Rabu, 31 Disember 2008

SELAMAT TAHUN BARU

Selamat Tahun Baru 2009 saya ucapkan kepada semua tetamu yang berkunjung ke laman blog ini. Saya hendak mengucapkan jutaan terima kasih di atas setiap sokongan, kritikan, pandangan, nasihat dan teguran daripada semua.

Sebagai manusia yang serba kekurangan, tentulah saya tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan, sama ada yang disengajakan mahupun secara tidak tersengaja.

Tahun ini (2009), usia saya akan bertambah satu lagi. Maknanya saya sudah tua. Bagi golongan remaja, tentunya saya ini tidak sesuai untuk dijadikan teman, kawan, rakan atau sahabat.

Sebab orang tua, saya ni ibarat najis. Sesiapa yang berkawan dengan saya, tentunya mereka akan dipandang jijik oleh rakan-rakan. Betapa diri saya...begitulah. Apapun, pada tahun baru ini, saya akan terus begini, begini dan begini.

Saya tidak ada azam. Tidak ada apa-apa yang hendak diimpi dan dicita-citakan. Saya akan menumpukan sepenuh perhatian pada kerja kerana kerja akan memberi masa depan kepada saya.

Segala hal remeh temeh sebagaimana dialami tahun sebelum ini, akan saya tinggalkan. Cuma satu saya tidak boleh tinggal dan TIDAK AKAN TINGGAL, iaitu rokok. hahaha. Dia kawan saya. Maaf ekk... bukan nak kempen rokok.

Tahun ini saya berjanji akan memaparkan kisah-kisah menarik dalam blog ini agar ia lebih ceria dan mendapat sambutan daripada kalangan pembaca blog. Tengoklah atas kemampuan dan keupayaan saya macam mana.

Ok guy... Selamat malam. SELAMAT TAHUN BARU.

2 ulasan:

Rozlan Mohamed Noor (RMN) berkata...

Salam maal hijrah, selamat tahun baru...selamat berhijrah. Teruskan berblog abg dee, menyuburkan minda masyarakat.

manzaidi berkata...

terima kasih lan. semoga lan berjaya dlm hidup dan kerjaya. abg dee dah tua, dah tak larat nak ikut aliran org muda lagi.