Sesuatu yang tidak mengejutkan kalau ada dalam kalangan pemimpin atau bekas pemimpin dalam Barisan Nasional (BN) keluar parti untuk menyertai parti pembangkang. Mungkin ada yang tak kenalah tu sehingga membuka pintu hati mereka untuk meningalkan parti yang mereka dokong selama ini.
Selepas bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim lompat parti, hari ini umum dikejutkan dengan tindakan bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Chua Jui Ming pula lompat parti.
Dulu ramai yang mengatakan Datuk Ibrahim Ali sebagai katak. Lompat sana lompat sini, sekarang dah ramai ikut jejaknya. Melompat.
Jui Ming adalah bekas menteri yang paling mencabar. Dia banyak menangani masalah kesihatan yang melanda negara ini melalui serangan nyamuk yang meludahkan racun bernama Japanese Encephalitis (JE) tidak lama dulu.
Dia juga bekas pemimpin MCA yang disegani. Dan entah kenapa dia tinggalkan MCA untuk sertai Kit Siang dan Guan Eng berada dalam Pakatan Rakyat. Mungkin dia menganggap dengan berada dalam parti PKR, dia akan diberi peluang untuk bertanding dalam pilihan raya dan sekali gus kalau PR menang besar, akan dilantik sebagai menteri.
Saya nampak, itu yang dilihat oleh kebanyakan bekas pemimpin dalam BN, mengenai faktor utama mereka menyertai PR. Untuk berjuang kepada bangsa mereka? Dalam BN pun mereka boleh berjuang, tak perlu sertai PR.
Untuk rebut jawatan? Itu ada kemungkinannya. Habis tu kalau tidak kerana tamakkan jawatan, kenapa dia boleh lompat parti? Memang tidak ada sebab lain untuk dia berbuat demikian.
Dan dalam tempoh sebelum PRU ke 13 ini, ada ramai lagi bekas pemimpin dalam BN akan lompat parti. Itu senarionya yang BN perlu tahu dan ambil kira.
Datuk Zaid Ibrahim lompat parti bukan kerana perjuangannya nak hapuskan ISA ditolak, tetapi jiwanya sudah lama berada dalam PKR, cuma jasadnya dalam 'UMNO'. Kemudian penolakan ISA oleh kerajaan dijadikan alasan untuk beliau lompat parti.
BN dan PR dalam bahaya. Itu yang dapat saya buat kesimpulan dengan keadaan politik ketika ini. Tindakan beberapa pemimpin dan bekas pemimpin lompat parti juga memperlihatkan negara berada dalam keadaan yang amat bahaya.
Apa bahayanya, sama-samalah fikirkan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
1 ulasan:
racis/pendek akal saja yg tak dapa
t terima pilihan lain , terutama
peluang untuk memperjuangkan ideologi agakterbuka luas berbandin
g masa lampau . suasana politik le
beh demokrasi, terimakasih kpd paklah, semuga panjangkan umur...
Catat Ulasan