Lokasi Ayah Pin dikesan.
Itulah tajuk berita yang dipaparkan dalam semua akhbar di negara ini. Apa motif dan tujuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan kenyataan itu kepada media.
Adakah dia mahu Ayah Pin atau pengikutnya membaca berita itu, kemudian cepat-cepat melarikan diri ke tempat lain yang lebih selamat atau lebih jauh daripada pemerhatian pihak berkuasa jabatan agama.
Atau adakah dia hendak memberitahu Ayah Pin, tempat persembunyiannya berjaya dikesan dan tangkapan akan dilakukan bila-bila masa?
Di sini timbul persoalan dan tanda tanya. Kenapa pihak berkuasa jabatan agama tidak terus saja menangkap Ayah Pin, kemudian barulah menteri itu membuat kenyataan yang Ayah Pin sudah ditangkap?
Membuat kenyataan media lebih awal daripada tangkapan, menunjukkan pihak berkuasa jabatan agama tidak serius menangani ajaran sesat di negara ini. Sehingga berita ini ditulis, sudah tiga setengah tahun Ayah Pin masih bebas. Tiada sebarang tangkapan dibuat.
Dalam tempoh itu, sekurang-kurangnya lima orang yang mukanya hampir sama dengan Ayah Pin telah ditahan untuk soal siasat. Penahanan mereka ini mendapat publisiti murahan.
Saya masih ingat satu malam pada September 2005, saya bersama empat Detektif Polis (SB) sedang menikmati satay Mat Yie di Kota Kubang Labu. Sedang asyik makan sambil berbual-bual, tiba-tiba telefon bimbit keempat-empat detektif itu berbunyi selang beberapa saat antara satu sama lain.
Tidak sampai 30 saat menjawab panggilan itu, keempat-empat sahabat saya itu bergegas dengan motosikal dan terus hilang dalam arah yang sama. Tinggallah saya terkontang kanting seorang diri dalam kebinggungan.
Siapa hendak habiskan empat gelas teh tarik dan sepinggan besar satay yang baru tujuh atau 10 mocok (cucuk) baru dimakan itu? Saya sendiri pesan teh tarik gelas besar. Tangki perut saya bukan jenis 1,500 cc boleh habiskan empat gelas teh tarik yang semuanya masih panas dan baru sikit dihirup.
Nak tak nak, saya panggil Mat Yie supaya datang ke meja saya untuk teman berbual. Malangnya, Mat Yie ketika tu sibuk melayan pelanggan. Termanggu saya seorang diri mengenangkan nasib dan memikirkan sepinggan besar satay.
Memang hajat nak minta Mat Yie bungkus, tetapi nak beri kepada siapa? Keluarga jauh. Ah! apa nak susah (renggus hati saya). Aku tunggulah dalam sejam lagi kat sini. Mana tau malaun-malaun tu datang pula lepas habis tugasannya.
Bukan sejam saya menunggu. Tempoh ditetapkan sudah mencecah ke dua jam. Punggung sudah kematu. Bilangan satay pun tinggal separuh saja lagi. Perut dah mula sekok. Loya dan pening sebab tak sedar empat gelas teh tarik malaun-malaun tu saya telah habiskan.
Akhirnya, tika saya bangun hendak menarik dompet di poket belakang, tiba-tiba sampailah malaun-malaun tu dan duduk di kerusi masing-masing. Ada yang tanya saya, "dah nak balik ke? Nantila dulu... jangan balik lagi, ada cerita besar ni,".
Mendengar kata-kata itu saya sambung duduk semula dan mengeluarkan sebatang rokok. Entah ke berapa belas batang dah tu. Mat Yie datang minta order. Mereka pesan lagi teh tarik.
"Kawe minta maaf... gi tangkap Ayah Pin," katanya. Saya terkejut dan pada masa sama hati saya gembira kerana saya akan dapat berita eksklusif. Tanpa usul periksa saya hubungi ketua saya. Ketika itu jam dah 1.30 pagi. Panggilan tidak dijawab. Saya faham sebab malam itu adalah malam Jumaat. Kata suami2 perantau, "malam permintaan kaum ibu (isteri)."
"Kalau kau nak maklumat, kau hubungi OCPD. Ayah Pin ada di balai dot dot dot sekarang ni.
"Kau confirm ke yang kau tangkap tu Ayah Pin?" tanya saya nak kepastian.
"Betul. Ni gambarnya.." jawab seorang malaun sambil menunjukkan gambar yang dirakamkan melalui telefon bimbitnya.
"Ya... betullah Ayah Pin," kata saya terkejut dan teruja kerana saya adalah wartawan pertama dapat melihat Ayah Pin ditangkap (sebab malaun tu setuju nak bagi gambar yang dia tangkap tu kepada saya.
Keesokkan hari, pagi-pagi lagi saya hubungi Tuan OCPD minta pengesahan penangkapan Ayah Pin malam tadi. Tuan OCPD beri kerjasama. Dia kata memang ada seorang lelaki ditangkap malam tadi, tetapi belum dapat mengesahkan sama ada lelaki itu Ayah Pin.
Di pejabat, saya melaksanakan tugas saya sebagai wartawan yang boleh dikatakan cukup ditakuti atau digeruni oleh rakan-rakan sejawatan dalam media lain di Kelantan. Sebab saya selalu dapat berita eksklusif dan berjaya skop mereka.
Prinsip saya mudah saja, kerja adalah kerja, kawan adalah kawan. Kita perlu profesional dalam bab kawan dan kerja. Walau baik dan pernah tidur sebantal sekali pun, kalau berita itu eksklusif, kawan harus faham.
Esoknya di muka depan Berita Harian dan Metro terpapar gambar Ayah Pin sedang makan nasi ayam, ditangkap. Gambar yang terbaik saya dapat daripada malaun-malaun. Rupanya, mereka meninggalkan saya malam tu kerana dapat maklumat Ayah Pin sedang makan nasi ayam di sebuah kedai yang jaraknya kira-kira 100 meter dari kedai saya makan satay malam tu.
Tapi kerana malaun-malaun tu menggunakan lorong sempit, saya tidak tahu pun mereka bergegas ke kedai nasi ayam itu untuk membuat intipan dan sekali gus menangkap Ayah Pin.
Saya bangga amat sangat. Banyak pujian dilontarkan. Saya buat dono jer...kembang kempislah lubang hidung dengar pujian tu. Tengah hari tu saya makan nasi free. Ketua saya belanja, kerana dapat siarkan berita eksklusif. Padahal tika tu saya menerima banyak panggilan dari kawan-kawan sejawatan. Mereka marah dan bising-bising. Mereka saya tak boleh dijadikan kawan kerana tidak maklumkan kepada mereka saya dapat berita Ayah Pin ditangkap.
Timbul rasa sedih juga, sebab ada sebab mereka marah saya. Sebabnya mereka sudah ditengking dan diherdik oleh ketua masing-masing kerana tidak dapat berita penangkapan Ayah Pin.
Sebagai peringatan kepada rakan-rakan wartawan: Kalau ketua kita sedang marah, jangan sekali-kali menjampuk atau beri alasan. Nanti tidak pasal-pasal perkataan kurang enak didengar dihamburkan. Hah!...baru padan muka kita. Hahahaha...itulah petuanya.
Selang jam 5 petang, seorang daripada malaun-malaun saya hubungi saya. Suaranya macam ada nada frust. Saya dah tak sedap hati. Manalah tahu takut-takut gaduh dengan isteri dan isteri tidak benarkan dia balik rumah malam ni.
Saya tanyalah kenapa sedih ni. Kalau tak boleh balik rumah, saya sedia tumpangkan dia di rumah sewa saya sementara isterinya sejuk. Serta merta dia menyumpah-yumpah saya. Lahabau la mu Zaidi. Aku bukan gaduh dengan bini. Ni!! aku nak bagtau kau, mamat yang kita orang tangkap semalam tu bukan Ayah Pin la.
Singggggggggggg!!! berdesing telinga saya. Gelap rasanya. Bilik yang saya duduk tu ada ekon rasa seperti bara api. Saya tanyalah malaun tu. Kalau bukan Ayah Pin, siapa lelaki tu? Mukanya memang sebiji macam Ayah Pin.
Malaun: "Di, lelaki tu adalah tauke nasi ayam lah. Kedai yang aku serbu tu kedai dialah.
Aku: "Habis tu, kalau kerja berbelas tahun sebagai malaun, takkan kau tak kenal tauke kedai tu. Mustahil kau tak penah tengok mukanya...
Malaun: "Kedai tu memang kepunyaan lelaki tu dan aku memang tak penah tengok mukanya sebab dia banyak habis masa di KL dan Johor urus kedai nasi ayamnya. Kedai dia kat sini tu adalah cawangan kelima.
Aku: "Habis tu macamana? Surat khabar aku dah keluar besar-besar cerita dan gambar Ayah Pin ditangkap?
Malaun: "Baik kau hubungi OCPD aku sekarang. Dia sedang cari kau tu.
Aku: "Kenapa cari aku? Semalam bila aku call, dia mengesahkan lelaki tu Ayah Pin.
Malaun: "Memanglah, siapa-siapa tengok muka mamat tu sekali pun memang sangkakan dia tu Ayah Pin. Adusss... malu la Di.
Aku: Ah.., apa nak dimalukan. OCPD kau yang buat statement tu, biar dialah tanggung. Takkan dia tak ada alasan?
Akhir cerita, laporan penangkapan Ayah Pin yang media laporkan itu adalah yang kelima 'Ayah Pin' ditangkap. Sedangkan Ayah Pin pencipta kerajaan langit masih lepas bebas sehingga kini.
Dan hari ini kerajaan memberitahu rakyat, mereka sudah dapat kesan lokasi persembunyian Ayah Pin dan tangkapan akan dilakukan bila-bila masa.
Sebagai orang yang pernah berdepan dengan pengalaman lalu, saya mengambil sikap berhati-hati. Cuma saya membuat tekaan, siapalah mangsa keenam puak malaun kali ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
6 ulasan:
bro, yang ni memamg lawak sih, scoop punya scoop last2 kena serkup!
Terima kasih sdr Syahril. Lama tak dgr kabar brita. Itu kisah lama. Diungkitkan sebab sehari dia ni bising pasal cerita Ayah Pin. pihak berkuasa kata mereka dah dapat kesan kedudukan Ayah Pin. Kesan jer, tangkapnya tidak. Tu yg buat sy sikit hangin.
Alahai... tragedi berkisar sekitar kejiranan saya saja tue yer. Kalau saya ada di sana, tentu boleh tumpang sekaki...sekurang2nya tukang sttle satey yang berbaki.
kawasan tu, nak dikatakan perkampungan saya, taklah jugak. Tapi adalah seorang dua kawan tinggal di situ. Pertamanya, Abe Napi FAMA; kedua, Izuddin bos iklan Berita Harian; ketiga, Kamal bobok yg kerja stesen Shell depan kedai Mat Yie tu; keempat, Mail bobok wartawan Metro; kelima, keenam dan ketujuh tu termasuk beberapa rumah pemimpin yg saya sering ulang alik iaitu Tok Him, Hj Ramli (bekas ADUN), Hj Che Lah (ADUN sekarang) dan bla -bla bla lagi. Cuma rumah Lan saya tak kenal. Kalau kelapangan dan berkebetulan kita ada di Kelantan, bolehlah kita sama2 hirup teh tarik dan satay Mat Yie. Saya pun dh lama sungguh tak singgah bawah khemahnya tu, sambil2 menebah nyamuk bawah meja.
Depan bengkel mamat motor, betul2 seberang jalan Taman Seri Pekan. Alaa..tul2 depan air serbatli. Ada pohon jambu air besar depan rumah. kaler kunin tuh rumah org tua kita lah tuh. Tapi lonih, rumah kita di Bandar Mahkota Cheras laa... jarang2 sekali muncul di wakaf bharu.
Belum nampak lagi gambaran yg Lan bagi tu. Tengoklah, bila balik nanti, sambil2 lalu jalan tu saya intai2 tengok.
Catat Ulasan