Sabtu, 9 Januari 2016

SPRM cekup tiga orang awam dalang pelombong haram bauksit


Mereka yang terlibat dalam rasuah dan kongkalikong perlombongan bauksit sekitar Kuantan… awas.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang giat menjalankan siasatan dan mengesan.

Jumaat, seramai tiga orang awan yang disyaki menjadi orang tengah dalam aktiviti jual dokumen kepada pelombong haram bauksit telah ditahan.

Rabu lalu pula, empat pegawai dan kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kuantan ditahan kerana disyaki terlibat rasuah.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki dalam satu kenyataan Sabtu berkata, tiga orang awam berkenaan yang berusia 44 dan 50 tahun ditahan secara berasingan di sekitar Kuantan antara jam 4 petang semalam sehingga 11.55 malam Jumaat.

Mereka kini ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Azam berkata, rasuah menyebabkan berlakunya kegiatan perlombongan haram dan ketirisan yang dianggarkan berjumlah RM187 juta dari segi hasil kutipan royalti tahun lalu.

Tiada ulasan: