Sabtu, 18 Julai 2009

Mati pun orang lain kena tuduh

Yang dah mati tu kira matilah. Cara macamana dia mati, itu tak perlu persoalkan. Kalau was-was ada unsur jenayah, elok sangat buat laporan polis, biar polis siasat. Jangan melatah atau cepat2 tuding jari salahkan orang lain.

Kalau kes liwat pun, orang lain dituduh kononnya nak khianat, ini kes mati jatuh bangunan pun nak dituduh pada orang lain juga, kononnya kematiannya angkara orang lain, bukan diri sendiri.

Saya bersimpati dengan kematian Setiausaha Politik kepada seorang Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor, Beng Hock, tapi kematiannya biarlah polis yang siasat. Tunggu keputusan siasatan dulu, barulah buat kesimpulan. Jangan sekali-kali jahatkan orang lain.

Mendiang Beng Hock dipanggil SPRM sebagai saksi kerana ada dakwaan mengatakan ADUN dan Exco Pakatan Rakyat Selangor salahgunakan peruntukan kerajaan negeri. Mungkin kerana bimbang dengan Beng Hock yang ada banyak maklumat dan mungkin kerana tak mahu maklumat itu pecah hingga tertangkapnya ADUN atau Exco Kerajaan Negeri makanya, Beng Hock menemui ajal dalam keadaan tragis.

Kenapa kita tak fikirkan hal ini? Kenapa dengan pantas seperti kilat, iaitu ketika belum pun roh Beng Hock naik ke langit tujuh, dah banyak tuduhan daripada pemimpin PR mempertikaikan kematiannya.

Saya selalu tonton filem jenayah yang memaparkan kisah pembunuhan saksi. Kebanyakan jalan cerita memaparkan kisah kematian saksi disebabkan rancangan orang yang dikenali rapat.

Saksi dibunuh oleh mereka yang terlibat dalam jenayah rasuah, bunuh dan sebagainya. Orang itu tidak mahu kegiatannya dibongkar atau sampai kepengetahuan pasukan keselmatan, orang itu mencari jalan untuk menghapuskannya. Orang lain yang suku sakat tak akan terlibat.

Tapi dalam kes kematian Beng Hock, orang lain yang kena tuduh. Sampai ada seorang wakil rakyat pergi terjah pintu rumah mayat yang menempatkan mayat Beng Hock di sebuah hospital.

Apa kejadah dia pergi terjah pintu rumah mayat? Tak mahu mayat Beng Hock dibedah siasat? Atau ada rancangan nak ganggu siasatan supaya segala bukti dapat dihapuskan dan memudahkannya untuk menghala kejahatan kepada orang lain?

Kalau kita tak bersalah, kenapa kita perlu gelabah? Releklah bro... Berilah peluang kepada polis lakukan siasatan. Kan kumpulan bro dah ada alasan kuat untuk tepis diri daripada dituduh oleh rakyat sebagai manusia yang terlibat?

Tengok saja ketua mereka. Seronok mendatangi kaum sejenis dari belakang, bila mangsa buat laporan, dia kaitkan mangsa ada agenda politik. Sedap dan seronoklah macam tu. Habis manis, sepah dibuang. Kesian si mangsa. Tak pasal-pasal dapat lebam kat belakang. UMNO jugak dapat nama busuk.

Banyak fakta kes yang berlaku dalam negara ini, bila sesuatu kes itu melibatkan pemimpin, mereka cepat-cepat menuding jari kepada orang lain. Kononnya musuhnya ada agenda nak menjatuhkannya dalam politik.

Kes kematian Beng Hock pun macam tulah. Tak pasal-pasal SPRM dan UMNO dikaitkan.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kenapalah ada orang yang bebal macam ko ni? Kawan tu mati dalam keadaan yang mencurigakan, tentulah timbul persoalan. Mangsa mati masa dalam siasatan MACC, dlm bangunan yg menempatkan MACC. Tentulah suspek pertama MACC. Kalau kes bini mati, laki akan jadi suspek hinggalah diketepikan kalau ada alibi. Kalau sedara ko sendiri mati org lambat bgtau, ko tak marah ke beb? Mesti mengamuk kan? Melainkan ko anak haram yg tak dak mak bapak halal la. Ko tak penah tgk CSI ke beb? Ker tgk citer Gerak Khas jer. Padan la otak ko level dungu semacam. Tgk cara mangsa mati dgn seluar koyak belakang, takkanlah otak udang ko tak rasa macam pelik kot. Oh, lupa...ko otak bawah lagi dr level udang. Mudah-mudahan perkara sama jadi kat keluarga ko...baru ko tahu macam mana rasa. Belum kena belum tahu.

Tanpa Nama berkata...

Saya anggap anonymous ni sebagai anak jadah haram. Namanya pun berselindung sebalik tak dikenali. Ni tentunya bukan anak jantan. Anak jahat barang kali. Malangnya nasib anonymous ni, mak dia lahirkan dia dgn cara berzina nih. sebab tu mulut dia jahat, perangai jahat dan hati jahat sangat. Woi, kalau anak jantan, bersikap jantanlah. Jgn kutuk org dgn lempar batu sembunyi tangan. Tah-tah ko ni dah kena liwat kat dsai kot.

Zul berkata...

Sabar...relek... sama-sama kita tunggu hasil siasatan. Jgn agrsif beri komen, entah-entah awak tu anak haram dan otak duduk bawah tapak kaki. Tak baik medoakan kematian org lain. Gitu jugak tak baik menuduh org lain punya angkara dgn kematian Beng Hock. Seluar dia koyak dari belakang memang dia ditolak, tapi mungkin orang upahan pemimpin mereka. Lepas tu bunuh di tempat SPRM supaya SPRM dituduh.

Zul berkata...

Saya harap polis siasat Exco Ean Yong Hian Wah. Sebab Beng Hock setiausaha dia dan tentunya soal siasat SPRM ke atas Beng Hock ada kena mengena dgn Ean Yong Hian Wah. Entah-entah...dia yang...

manzaidi berkata...

Salam kpd tetamu blog yang membei komen. Sy hrp anda tidak menjadikan blog ini sebagai landasan utk berdebat. Soal siapa benar, siapa tidak benar, itu mengikut kepercayaan masing2. Saya hanya memaparkan artikel untuk renungan semua pihak. Anda boleh komen apa saja mengenai artikel itu, tetapi jgn sekali-kali agresif sehingga mendoakan kematian ahli keluarga org lain. Itu tidak manis. Dan kpd tetamu, kalau paparkan nama sebenar lain elok, tak perlu guna anonymous. Sebab lambat laun, anda akan buka juga blog ini utk baca bidasan org lain pada anda. Harap jadikan blog ini utk ilmu, bukan hentam menghentam. Kalau ada tak suka, jgn layari blog ini. Beritahu pd kawan2 jangan buka manzaidi punya blog sebab artikelnya entah apa-apa. itu lagi baik, daripada sakit hati sorang2. Sebagai org yg bertanggungjawab ke atas artikel ini, saya menerima apa saja kritikan dan teguran, tetapi biarlah yang beradab dan ada tata susila kita sebagai orang Melayu beragama Islam. Kalau anda bkn Islam, saya tak boleh nak kata apalah sebab memang org kafir sikapnya begitu.

Tuah berkata...

Salam tuan,

Segala kemungkinan boleh berlaku, jika SPRM bermasalah pihak polis sudah tentu akan ambil tindakan. Saya lihat secara zahirnya tiada motif untuk SPRM dalam kes ini. Si mati bukannya orang yang kena tuduh tapi saksi kepada ahli politik yg lain.

Kemungkinan ada unsur2 gejala kongsi gelap dan gangster. Dalam cerita CSI, penjenayah yang licik tidak akan membunuh seseorang di rumah atau tempatnya sendiri. Dia akan menggunakan tempat orang lain supaya kegiatannya dapat disembunyikan.

Yang malangnya ada orang2 Melayu Islam diperalatkan oleh puak2 yang nak ambik kesempatan dalam hal ini. Mereka mungkin rindukan rasa kebencian dan marah rakyat yang sekarang ini cool. Mereka dambakan momentum. Mereka akan buat kecoh walaupun siasatan masih belum selesai. Rakyat mesti diberikan input agar mereka melihat SPRM yang menjadi lambang kerajaan yang bersalah.

Mustahil mereka tidak ambil kesempatan dalam hal sebegini. Buaya tidak akan menolak bangkai atau apa2 yang dilihatnya sebagai bangkai. Cuma bagi kita, cuba perhatikan siapa yang memimpin dan siapa yang dipimpin di kalangan mereka. Siapa yang seperti lembu dicucuk hidung.