberanian dan semangat kontal dalam perjuangan untuk mempertahankan kedaulatan negara dan semangat cinta akan negara di kalangan anggota tentera. Ini jelas diperlihatkan melalui watak Kanang dan rakan-rakannya yang berjuang mempertahankan tanah air daripada ancaman pengganas komunis.
Mereka sanggup mengorbankan nyawa demi menyelamatkan maruah dan kedaulatan negara. Kanang dan anggota tentera lain begitu berani dan bersemangat apabila berdepan dengan musuh, misalnya semasa Gerakan Pukat, Kanang berjuang habis-habisan menentang pengganas komunis.
Kanang telah mendapat cedera parah ketika bertempur dengan pengganas komunis. Namun begitu, dia meminta rakan-rakan dalam pasukannya meneruskan perjuangan menentang pengganas komunis.
Persoalan yang terdapat dalam novel Kanang ialah semangat setia kawan dan sepasukan yang kuat. Sikap saling membantu antara sesama anggota tentera jelas dilihat. Kanang dan anggota tentera yang lain memberi bantuan kepada anggota tentera yang cedera dalam pertempuran dengan pengganas komunis dalam operasi Gerakan Setia 8179.
Persoalan lain yang terdapat dalam novel ini ialah keberanian melawan musuh terutamanya pengganas komunis. Anggota tentera sentiasa bersemangat untuk melawan musuh dan mengetepikan keselamatan diri sendiri.
Contohnya, Kanang dan rakan-rakannya begitu berani dan bersemangat apabila berdepan dengan musuh walaupun terpaksa berkorban nyawa. Selain itu, persoalan lain novel ini ialah menyelesaikan masalah dengan bijaksana.
Kanang menukarkan pakaian seragamnya dan menyamar sebagai orang awam dengan bertutur dalam bahasa Iban untuk mengelak daripada ditawan oleh tentera Siliwangi. Penghargaan kepada jasa dan pengorbanan juga merupakan persoalan novel ini.
Kanang menerima pelbagai anugerah kerana jasa dan pengorbanannya mempertahankan negara. Antaranya pingat yang dianugerahi kepada Kanang oleh kerajaan ialah Pingat Panglima Gagah Berani (1980), Seri Pahlawan Gagah Perkusa (1981) dan Pisau Angkatan Tentera (1982).
Plot permualan Kanang menghadapi kesusahan hidup kerana ayah dan ibunya berpisah semasa dia kecil. Kanang dipelihara oleh datuk dan neneknya selepas dihalau oleh ibunya kerana terlalu nakal.
Perkembangan sewaktu remaja, Kanang melakukan pelbagai kerja seperti penoreh getah, tukang masak dan mengangkut penumpang dengan perahu. Kemudian, dia diterima menjadi anggota tentera sebagai Iban Tracker. Dia berkahwin dengan Helen Latia anak Intie.
Perumitan Kanang berjuang menentang tentera Indonesia semasa zaman konfrontasi. Dia turut menyertai beberapa pertempuran dengan pengganas komunis dalam hutan dan berjaya membunuh beberapa orang pengganas komunis.
Klimaks dalam satu pertempuran dengan pengganas komunis, Kanang mendapat cedera parah dan tidak sedarkan diri. Dia terlantar di hospital selama setahun.
Peleraian selepas sembuh, Kanang meneruskan perkhidmatannya dalam tentera sehinggalah bersara pada 30 Mei 1986 dengan pangkat Pegawai Waran I. Kanang sekeluarga hidup dalam keadaan yang sederhana. Selepas bersara Kanang hidup sebagai petani dan isterinya berniaga secara kecil-kecilan untuk menampung perbelanjaan keluarga.
Walaupun kehidupan Kanang agak perit selepas bersara, namun dia bersyukur kerana semua pihak menghargai setiap pengorbanan dan jasa yang telah dicurahkan kepada negara. Watak dan perwatakan Kanang Anak Langkau Kanang lahir pada 2 Mac 1945 di karangan Manok Nanga Meluan. Dia ialah seorang yang berbangsa Iban dan beragama Pagan. Dia ialah seorang yang nakal semasa kecil sehinggakan dihalau oleh ibunya dan tinggal bersama datuknya.
Dia telah belajar di Sekolah Local Authority hingga darjah tiga. Dia telah menjadi tentera secara kebetulan. Semasa dia menghantar dua puluh orang pemuda yang hendak menghadiri temu duga bagi menyertai Iban Tracker di sebuah sekolah berhampiran kampungnya. Kanang dipelawa oleh seorang anggota tentera British lalu menyertai perbarisan dan menjalani temu duga. Akhirnya, Kanang diterima sebagai Iban Tracker.
Selepas itu, Kanang telah berkahwin dengan Helen Latai anak Intie dan dikurniai enam orang anak. Kanang ialah seorang yang amat mempercayai mimpi dan menganggapnya sebagai amanat atau maklumat yang boleh dipercayai betul dan berguna. Kanang juga ialah seorang yang berani, dia selalu menjadi peninjan pertama sewaktu melakukan gerakan.
Dalam pertempuran, dia bertindak berani dan menembak musuh tanpa mempedulikan nyawanya. Dia seorang yang patuh kepada arahan, majlisnya kerana ditugaskan dalam operasi mencari anggota 1st Loyal New Zealand Army yang hilang. Dia juga seorang yang berdedikasi, berani dan cinta akan negara. Dia telah berjuang menentang tentera Indonesia dan turut menyertai beberapa pertempuran dengan pengganas komunis di dalam hutan.
Helan Latai anak Intie Helen ialah isteri Kanang dan dikurniai enam orang anak. Dia ialah seorang isteri yang penyayang dan mengambil berat terhadap suaminya. Semasa Kanang cedera parah dan terlandar di hospital selama setahun, dia selalu menjaga suaminya di hospital. Dia juaga adalah seorang yang pandai menyesuaikan diri.
Setelah dia berkahwin dengan Kanang, dia tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu dan dia telah sesat semasa pergi pasar, tetapi dia telah berusaha gigih untuk menyesuaikan diri. Dia juga adalah seorang yang lemah semangat kerana dia telah pengsan setelah menerima berita tentang Kanang telah mengalami cedera parah dan terlandar di hospital.
Latar Latar Tempat
1. Pasar Taiping, Perak : Isteri Kanang, Helan telan sesat di pasar Taiping ketika dia mula-mula belajar di pasar akibat malu bertanya kerana dia tidak tahu berbangsa Melayu.
2. Simanggang (Bandar Sri Aman) penghujung tahun 1964, di rumah Panjang Skra Hilir Sarawak : Kanang bersama bapa saudara Helen bertemu kali pertama dengan Helen Latai anak Intie. Kanang dan Helen kemudiannya berkahwin pada 25 Mei 1965 di Simanggang.
3. Rumah Kelamin pegawai di kem Terentak, Melaka : Kanang bertindak nakal. Dia telah mengambil helmet dan meletakkan di muncung senapang dan menyandarkannya ke dinding pos supaya orang menyangka senyri sedang berkawal.
Latar Masa
1. Bulan Mac 1962, pada waktu tengah hari dalam cuaca yang panas :Kanang menghantar dua puluh orang pemuda untuk menghadiri temu duga Iban Trackers.
2. Pada sebelah petang : Kanang bersama pasukan penjejak tiba di Lapangan Terbang Changi, Singapura untuk membantu pasukan 1st Singapura Infantry Regiment.
3. Pada 4 Jun 1979 : Kanang sebagan plantun sarjan telah menyenaraikan barang-barang penggarus dan meneruskan penggeladahan di kiri dan kanan sungai Piah.
Latar Masyarakat
1. Iban : Kanang - Rumah Panjang karangan manok ; Helen - Rumah Panjang Skra Hilir (Kaum Iban).
2. Pekerjaan masyarakat : Masyarakat Iban yang menjalankan pertanian seperti menanam padi, menjala ikan dan memburu binatang.
3. Pelbagai agama : Masyarakat Iban yang beragama Pagan.
Nilai murni
1. Bertanggungjawab - tanggungjawab sebagai pejuang tanah air amatlah besar dan harus disanjung tinggi.
2. Keberanian - para pejuang tanah air, terutama watak Kanang mempunyai sifat keberanian yang luar biasa dan sanggup mengadaikan nyawa demi orang lain dan negara.
3. Yakin pada diri sendiri - seseorang itu perlu yakin akan apa yang dilakukan dan tidak bertindak membuta tuli. Begitu juga dengan watak Kanang yang sentiasa yakin akan apa yang dilakukannya, terutama ketika bertugas di dalam hutan.
4. Cinta akan negara - negara merupakan tempat kita dilahirkan, tempat perlindungan, dan tempat kita mencari identiti diri. Oleh itu, kita harus berbangga terhadap negara sendiri.
5. Mengambil berat - jangan mengambil mudah dan bersikap sambil lewa terhadap sesuatu perkara yang berlaku.
6. Tabah - ketabahan merupakan perkara penting yang perlu ada dalam diri seseorang, lebih-lebih lagi ketika menghadapi tugas yang amat berat.
7. Berusaha dengan bersungguh-sungguh - jika kita memperoleh sesuatu yang dihajati, kita perlulah berusaha agar apa yang kita lakukan mendapat pengiktirafan daripada seseorang.
8. Bersyukur - setiap manusia perlu bersyukur dan berpuas hati atas sesuatu perkara yang diperoleh.
9. Faham-memahami - sekiranya mempunyai suami yang sentiasa bertugas demi negara, si isteri hendaklah memahami tugas suami itu.
10. Berdisiplin - setiap manusia mempunyai disiplin diri untuk melatih kita agar mempunyai jiwa yang teguh, berperaturan, dan dapat menjalani kehidupan yang lebih sempurna.
Pengajaran
1. Kita hendaklah sentiasa mencintai tanah air dan berasa bangga tinggal di tanah air yang aman damai ini.
2. Kita harus menyanjungi pengorbanan yang telah dilakukan oleh para perajurit negara dengan berderma kepada tabung pahlawan.
3. Kita tidak harus mudah berputus asa dalam apa jua yang kita lakukan kerana lambat-laun apa yang kita hajati itu akan tercapai akhirnya.
4. Janganlah kita mementingkan diri sendiri, kelak dibenci orang.
5. Sebagai rakyat yang tinggal di negara yang merdeka ini, kita harus bertanggungjawab menjaga keamanan, imej, dan nama baik negara.
6. Kita hendaklah sabar menghadapi dugaan hidup yang datangnya daripada Tuhan.
7. Kita tidak seharusnya berasa takut dalam perjuangan untuk mencapai kejayaan.
8. Kita seharusnya mempunyai semangat nasionalisme yang kuat, berani dan sanggup berkorban demi negara serta mempunyai semangat perjuangan yang tinggi.
9. Sebagai anggota tentera, kita hendaklah meningkatkan kemahiran dan profesionalisme agar dapat melahirkan satu masyarakat tentera yang bersemangat waja, kuat, dan cekap.
10. Pihak kerajaan, swasta, mahupun orang perseorangan
perlulah membantu mana-mana pahlawan yang masih hidup dalam kemiskinan agar
mereka turut merasai bahawa pengorbanan mereka dihargai dan mereka dapat hidup
senang seperti orang lain juga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan