AL FATIHAH
Kartina Dahari yang sebelum ini menderita akibat barah payu dara, telah meninggal dunia pada pukul 6 petang ini di Singapura.
Kuala Lumpur, 30 April: Penyanyi veteran, Kartina Dahari, 73,
yang sebelum ini menderita akibat barah payu dara, telah meninggal dunia
pada pukul 6 petang ini di Singapura.
Penyanyi yang cukup popular dengan irama keroncong sekitar tahun 1960an itu pernah menjalani pembedahan membuang payu daranya.
Difahamkan, sehingga kini Kartini telah
pun menjalani 16 rawatan kimoterapi di hospital dan merahsiakan
penyakitnya itu daripada pengetahuan peminat-peminatnya.
Antara lagu popular yang pernah didendangkannya adalah Budi Setahun Segunung Intan duet bersama Ahmad Jais.
Jenazah akan dibawa ke kediamannya di Bradell Hill dan dijangka akan dikebumikan esok di kawasan perkuburan Islam di Singapura.
Veteran songstress Kartina Dahari dies
Veteran songstress Kartina Dahari passed away this afternoon in Singapore. — Singapore Straits Times pic
KUALA LUMPUR, April 30:Veteran songstress Kartina Dahari died this afternoon in Singapore.
It was reported that Kartina succumbed to her battle with breast cancer at the age of 73.
She leaves three children and Bernama reported that her burial would take place tomorrow in the island nation.
Kartina, who is famous for the song Sayang Di Sayang, found fame through the Keroncong genre in the 1960s.
Among her other known songs are Budi Setahun Segunung Intan, which she sang with Datuk Ahmad Jais, Sampaikan Salamku, Serunai Malam and Pernah Ku Jumpa.
Singapore awarded her with a Lifetime Achievement Award in 2009 for her contributions to the entertainment industry.
PENYANYI IRAMA KERONCONG, KARTINA DAHARI MENINGGAL DUNIA
PENYANYI IRAMA KERONCONG, KARTINA DAHARI MENINGGAL DUNIA
KUALA LUMPUR: Penyanyi yang terkenal dengan lagu irama keroncong,
Kartina Dahari, meninggal dunia di Hospital Mount Elizabeth, Singapura,
petang tadi akibat barah.
Perkara itu disahkan sendiri oleh Biduanita Negara yang juga teman baiknya, Datuk Sharifah Aini.
“Anak angkat saya yang berada di Singapura memaklumkan, Kartina
meninggal dunia di hospital Mount Elizabeth jam 6 petang tadi selepas
bertahun-tahun menderita penyakit barah.
“Berita itu sangat menyedihkan kerana kami memang berkawan baik.
“Kali terakhir saya bertemu dengannya sekitar Ogos tahun lalu, ketika saya mengunjungi rumahnya di sana,” katanya kepada BH.
Selain menyanyi, Kartina, 73, juga dikenali sebagai pelakon.
Antara lagunya yang popular ialah Jangan Ditanya, Sayang Di Sayang,
Hati Ke Hati, Sejak Kita Berpisah dan duetnya bersama Datuk Ahmad Jais,
Budi Setahun Segunung Intan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan