"SAYA dah muak baca berita pasal politik wang, boleh tak Sinar Harian jangan siar lagi?"
Itu antara SMS yang saya terima daripada seorang yang memperkenalkan dirinya sebagai MUAK, kuala Selangor.
Selepas membacanya, saya tersenyum. Saya tak tau nak komen apa lagi pasal politik wang yang semakin teruk dan parah berlaku dalam UMNO iaitu parti terbesar membela orang Melayu.
Saya tertanya-tanya, betulkah UMNO ni parti membela orang Melayu? Kalau betul, kenapa Melayu masih mundur dan ramai yang miskin serta hidup melata tanpa arah tuju?
Apa pemimpin UMNO buat sejak 62 tahun parti itu ditubuhkan. Sepatutnya dalam tempoh itu, orang Melayu sudah maju, berani dan terkehadapan, tetapi apa yang berlaku, Melayu masih mundur dan hendak kembali ke zaman batu.
Yang gege riuh nak berbogel dalam sehari dua ni orang Melayulah. Melayu yang arwah Hang Tuah kata, "Jangan Melayu hilang di dunia" tu. Melayu tu dan Melayu nilah yang nak berbogel, kononnya kerana tidak puas hati dengan tindakan kerajaan Selangor nak menaikkan harga sewa rumah bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) baru-baru ini.
Tindakan yang sama bodoh. Melayu nak berbogel pun bodoh, Melayu yang nak tindas rakyat Melayu miskin pun bodoh. Macam tidak ada kaedah lain nak bantah dan nak kutip duit rakyat.
Sebagai Melayu Islam, mereka harus hormat kepada agama. Tidak mahu hormat pada maruah diri, sekurang-kurangnya hormatlah pada agama suci Islam. Islam menganjurkan umatnya menutup aurat, tetapi ada Melayu Islam nak berbogel depan khalayak. Tidakkah itu bodoh.
Yang kerajaan negeri pula, dah tau rakyat yang tinggal di PPR tu majoritinya miskin, tiba-tiba nak naikkan kadar sewa sehingga sekali ganda, apa tujuan dan motifnya? Kalau hendak tolong Melayu buat cara nak tolong Melayu. Jangan anak beruk di hutan di susukan, anak sendiri kelaparan. Ini lagi bodoh.
Islam tidak menganjurkan umatNya menindas yang miskin. Sepatutnya yang dilantik khalifah mesti mencari jalan untuk meringankan beban rakyat. Bukan memberatkan lagi beban mereka.
Inilah yang dikatakan Melayu bukan sahaja mudah lupa, tetapi leka, alpa dan celupar. Saya sendiri pening.
Berbalik kepada politik wang (ini asal tuju saya nak tuliskan - tapi dah terlanjur ke isu lain).
Politik wang dalam UMNO sebenarnya berlaku. Kalau Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz nak bukti, dia boleh dapatkan daripada Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tengku Ahmad Rithaudeen. Banyak ada bukti. 900 kes dilaporkan. Nak kambus Nazri pun boleh dengan jumlah kes tu.
Nazri tidak perlu menderhaka kepada bes ketuanya, Tun Dr Mahathir. Dia sepatutnya memberi sokongan kepada Tun kerana apa yang Tun kata atau komen mengenai amalan politik wang dalam UMNO adalah betul.
Tun lebih dahulu makan lada daripada Nazri. Jadi tak perlulah Nazri nak biadab dengan Tun. Dia patut hormat Tun kerana Tun yang menaikkan dia dalam barisan Kabinet dan parti amnya. Inilah yang dikatakan, lupa daratan.
Manusia memang mudah lupa gembala. Macam anjing. Tika tersepit, moyok minta dilepaskan, bila dilepaskan terus gigit. Saya benci pemimpin seperti ini. Terus terang saya katakan, saya amat benci pemimpin seperti itu. Majoriti yang ada sekarang seperti itu termasuk di Kelantan dan seluruh negara.
Stop kat sini dulu...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
3 ulasan:
Melayu mudah lupa bro... tapi Melayu masih memerlukan UMNO, parti keramat ini masih boleh berfungsi sepenuhnya sekiranya lahabau-lahabau seperti nazri dihapuskan...
ssalamualaikum tukang canang...
Betul apa yang tukang canang katakan tu. Saya setuju sangat. Melayu masih memerlukan UMNO untuk membela nasib mereka. Pada saya parti sudah sempurna, tidak ada pincang dan lemahnya, cuma pemimpin di dalam itu yang telah merosakan nama parti. Seperti kita berada dalam rumah yang serba lengkap, kalau kita menconteng dinding dan membuat lubang kat situ kat sini, rumah itu lama-lama akan kelihatan buruk. Jadi, sebelum parah, mereka yang suka mencontengkan itu dihalau. Mereka itu ialah lahabau-lahabau seperti nazi. Saya boleh senaraikan satu persatuan lahabau ini, tetapi jika dipaparkan kat sini, nanti tak pasal2 saya kenal tindakan.
pembetulan: Assalamualaikum..
Catat Ulasan