** Baguslah kalau sudah 'insaf' untuk melupakan kisah-kisah hitam. Tapi selama mana insaf itu bertapak dalam diri? Umpama anjing, 'tahi tak mahu makan dah, tapi hidu tetap hidu'.
Cumanya, kalau diri sendiri melakukan kesalahan, janganlah pula menyalahkan orang lain dengan menuduh kebiadaban gerombolan kecil termasuk media menaruh dendam kesumat dan terus memfitnahnya.
Selama ini tidak ada sesiapa pun yang menaruh dendam terhadapnya. Beliau yang minat ke arah songsang, kenalah tanggung sendiri. Ingatlah pada Allah. Allah Maha Besar dan Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan.
Patutnya bersyukurlah kerana Allah masih memberi dua peluang untuk kamu sedar dan benar-benar insaf, bukan sekadar 'insaf' sekejap sahaja, kemudian bila gian datang, cari mangsa lain pula.
Kepada pendokong parti yang mendakwa memperjuangkan Islam, cuba-cubalah beranikan diri mendekati orang yang disayangi ini. Cuba-cubalah nasihatkan dan tazkirahkannya agar tidak lagi mengulangi tabiat lama.
Sedarlah, tidak ada seorang musuh pun nak ciptakan konspirasi liwat terhadapnya, melainkan dia yang cari bala sendiri.
Kepada Kak Wan, jaga-jagalah suami tu. Selalu-selalulah ingatkan dia, "awak tu dah tua... rumah dah kata pergi, kubur dah kata mari. Nanti tak sempat nak taubat, tak cium bau syurga."
PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang kini sedang berada di India berkata beliau ingin melupakan episod hitam yang telah melanda dirinya dan tidak berhasrat untuk menyingkap kembali permasalahan lalu.
Beliau juga enggan lagi memberikan sebarang tafsiran mengapakah penghakiman mengejutkan ini (keputusan yang mendapati beliau tidak bersalah dan dibebaskan) berlaku.
"Saya dan Azizah tiba di Mumbai dan menuju Panchgani sebagai tetamu kepada sahabat lama, Rajmohan Gandhi, penyala obor perjuangan datuknya, pejuang besar India Mahatma Gandhi.
"Lebih tiga bulan lalu saya berjanji untuk bersama beliau menyemarakkan semangat perjuangan Gandhi bagi menegakkan demokrasi yang mempedulikan nasib rakyat serta menolak kezaliman dan rasuah.
"Sepanjang dalam perjalanan selama tiga jam, saya menerima ribuan panggilan telefon, mesej dari Twitter dan Facebook, komen di blog serta SMS dari pelbagai lapisan masyarakat Malaysia dan dunia yang menyatakan kesyukuran dan rasa gembira (dengan keputusan mahkamah)," katanya dalam tulisan yang disiarkan dalam portal berita Malaysian Insider pada Selasa.
Pada Isnin, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membebaskan Anwar daripada sebarang pertuduhan liwat setelah mendapati, bukti DNA yang dikemukakan tidak cukup untuk mensabitkan beliau dan tidak dapat dipastikan bahawa DNA itu tidak dicemari.
Kata Anwar, beliau bersyukur kerana setelah sekian lama difitnah dan diaibkan, Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah memutuskan — berlandaskan undang-undang dan fakta — bahawa dakwaan seseorang tanpa saksi dan sebarang bukti sokongan adalah tidak dapat diterima.
"Saya tidak berhasrat menyingkap permasalahan lalu atau memberikan sebarang tafsiran mengapa penghakiman mengejutkan ini berlaku. Walaubagaimanapun, saya bersyukur ke hadrat Allah Azzawajalla kerana saya bebas dari fitnah," ujarnya.
Anwar juga berkata, seperti lazimnya beliau tidak cenderung untuk merintih kisah derita silam malah sedia memaafkan sesiapa sahaja.
"Hanya yang dimasygulkan ialah kebiadaban gerombolan kecil termasuk media yang berdendam kesumat dan terus memfitnah saya," katanya lagi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
4 ulasan:
Sepatutnya Anu war pegi ke Makkah mengerjakan Umrah, sujud syukur depan kabah, bukanya pergi makan agin ke india.
buat apa plak anu war nak pi mekah, tu tempat suci, tempat org-org Islam pi buat haji. Anu war tak perlu buat haji sebab kiblat dia barat, bukan kaabah.
Betul juga kata ZS, takut belum sempat masuk tanah haram dah rebah berbuih mulut. x sempat ngucap 2 kalimah sahadah. Tapi x apa, Nabi Nike Ajis dah janji syurga pada Iman mahadi Nuar.
Anwar skg ni brsuka ria di turki. sepatutnya dia pi buat umrah tanda kesyukuran. Turki, nama je negara Islam, tapi amalannya langsung tak mencerminkan Islam. negara islam mcm ni g anu war suker. kan kan kan
Catat Ulasan