Sabtu, 8 Disember 2007

PM: Pantau hubungan Hindraf-pengganas


Saya tidak bercadang untuk campur tangan dengan memaparkan isu HINDRAF dalam blog ini, tetapi setelah mengikuti perkembangannya dari awal lagi, saya seperti terpanggil untuk berkongsi kes/isu ini dengan pelayar dihormati.
Pada pandangan peribadi saya, rasanya amat tidak wajar pengerak HINDRAF menjalankan gerakan menghasut kaum India supaya membenci kerajaan. Selama ini mereka telah diberi layanan sama rata, baik dari segi ekonomi, pembangunan dan kemudahan asas dengan orang Melayu, Cina dan kaum-kaum lain di negara ini.
Apa lagi yang mereka nak? Tidak sedikit rakyat mereka diambil kerajaan untuk menjadi pemimpin. Tidak sedikit orang mereka berjaya dalam perniagaan dan tidak sedikit masyarakat mereka berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan orang Melayu.
Kalau mereka mendakwa purata daripada mereka hidup dalam kemiskinan dan tidak mendapat tempat di sektor awam dan swasta, begitu juga dengan kaum Melayu, Cina dan lain-lain.
Saya rasa sedihlah dengan gerakan HINDRAF ini yang secara terang-terangan cuba mencetuskan isu perkauman di kalangan kaum mereka.
Tidakkah mereka menjadikan peristiwa 13 Mei 1969 sebagai pengajaran dan peringatan? Jangan kerana demi kepentingan diri, kita menyusah orang lain. Saya percaya majoriti rakyat di negara ini, baik India, Cina mahupun Melayu tidak suka kepada kekacauan.
Berikut saya lampirkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai HINDRAF.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Bahawi hari ini mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya sentiasa memantau rapi semua kegiatan Hindu Rights Action Force (Hindraf) termasuk mengenai kaitannya dengan gerakan pengganas antarabangsa.
"Saya dah tahu mengenai perkara ini dan saya cadangkan Ketua Polis Negara (Tan Sri Musa Hassan) sendiri yang membuat kenyataan berdasarkan maklumat yang ada pada polis.
"Arahan saya (ialah supaya) ia dipantau dengan rapi," kata Perdana Menteri kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Industri Kecil dan Sederhana (IKS) peringkat negeri Johor, di sini hari ini.
Abdullah yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri diminta mengulas kenyataan Musa semalam bahawa Hindraf dipercayai cuba mendapatkan sokongan kumpulan pengganas.
Menurut Musa, selain menagih sokongan negara-negara asing dan meminta bantuan kumpulan pengganas, kumpulan pelampau itu juga menubuhkan sebuah dana untuk membiayai aktiviti mereka.
Ditanya apa bentuk tindakan hasil pemantauan pihak berkuasa setakat ini terhadap Hindraf memandangkan kumpulan ini dikatakan boleh mengancam keselamatan negara, Perdana Menteri berkata: "Bila sudah sampai tahap berbahaya, kita tahu apa kita akan buat".
Mengenai saranan supaya kerajaan mengambil tindakan tegas termasuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas dalang Hindraf, Abdullah berkata beliau perlu meneliti opsyen itu sebelum membuat sebarang keputusan.
Hari ini tokoh politik wanita negara Tan Sri Aishah Ghani serta Gerakan 4B Malaysia mahu kerajaan menggunakan ISA ke atas dalang kumpulan yang tidak berdaftar ini bagi mengelak berlakunya perkara lebih buruk.

1 ulasan:

dewi malam berkata...

Hindraf benar sekali mengancam keselamatan negara tetapi tetapi saya yakin situasi ini mampu ditangani dgn lebih bijak oleh kerajaan malaysia. statement yg dikeluarkan oleh y.a.b perdana menteri pada pandangan saya mengeruhkan lagi keadaan malaysia yg sedia kucar-kacir dari hari ke hari samaada secara kita sedar atau tidak. apa salahnya jika kerajaan malaysia mengambil langkah berdiplomasi dgn puak hindraf dan menghantar mereka ke england untuk berdemonstrasi di sana supaya mereka dapat menuntut ganti rugi dr kerajaan yg pernah menjadi kuasa penjajah di malaysia suatu ketika dahulu. ini kerana ketidakseimbangan ekonomi ini berlaku hasil drp dasar pecah perintah yg dilaksanakan oleh kerajaan british semasa menjajah tanah melayu suatu ketika dahulu dan kesan daripada dasar ini bukan sahaja dirasai oleh kaum india tetapi juga kaum melayu sehinggalah ke hari ini. bukankah ini lebih bijak dr mengeluarkan statement terbuka untuk memerangi puak hindraf yg terdiri drp kaum india yg mengisi ruangan ketiga terbesar kependudukan di negara ini? saya kira kerajaan harus lebih bijak memainkan peranan, bukan shaja dlm isu yg merupakan salah satu contoh kemelut yg menimpa malasyia pada hari tetapi dlm semua isu yg menjadi sajian dada2 akhbar pada hari ini. Dlm isu hindraf ini, saya ingin mengingatkan seluruh rakyat malaysia, kita juga berada dlm perahu yg sama dgn penggerak hindraf di mana kita juga telah menjadi mangsa dasar pecah perintah yg dilaksanakan semasa penjajahan kerajaan british suatu. Saya kira sudah sampai masanya kerajaan melangkah ke hadapan untuk menunjukkan kredibiliti dan kewibawaan kepada rakyat yg mengidamkan sebuah negara yg aman makmur dlm semua aspek- sebuah negara yg bersatu padu dan bersih dr gejala rasuah, politk wang dan bermacam2 lagi.