BANGKOK: Pihak tentera Thailand mengumumkan bahawa mereka sudah menggantung perlembagaan negara berkenaan.
Kenyataan pihak tentera yang disiarkan menerusi televisyen hari ini mengesahkan kerajaan sementara negara itu tidak lagi berkuasa tetapi Senat masih dikekalkan.
Perkara itu dinyatakan dua jam selepas Panglima Angkatan Tentera Jeneral Prayuth Chan-ocha mengumumkan tentera merampas kuasa negara itu selepas enam bulan kemelut politik melanda negara berkenaan. - AP
Tentera arah PM, menteri lapor diri
Tentera Thailand meminta Pemangku Perdana Menteri,
Niwatthamrong Boonsongphaisan dan menterinya supaya melapor diri di
markas tentera di utara Bangkok, hari ini.
Jurucakap tentera, Winthai Suvaree mengeluarkan arahan itu menerusi kenyataan di televistyen beberapa jam selepas tentera merampas kuasa kerajaan negara terbabit. - Reuters
Jurucakap tentera, Winthai Suvaree mengeluarkan arahan itu menerusi kenyataan di televistyen beberapa jam selepas tentera merampas kuasa kerajaan negara terbabit. - Reuters
Tentera Thailand umum perintah berkurung
BANGKOK: Tentera Thailand hari ini mengumumkan perintah berkurung
seluruh negara bermula dari jam 10 malam hingga 5 pagi selepas
mengumumkan tentera mengambilalih kuasa kerajaan bagi mengembalikan
kestabilan.
Jurucakap Tentera berkata, Winthai Suvaree berkata, pengumuman itu dibuat secara langsung menerusi televisyen. - AP
Tentera Thailand minta penunjuk perasaan pulang ke rumah BANGKOK: Penunjuk perasaan anti kerajaan di sini bersurai buat
kali pertama sejak negara itu dilanda krisis politik yang bermula enam
bulan lalu.
Pihak tentera yang merampas kuasa hari ini meminta penunjuk perasaan supaya pulang ke rumah dan beratus-ratus orang bersurai secara aman meninggalkan tapak demonstrasi berdekatan bangunan kerajaan.
Ketua penunjuk perasaan, Thaworn Senneam berkata, pihak tentera sedang
menyediakan kenderaan untuk membawa penunjuk perasaan pulang. - AP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan