KUALA LUMPUR 18 April - Hukuman penjara lima tahun terhadap Ketua
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berpunca daripada keengganan beliau
memberi keterangan atau menafikan kejadian dakwaan liwatnya terhadap
Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008.
Menurut Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, Anwar sendiri tidak menafikan
berada di tempat kejadian pada masa dan tarikh yang didakwa oleh pihak
Pendakwa Raya.
"Dia (Anwar) tidak pernah mempertikaikan bahawa keretanya dilihat memasuki dan meninggalkan kondominium di masa yang dimeterai.
"Beliau juga tidak membantah bahawa dia dilihat memasuki lif ke tingkat
lima kondominium dan meninggalkan premis tersebut," katanya menerusi
kenyataan bertulis beliau yang diterbitkan hari ini.
Balia mengetuai panel Hakim Mahkamah Rayuan bagi kes liwat-2 Anwar terhadap bekas Pembantu Peribadinya, Saiful.
Dua lagi panel Hakim bagi kes tersebut, Datuk Azizah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.
Pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Tan Sri Dr Muhammad
Shafee Mohd Abdullah dan dibantu oleh Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria dan
Noorin Badaruddin.
Sementara itu Anwar yang dinamakan sebagai responden diwakili oleh
Peguam, Karpal Singh yang dibantu oleh Ram Karpal Singh, Sangeet Kaur
Deo, Zaleha Al-Hayat dan Jeremy Vinesh Anthony.
Saiful menerusi kenyataan pembelaannya berkata beliau ke Unit 11-5-2,
Desa Damansara Condominium, No 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara
diatas arahan Anwar dengan menaiki van Fiat dengan nombor pendaftaran
WPK 5925, milik bekas bapa tunangnya, Mohamad Zaki Mohamad.
Keterangan Saiful turut menjelaskan bahawa Anwar telah tiba di premis
tersebut lebih awal dari jam 2.45 petang dan beliau menyerahkan dokumen
kerja kepada Anwar setibanya beliau di unit kondominium tersebut
setersnya diarahkan untuk ke bilik tidur utama sebelum diliwat.
Keputusan Balia juga menyebut bahawa panel Hakim sebulat suara mendapati
bahawa Anwar hanya melakukan penafian kosong dengan menidakkan kejadian
tersebut berlaku dan tidak melakukan kenyataan pertahanan balas
terhadap bukti yang dilemparkan kepada beliau.
"Seperti yang telah dinyatakan, kenyataan balas responden (Anwar)
merupakan alibi yang diberikan menerusi notis sebelum perbicaraan
bermula.
"Namun ketika perbicaraan, kenyataan pembelaan tersebut rupanya tidak diteruskan diatas sebab yang hanya diketahui beliau.
"Kenyataan pertahanan menggunakan alibi adalah penting untuk membebaskan responden dari kesalahan yang dituduh," tulisnya lagi.
Jelas Balia, responden juga gagal mengemukakan saksi untuk menyokong
alibi yang diragui kesahihannya dan panel hakim bersetuju bahawa peguam
responden gagal menyangkal sangkaan buruk terhadap tertuduh dalam
perbicaraan.
"Tiada kewajipan bagi pihak tertuduh untuk mengemukakan mana-mana bukti.
"Beliau mempunyai kebebasan untuk menawarkan keterangan atau tidak
sepertimana dikehendakinya dan tiada kesimpulan tidak menguntungkan
kepada beliau kerana memilih keputusan (tidak memanggil saksi) dan
bukannya cara yang lain (mengemukakan saksi)," ujarnya lagi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan