Selasa, 11 November 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
5 ulasan:
Assalamualaikum w.b.t
Ok la tuuuu...gaya nya mmg ada dan boleh pun hah! Yang saya ni pulak, tengok tu ada la batang golf tu tapi apatah nak main pegang kayu golf tu pun tak pernah-pernsh. Namun nostalgia lampau zaman kanak-kanak mengingatkan saya bahawa betapa seronoknya apabila kita cuba bermain golf atau mungkin juga hoki. Dek kerana ketiadaan wang dan perbelanjaan untuk tujuan tersebut, maka dengan kreativiti yang ada kita pun menciptalah batang-batang golf dan hoki itu dengan mengambil batang upih pokok nibung atau batang ubi kayu yang 'bercekok'. Ok juga lah dapat kita bermain dan menghayalkan yang diri kita juga sebagai jaguh, jaguh untuk diri sendiri yang menggambarkan semangat dan iltizam serta keinginan yang harus dibezakan dengan riak dan keegoaan.
Erm...tentu Tuan Ipul lupa atau tak penah guna...BUAH LIMAU sebagai bola hoki. Itulah buah yg saya gunakan. Dan padangnya pula kawasan laman rumah yang berbatu dan berpasir. Aduss...bayangkan kalau kita terjatuh..melecek kepala lutut. Nampaknya zaman lampau Tuan Ipul hampir menyamai zaman lampau saya, walaupun tidak serupa. Sebut zaman kanak-kanak, ermm memang banyak nostalgianya. Teringat masa curi tebu Arwah Pakcik Kob. Dan teringat juga kenangan saya mencium jenazahnya yang tenang itu. Al-Fatihah.
Memang betul la tu Tuan Man, selain daripada buah limau saya juga menggunakan 'bola awa' yang diperoleh hasil daripada menjadi pemungut bola tenis di kg putih iaitu di kuarters pegawai polis yang sekarang menjadi bangunan Kota Darul Naim, aduss teringat juga saya Tuan Man semasa kami ke sungai Kelantan untuk mandi manda setiap minggu malah kadangkalanya hampir setiap hari (tanpa pengetahuan ibu bapa)semasa membeli buah timun cina yang ditanam di delta sungai kelantan yang subur itu (sekarang menjadi TESCO - yang bagi saya merupakan satu malapetaka apabila penjajahan moden dilakukan ke atas anak negeri) Sedangkan pada masa dahulu delta itulah yang memberikan rezeki kepada penanam jagung, timun cina dan kacang tanah yang membolehkan mereka berbelanja untuk persekolahan anak-anak. Apa yang menostalgiakan saya ialah beli satu dan sambil nak turun ke sungai tu, disepaknya satu lagi (curilah tu) dan kemudian pintas ke hilir sungai untuk mengambilnya. Alih-alih kata jumpa timun cina yang hanyut...Adusss, betapa 'nakal' nya kita dizaman kanak-kanak ya!
Nampaknya zaman kanak-kanak kita hampir sama walaupun tak serupa. kalau Tuan Ipul pernah 'tersepak' timun cina di delta kg sireh, saya pula masa tu bukan tersepak, tapi 'terkuis' beberapa biji timun cina di tengah laluan sungai kelantan (delta) dekat kg sakar. Nak ke kg sakar ni kena melalui rumah pam kg kasar. Turun kat situ, harung air sedalam paras lutut nak ke delta (sebenarnya beting) dan mula 'menyerang hendap' buah timun cina (masa tu tak ada yg jalur) dan timun susu. seronok rasanya.
Lepas 'makan' timun tu, kita rehat untuk tunggu petang nak main hoki. kalau tak ada aktiviti sukan, saya ke padang bin (padang majlis daerah pasir mas sekarang), ambil upah jaga bola tenis. Masa tu Dr Nik Azam (Klinik Nik Azam kat pasar pasir mas sekarang) lawan tauke cina air batu (menghadap kedai Pustaka Mas). Dapatlah upah 20 sen. duit tu kongsi dgn adik utk belanja sekolah. dah ringan beban mak dan ayah. Ermmm...betul2 teringat. Malah banyak lagi kenangan zaman-zaman lampau...termasuk betapa nakalnya saya kerana terdesak tengok wayang cerita Harimau Jadian (panggung Garuda), saya dan rakan 'terambil' dan 'terjual' ayam milik jiran bukan Islam kat belakang rumah.
Hah! barangkali betul kata Tuan Man tu. Saya berkawan dengan budak-budak Pasir Mas pada masa itu, terutama dengan anak-anak Wan Berahim Pengkalan Pasir tu, abangnya Mahmud dan adiknya Ripin. Saya juga berkawan dengan group di depan pejabat JKR tu Kg. Panjang ker gitulah rasnya. Manakala kat area Meranti pula dengan supian cucu kepada Tok Guru apa tu di pondok Meranti. Barangkali betul la Tuan Man lebih kurang sama la tu zaman kita. Saya lahir pada 09.08.1962. Tapi Kg. asal di Jalan Bayam,. belakang gereja Sikh Kota Bharu. Namun begitu kawan-kawan merata. Di rantau panjang sekarang pun masih berhubung dgn anak cucu Tok Hamid bekas pengulu Lubok Stol pada masa dahulu. Memang terlalu banyak memori utk dikenang Tuan Man, insya-Allah suatu hari nanti kita sama-sama lah merakmkanya di dalam autobiografi @ profil diri utk ditatapi oleh anak cucu serta generasi yang akan datang.
Catat Ulasan