Khamis, 16 Julai 2009

Naik tambang, hadiah Najib kpd rakyat

Cuba Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz umumkan kenaikan kadar tambang baru pengangkutan awam seminggu atau dua hari atau sehari atau pada hari mengundi DUN Manek Urai... apa akan jadi? Rasa-rasanya mahu calon BN hilang wang pertaruhan.

Tapi inilah hakikatnya, apabila semuanya dah selesai...macam-macam projek yang menyeksakan rakyat menyusul.

Sebelum ini, anak perantau hanya perlukan RM100 untuk berulang alik dari Kelantan ke Kuala Lumpur. Tapi sekarang kalau tak ada RM200 dalam poket, jangan harap mereka dapat naik bas ekspress nak balik Kelantan atau datang ke Kuala Lumpur.

Apa perasaan kerajaan dengan menaikkan kadar tambang yang dianggap keterlaluan dan membebankan rakyat ini? Tentulah mereka tak ada perasaan. Kalau ada, mereka tak akan menaikkan kadar tambang sehingga 40 peratus sewenang-wenangnya.

Minggu lalu, selepas dapat gaji, ada jugak rancang nak balik kampung minggu ini, tetapi setelah kerajaan umumkan kenaikan tambang pengangkutan awam, termasuk bas ekspress yang selalu aku guna perkhidmatannya setiap bulan sejak satu setengah tahun lalu, niat hendak balik kampung sudah terbantut.

Rasa rindu pada anak, hanya Tuhan saja yang tahu, tapi apakan daya...duit tak cukup. Kena ada RM200 baru boleh balik. Itu termasuk tambang dari rumah sewa ke stesen bas, makan minum sementara tunggu bas sampai dan makan minum di hentian bas di Merapoh.

Hentian bas ini pula, makanannya lebih mahal dari jin. Nak masuk tandas cuci muka atau kumur pun kena bayar 50 sen. Tu belum perkenakan burger kering RM4, mineral water botol kecil RM2, nasi lauk hampir basi RM7.

Tu pun belum lagi kira tambang dari stesen bas Kota Bharu ke rumah di Pasir Mas. Biasanya bas ekspress sampai di Kota Bharu dalam sekitar 5 pagi. Mana ada bas nak balik ke Pasir Mas. Kereta sewa memang banyak, tapi mahu RM50 sekali hantar. Mampusss...

Kerajaan fikir ke semua masalah yang dihadapi golongan berpendapatan rendah dan sederhana seperti saya ini? Gerenti tak fikir. Tidak ada sebab mereka nak sakitkan kepala fikirkan semua ini.

Mereka tak pernah keluarkan duit untuk isi minyak kereta atau beli tiket bas atau bayar tambang teksi. Mereka, dari pintu rumah naik Mercedes yang dibawa pemandu. Kereta ada minyak ke tidak, dah service ke tidak, itu bukan dia yang nak fikir. Ada pemandu buat apa kalau semua itu pun tak boleh settlekan.

Apabila rakyat tanya, kerajaan jawab, kononnya kenaikan itu nak elak syarikat pengangkutan bas gulung tikar kerana kos penyelenggaraan lebih besar dari untung. Kenaikan tambang teksi dinaikkan, kononnya teksi terperangkap dalam jem atau kesesakan lalu lintas.

Itulah alasan yang diberikan kerajaan. Sama-samalah kita renung dan fikirkan. Saya kini sedang fikir macam mana nak balik Kelantan minggu ini. Nak naik bas atau kereta api atau kereta sendiri. Adussss peningggg...

2 ulasan:

Mr Priceless berkata...

Salam.

Saya bersetuju dengan abg man, dengan kenaikan ini, ia cukup membebankan golongan bawahan, dan semesti menyebabkan orang tidak akan menggunakan kenaikan awam kerana caj nya tinggi tp mutu perkhidmatan hancuss. Seperti biasa kerajaan mengatakan konon, mutu perkhidmatan akan dipertingkatan, namun 'pi mai pi mai, tang tu' juga. Persoalannya, bernahkan kenaikan sebanyak 40% itu wajar. Sememangnya ini cukup membunuh bagi golongan pelajar, pekerja awam yang rata2 pendapatan amat rendah. Adakah ini releven?
Bagi saya ini, adalah sandiwara politik, sandiwara orang-orang yang cukup licik, aku bagi kamu, kemudian aku ambil dari kamu. Apa saya maksudkan, sbg cth seorang tuan rumah kononnya memberi hadiah si penyewa, tapi esoknya saya nak naik sewa rumah. Adakah itu ikhlas?
Dan pengumuman ni di buat selepas pilihanraya MU. Cukup menyedihkan kami mempunyai orang2 politik sedemikian.
Secara jujurnya, saya mula hilang kepercayaan pada politik2 murahan seperti ni.

Sekadar pandangan diri saya.

Mat S berkata...

Hadiah kepada rakyat yang menggunakan kemudahan awam atau hadiah kepada penyedia perkhidmatan? Adakah mutu perkhidmatan dipertingkatkan untuk kemudahan rakyat? Siapa yang dapat hadiah yang sebenarnya.