Satu lagi kes rakyat Malaysia ditahan di luar negara kerana membawa dadah. Kes ini melibatkan remaja perempuan berasal dari Kelantan.
PASIR PUTEH, 3 Dis -- Mohamad Lazim Jusoh, 50, bersama isterinya Umi Slaia Ibrahim, 45, menatap gambar anaknya Umi Azlim, 24, ketika ditemui di Kampung Kamis dekat sini hari ini.Umi Azlim telah ditahan dan dipenjara di negara China atas tuduhan membawa masuk dadah ke republik itu pada Jan lalu.Umi Azlin pelajar lepasan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam Jurusan Sains Biologi dilaporkan telah bekerja dengan sebuah syarikat yang menjual alat mengurut kaki milik seorang "Datuk" yang hanya dikenali sebagai "Datuk Anas" di ibu negara.
2 ulasan:
takkan isu macam ni orang Melayu atau badan2 lain buat senyap aje? Saya rasa kerajaan dan media patut berbuat sesuatu untuk tolong gadis yang terpedaya dengan sindikit dadah ni...
saya harap ada pihak yang berkemampuan sudi membantu umi azlim.. dia kawan baik saya masa sekolah. memang baik, sangat aktif dalam sukan. last saya contact dia, tahun lepas.lepas tu dia dah tak dapat dihubungi. sedih bila kawan dianiaya.. dihukum mati pula tu.
Catat Ulasan