Ahad, 3 Januari 2016

Malaysia tersenarai dalam skandal rasuah terburuk 2015

najib1mdb

Sumbangan RM2.6 bilion diterima Datuk Seri Najib Razak menempatkan Malaysia dalam senarai “Skandal Rasuah Terburuk 2015” yang dikeluarkan majalah Foreign Policy, bersama dengan FIFA, Nigeria, Honduras dan Guatemala.

Dalam satu artikel dimuat naik di laman sesawangnya pada Selasa, majalah berpangkalan di Washington itu menyifatkan sumbangan tersebut, sebagai "skandal rasuah yang pelik".
Penulis Siobhan O’Grady berkata, wang itu mengikat Najib “secara langsung” kepada satu penyiasatan ke atas dana pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Apabila Presiden Amerika Syarikat Barack Obama melawat Malaysia pada November lalu, beliau mempunyai peluang muncul di tengah-tengah skandal itu berlaku.

"Empat bulan sebelum itu, Wall Street Journal melaporkan kir-kira AS$700 juta dana negara disalurkan ke akaun peribadi perdana menteri – yang tidak sepatutnya disalurkan ke situ".

O’Grady berkata, walaupun Najib memperlekehkan laporan WSJ  sebagai tidak tepat, artikel itu disiarkan selepas 1MDB gagal melunaskan hutang mengikut jadual pembayarannya.

"Obama mendakwa beliau sudah menimbulkan persoalan mengenai rasuah semasa pertemuan peribadinya dengan Najib, tetapi secara terbuka beliau berkata hanya kerajaan perlu menyimpan impian untuk menjadi lebih bertanggungjawab, lebih terbuka, lebih telus, untuk membasmi rasuah," tulis O’Grady.

Tiada ulasan:

Transkrip penuh temuramah KP SPRM Mohd Shukri:

"I want to see yo u cerita pengalaman i dalam siasatan kes  personal  1MDB.  Before i proceed I am gonna because, just now i got meet...