Jumaat, 27 Jun 2008

MTRK khuatir kesan forum kontrak sosial oleh Majlis Peguam

Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) khuatir mengenai kesan daripada Forum Kontrak Sosial oleh Majlis Peguam di ibu negara esok.

Presiden MTRK, Datuk Ibrahim Ali berkata sewajarnya forum sedemikian tidak diadakan kerana boleh menyentuh sensitiviti sesetengah kaum di negara ini.

“Isu kontrak sosial ini sangat bahaya untuk diperdebatkan kerana bagi MTRK isu sensitif seperti ini tidak perlu untuk diperdebatkan kerana ia akan menyebabkan ketidakselesaan kaum,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung MTRK Kota Bharu di sini, hari ini.

Forum tersebut dijadualkan berlangsung di Auditorium Majlis Peguam pada pukul 9 pagi dengan ahli-ahli panel terdiri daripada Pensyarah Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mavis Puthucheary; Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Dr. Kua Kia Soong; dan peguam Tommy Thomas.

Tiada ulasan:

Kes Hafizul: Peringatan dan pengajaran