SAYA langsung tidak terkejut apabila mendapat tahu Datuk Zaid Ibrahim dipecat daripada UMNO. Malah saya ketawa dan menganggap ahli UMNO di negara ini telah ditipu bulat-bulat oleh... sebenarnya saya tak tahu oleh siapa - sama ada oleh Zaid atau oleh pucuk kepemimpinan parti.
Kenapa saya tidak terkejut? Sebab Zaid sebenarnya bukan ahli UMNO. Mustahil rakyat tidak tahu kes yang dikenakan kepada Zaid selepas pemilihan parti tahun 2004? Zaid kan dikenakan tindakan gantung keahlian oleh Lembaga Disiplin UMNO kerana didapati bersalah mengamalkan politik wang.
Sejak itu, jawatan Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu dipangku oleh timbalannya, Datuk Fatmi Che Salleh. Pada pertengahan tahun 2006, Zaid menerima surat jawapan daripada Lembaga Disiplin UMNO berhubung rayuan yang dibuat beliau. Keputusannya ialah Lembaga Disiplin UMNO tetap mengekalkan hukuman penggantungan keahliannya.
Jadi, sehingga kini Zaid Ibrahim BUKAN AHLI UMNO. Tidak ada bukti Zaid Ibrahim ahli UMNO. Tetapi yang peliknya kenapa Pak Lah tiba-tiba melantik Zaid sebagai Senator dan kemudian memberi jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri?
Kalau ditafsirkan, Zaid adalah seorang menteri yang bukan dalam kalangan ahli UMNO. Sama ada pucuk kepemimpinan sedar atau tidak atau pucuk kepemimpinan sedar, tetapi buat dono mengenai status Zaid.
Pada saya, tetap mengatakan Zaid BUKAN AHLI UMNO dan pemecatannya sebagai ahli UMNO langsung tidak mengejutkan saya kerana dia BUKAN AHLI UMNO.
Berikut dipaparkan berita hari ini mengenai tindakan ke atas Zaid:
UMNO pecat Zaid Ibrahim
KUALA LUMPUR 2 Dis. – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dipecat daripada UMNO berkuat kuasa serta merta ekoran beberapa tindakan beliau yang bertentangan dengan etika parti termasuk menghadiri perhimpunan parti pembangkang.
Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang bermesyuarat malam ini juga turut menggantung keanggotaan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, Datuk Zahar Hashim selama tiga tahun kerana membuat kenyataan mengkritik parti.
Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat itu di sini berkata, Zaid dipecat kerana menghadiri Perhimpunan Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ahad lalu selain tindakannya menghadiri beberapa program anjuran parti pembangkang.
“Pemecatan ini adalah muktamad dan tidak boleh merayu,” tegasnya.
Beliau memberitahu, Zahar pula digantung kerana beberapa tindakannya yang menimbulkan perkara sensitif dan boleh mencetuskan perbalahan dalaman.
Difahamkan antara sebab Zahar dipecat ialah kerana menyertai laman-laman web propembangkang dan melontarkan idea-idea yang bertentangan dengan prinsip parti.
Ditanya mengenai tindakan pemecatan terhadap Zaid, Abdullah berkata, tindakan tersebut adalah satu keperluan berdasarkan pada apa yang dilakukan oleh Zaid.
“Dalam UMNO kita tidak amal double standard. Lain orang, lain keputusan. Tindakan Zaid dengan kehadiran beliau di kalangan pemimpin parti pembangkang dalam majlis-majlis yang diadakan pembangkang dilihat sebagai menyalahi etika parti,” katanya.
Dalam pada itu, Abdullah menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah akan keluar daripada Barisan Nasional (BN) untuk menyertai pakatan pembangkang.
Menurutnya, pada pertemuan semalam Arif Shah menyatakan akan tetap setia bersama BN dan tidak berminat menyertai parti lain.
Mengenai pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, Abdullah berkata, MT memutuskan supaya persiapan disegerakan dan badan-badan perhubungan UMNO negeri turut disaran membantu jentera pilihan raya parti.
Katanya, calon BN belum dapat ditentukan lagi dan tarikh pilihan raya kecil itu akan ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan