HARAKAHDAILY.NET semalam melaporkan, tiada bantahan menggunakan kereta peribadi... lembu korban sebagai usaha kebajikan.
Demikian kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung titah pendirian Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kepadanya.
Menurutnya, baginda Sultan Selangor tidak mempunyai halangan dan membantah penggunaan kenderaan peribadi sebagai kenderaan rasmi asalkan segala prosedur undang-undang dipatuhi.
"Tuanku Sultan Selangor telah menyatakan pendirian untuk tidak membantah penggunaan kereta peribadi sebagai kenderaan rasmi jika semua prosedur dipatuhi.
"Berkenaan isu derma lembu korban pula, Tuanku Sultan tiadk ada apa-apa halangan terhadap usaha sedekah, malah menggalakkan segala usaha kebajikan ini diteruskan dan dipanjangkan kepada kawasan Kuala Lumpur termasuk Bandar Tun Razak," kata Khalid dalam kenyataannya lewat malam tadi.
Komen MZ: Memang Sultan tak marah atau halang MB nak guna kereta peribadi ke pejabat, tetapi persoalannya, sebelum ni MB didakwa mengakui ada guna wang kerajaan untuk selenggara kereta itu.
Sesiapa pun, termasuk saya, kalau boleh guna duit kerajaan - dengan kuasa yang ada - untuk urusan penyelenggaraan, saya nak sangat-sangat la. Tentulah duit gaji tak terusik.
Bukan sikit duit diperlukan untuk biayai kereta mewah ni. Mau sekali service dekat RM1,000 lebih-lebih. Tu baru nak service, tukar minyak hitam, penapis minyak, penapis angin dan check itu chcek ini.
Belum lagi baiki enjin kalau rosak, tukar plug kalau enjin tak hidup, tukar bateri kalau kuasa dah kurang. Mau dekat RM2,000 ke RM3,000.
Fuhh..sebulan gaji saya tu dihabiskan untuk kos selenggara sebuah kereta mewah. Tak makan, tak minum la saya. Tak boleh datingla... tak boleh tengok wayang, tak boleh window shooping kat ole-ole, alam mega mall la.
Untuk kereta mewah saja dah habis banyak setiap bulan. Sebab itu, kalau guna duit kerajaan, sesiapa pun nak pakai kereta mewah. Bukan sebiji... 10 biji pun saya mampu.
Begitu juga dengan lembu. Soal nak sedekah tu okla. Dapat pahala. Siapa tak nak pahala? Kalau tanya anak saya yang Tahun Dua pun dia kata dia nak pahala.
Tapi persoalannya, kenapa lembu yang diberi sedekah tu harganya sampai RM2,400 lebih. Lembu apa yang mahal sangat tu?
Kat kampung saya, paling bodoh pun harga RM1,000. Paling cerdik mau la dalam RM1,600 ke RM1,800 seekor. Tu pun kira dah besar, sihat dan dagingnya banyak lagi mantap.
Kalau sekadar lembu yang disedekahkan tak besar, kursus, nampak tulang punggung, dibeli sampai lebih RM2,400... dah ada benda lainlah tu... Harga tu kalau kat Kelantan boleh beli sekor kerbau.
Jadi, kalau nak guna kereta mewah dan sedekah lembu...kalau guna jalan yang betul, sesiapapun tak marah. Bukan saja tuanku... Islam pun tak larang. Malah menggalakkan umatnya beramal ibadah.
Tapi, yang musykilnya... semuanya tu guna duit kerajaan. Duit rakyat. Ada faham kaa...
Khamis, 26 Februari 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
3 ulasan:
MZ.
saja jah tu Org PAS tulis dlm surat khabar dia yg TS Khalid beres semua dgn tuanku sultan Selangor.Kan Tuanku tak campur dlm hal politik..tgk kes elizabeth wong.
Ni punya org PAS nak sedap cerita aja tu.
tgk statement tuanku ,tak dak pun kes Lembu/Kereta tu...
tak bincangpun.
sabit kata PAS ni PENIPU besar dan Pelawok Sokmo.sama la kisah benar demo baru ni.
Hmm..
Abg Man may be lebih tahu skop dan etika kewartawanan. Apa yang saya nampak, Harakah merupakan saluran PAS dalam merencanakan gerakan mereka, apa yang ditulis sedikit sebyk menyebelah pihaknya, begitu juga media arus perdana spt Utusan, dan etc.
Dan sy nampak sinar lebih yang terbaek.. coz neutral.. huhuhu
Kpd Priceless. Etika kewartawanan ibarat seperti Rukun Negara. Kalau rakyat Malaysia mempunyai Rukun Negara, setiap wartawan mempunyai Etika Kewartawanan. Sesiapa sahaja yg terlibat dlm bidang kewartawanan, mereka perlu atau WAJIB mematuhi Etika Kewartawanan. Bagaimanapun, yang mencorakkan aliran seseorang wartawan adalah keterikatan mereka dengan visi, matlamat dan hala tuju sesebuah syarikat surat khabar itu. Ibarat kita bertandang rumah jiran, kita perlu patuh akan peraturan yg ditetapkan. Kita tidak boleh ingkar. Kalau jiran tidak sediakan makan minum, kita tidak boleh minta mereka sediakan makan minum. Kalau mereka hidangkan makan minum, kita kena makan dan minum apa yang mereka hidangkan. Kalau kita menolak, kita akan dicap tidak menghormati budayanya.
Kalau kita tahu makanan dan minuman yang disediakan jiran itu tidak boleh dimakan atau diminum, lebih baik dari awal2 lagi kita jgn pergi. Begitu juga dgn sesebuah syarikat surat khabar. Umum tahu, BH dan UM adalah akhbar kerajaan. 60 peratus sahamnya dimiliki atau dibiayai oleh kerajaan (UMNO). Selebihnya dimiliki oleh kroni-kroni kerajaan. Harakah pun begitu, 100 peratus dibiayai oleh Pas. Sebab itu Harakah dipanggil LIDAH RASMI PAS. Jadi, kalau BH dan UM berpihak kpd kerajaan atau dgn kata lain, UMNO. Ia tidak blh dipertikaikan. Setiap laporannya mestilah 60 peratus memihak kpd kerajaan. Selebihnya diberikan peluang kepada pembangkang. Tetapi oleh kerana Harakah yang 100 peratus dimiliki Pas, maka 100 peratus laporannya memihak kepada parti itu. Tidak ada walau satu peratus atau 0.0001 peratus pun peluang diberikan kepada kerajaan. Yang baik dari kerajaan dibakul sampahkan. Yang buruk-buruk itu akan disensasikan. BH dan UM pula, yg baik dari pembangkang tetap dilaporkan, sementelah yang buruk2.
Sinar Harian... umum tahu adalah milik individu. Individu ini langsung tidak dipengaruhi oleh mana-mana ahli politik. Visi utama Sinar Harian ialah menjadi akhbar neutral, bebas, berkecuali, telus dan seimbang. SH melaporkan berita dari dua-dua pihak (PR dan BN). Di negeri yg diperintah oleh BN pun kita laporkan kepincangan. Begitu juga di negeri yg ditadbir oleh PR pun kita laporkan kepincangan. Semuanya kita lapor. Kalau ada cerita UMNO, maka ada cerita dari PKR dan PAS. Malah DAP, MIC, MCA dan PPP pun kita siarkan. Kita tak kecuali langsung. Sebab itu PR dan BN senang dgn SH. Ketua kampung bercakap pun kita siarkan. Apatah lagi penduduk...inilah suara komuniti kita. Inilah yg kita laporkan. Kita nak wakil rakyat dari BN dan PR sedar di kawasan mereka masih ada keluarga tanpa bekalan elektrik, tanpa bekalan air, tanpa pembelaan. Akhbar lain tak lapor. SH lapor. Setakat ni, dah ramai keluarga miskin dpt perhatian hasil laporan SH. Inilah visi dan misi SH. Kita bukan mcm Harakah, bukan mcm BH dan bukan juga mcm UM. Sekian.
Catat Ulasan