Pasukan bola sepak Kelantan dan penajanya tidak sendirian dalam isu "merah jambu".
Jenama minuman tenaga Red Bull menghulurkan sokongannya.
"Ambil merah jambu! Anda tidak keseorangan, Kelantan FC," kata jenama
itu, yang menaja pasukan negeri bagi sesi 2014-2016, di akaun rasminya
di Facebook semalam.
Coretan ringkas itu dipautkan kepada sebuah artikel mengenai jersi-jersi merah jambu yang dipakai oleh pasukan-pasukan Eropah.
Dalam rancangan penajaannya, Datuk Seri Hasmiza Othman dilaporkan
merangka pelan transformasi skuad negeri itu dikenali The Red Warriors
(TRW) termasuk menukar warna jersinya kepada merah jambu.
"Tidak salah berbuat demikian. Ia warna fenomena di Eropah kerana kelab
gergasi seperti Real Madrid turut mengenakan merah jambu sebagai warna
jersi.
"Kita tengok Cristiano Ronaldo pakai jersi pink, menang lagi, macho
pula tu, pink bermaruah dan memodenkan diri," pemilik Vida Beauty Sdn
Bhd dipetik berkata kepada portal mStar Online minggu ini.
Hasmiza, juga dikenali Dr Vida, mengejutkan peminat Kelantan apabila
mengenakan syarat menukar stadium Kota Baru kepada merah jambu.
Pengumuman rasmi syarat dan jumlah penajaannya akan dibuat 15 Januari ini.
Menurut artikel di laman web Red Bull, jika menjadi kenyataan, Kelantan
bukan satu-satunya pasukan yang memakai warna itu, malah kelab-kelab
Juventus, Palermo dan Real Madrid serta negara Scotland juga mengenakan
jersi merah jambu.
Berikut maklumat ringkas seperti dipaparkan di laman web Red Bull:
Juventus
Kelab bola sepak Itali itu memakai merah jambu pada musim 2015-2016.
Warna itu tidak asing bagi Juventus kerana pernah mengenakan warna sama
pada 1897 hingga 1903.
Evian
Kelab bola sepak dalam Liga 1 Perancis itu sebenarnya bernama "Les
Roses", bermaksud "Si Merah Jambu". Ia selesa dengan warna itu sebagai
jersi rasmi sepanjang musim 2015-2016.
Palermo
Kelab dalam Siri A bola sepak Itali ini menerima merah jambu sejak awal 1900-an.
Dikenali sebagai "Rosanero", atau merah jambu-hitam, kelab itu menggunakan gabungan warna berkenaan sebagai jersi tuan rumah.
Real Madrid
Pasukan paling besar dan terkaya dunia itu menggunakan tema jersi merah jambu-putih semasa musim Liga Primera 2014-15. Sama ada warna itu membawa tuah atau tidak, Real Madrid berjaya merebut kedudukan kedua selepas Barcelona pada musim itu.
Scotland
Mengejutkan, pasukan kebangsaan Scotland mengubah imej mereka menjadi "tentera merah jambu" untuk kempen Piala Dunia 2018. Warna itu berbeza dengan jersi asal merah kuning. Terdapat jalur hitam
di bahu jersi, seluar hitam dan stokin hitam mereka juga terdapat hiasan
merah jambu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan