Selasa, 29 April 2014
Dia bunuh anak saya, sekarang dia nak saman saya?
TORONTO: Seorang wanita yang melanggar dan membunuh seorang remaja dalam satu nahas jalan raya hampir dua tahun lalu memfailkan saman ke atas mangsa kerana dia mengalami tekanan perasaan.
"Saya rasa macam kena main. Saya naik angin. Ini buat darah saya naik," kata bapa remaja itu, Derek Majewski seperti dipetik oleh The Toronto Sun.
Dalam nahas pada pukul 1.30 pagi pada 28 Oktober 2012 itu, Brandon Majewski, 17, sedang berbasikal bersama dua rakannya apabila dia dilanggar oleh sebuah kenderaan SUV.
Pemandu kereta itu, Sharlene Simon, 42, kini menyaman mendiang Brandon atas tekanan perasaan yang dia alami sejak kemalangan tersebut. Dia juga menyaman dua remaja lain yang terlibat serta semua anggota keluarga Brandon termasuk abangnya yang sudah meninggal dunia.
Enam bulan selepas kemalangan itu, abang Brandon, 23, meninggal dunia selepas dikatakan terlalu murung sejak kematian adiknya.
Peguam keluarga itu, Brian Cameron menyifatkan tindakan saman tersebut sesuatu yang ganjil dan melampau.
"Selama saya jadi peguam, saya belum pernah lihat ada orang menyaman mangsa yang mereka langgar mati," katanya.
Ibu Brandon pula sangat kecewa, marah dan terkejut dengan tindakan saman itu.
"Dia bunuh anak saya dan sekarang dia nak kaut untung. Dia kata dia menderita? Beritahu dia supaya tengok apa yang ada dalam kepala saya. Dia akan nampak penderitaan. Dia akan nampak panik. Dia akan nampak mimpi ngeri," kata Venetta Mlynczyk.
Simon menuntut ganti rugi sebanyak 1.35 juta dolar Kanada (lebih kurang RM4 juta) bagi kecederaan serius dan kekal” kepada fizikal, mental dan psikologinya ekoran nahas itu.
Dia juga mendakwa mangsa langgar mati itu cuai dan tidak tahu menunggang basikal kerana tidak menggunakan brek dengan betul.
Simon juga menamakan pihak berkuasa tempatan dalam tindakan samannya itu atas kegagalan menyelenggara jalan raya terlibat.
Menurut polis, Simon mengaku memandu pada kelajuan 90 kilometer sejam di kawasan had laju 80 kilometer sejam. Dia mendakwa tidak nampak tiga remaja berkenaan sebelum kenderaannya merempuh Brandon.
Nahas itu mengakibatkan cermin hadapan keretanya retak, bampar kemek dan lampu depan pecah. Bumbung kereta itu juga kemek dan calar, manakala cermin sisi tercabut.
Brandon meninggal dunia di hospital akibat pelbagai kecederaan.
Seorang remaja yang bersamanya cedera parah termasuk patah tulang pinggul, manakala seorang lagi tercampak dan hanya mengalami calar ringan.
Peguam keluarga Brandon memfailkan saman ganti rugi kemalangan yang biasa dengan mendakwa Simon memandu laju dan mungkin pada ketika itu sedang mabuk atau menggunakan telefon genggam.
Kes itu belum didengar oleh mahkamah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan