Gereja di mana Pavel Mircea mengadakan perjanjian dengan Tuhan.
KENYA: Seorang lelaki yang dijatuhkan hukuman
penjara 20 tahun kerana membunuh, menfailkan saman kepada tuhan kerana
melanggar kontrak perjanjian dibuat tahun 2005.
The Mirror melaporkan, pembunuh Pavel Mircea,40, mendakwa tuhannya telah mengingkari perjanjian pada hari pembaptisannya.
"tuhan sepatutnya melindungi saya
daripada segala kejahatan, tetapi sebaliknya dia memberikan saya kepada
iblis. Itulah punca saya menjadi pembunuh,”katanya.
Mircea berkata, dia telah bersembahyang dan berdoa, tetapi tuhan tidak memberikan apa-apa ganjaran sebagai balasan.
Dia menuntut bayaran balik dalam bentuk tunai kerana telah membelanjakan duit untuk bersembahyang dan membeli barangan agama.
Bagaimanapun, hakim menolak kes itu
dengan alasan tuhan "tidak mempunyai alamat dan mahkamah tidak dapat
menghantar surat pendakwaan kepadanya".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan