Sabtu, 26 April 2014

Perhimpunan Agung Umno 2014

Post Pic
 
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno menetapkan 28 Oktober 2014 sebagai hari permulaan Perhimpunan Agung Umno dan akan berakhir pada 2 November.
 
Presidennya, Datuk Seri Najib Razak juga dalam masa sama memaklumkan taklimat yang akan disampaikannya pada 28 Oktober.
 
Manakala persidangan sayap parti pada 29 Oktober dan mesyuarat Perwakilan Bahagian ditentukan antara 8 Ogos hingga 14 September.
 
Dalam masa sama beliau masih sebagai Pengerusi Barisan Nasional juga belum memuktamadkan lagi calon yang akan diletakkan untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Gelugor Mei nanti.
 
"Kita masih belum tetapkan lagi... masih awal lagi," ujarnya.
 
Kerusi Parlimen Bukit Gelugor kosong selepas penyandangnya, Karpal Singh, 74, meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Gua Tempurung, Kampar pada 1.10 pagi 17 April lalu.
 
Pada Pilihan Raya Umum Mei lalu, Karpal Singh menang kerusi itu dengan majoriti 41,778 undi menewaskan calon Barisan Nasional, Teh Beng Yeam.
 
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kemudiannya menetapkan 25 Mei depan sebagai hari pengundian manakala hari penamaan calon akan diadakan pada 12 Mei.

Tiada ulasan: