Jumaat, 6 Februari 2009

Naik pangkat, naiklah tanggungjawab

Pada 4hb Feb 2009, semua staf Sinar Harian menerima emel dengan notis Pengarah Urusan Karangkraf Sdn Bhd, Datuk Husamuddin Yaakob akan mengadakan perjumpaan tergempar dengan kakitangannya di kafeteria ofis bertarikh 5hb Februari 2009 jam 3 petang.

Dalam notis itu, semua staf WAJIB hadir, termasuk yang bercuti.

Pada malam sebelum perjumpaan itu, Ketua Pengarang Kumpulan KKSB, Tuan Haji Jalil Ali ada datang ke meja saya untuk memperingatkan saya mengenai perjumpaan dengan bos keesokkan hari dan pastikan semua staf Edisi Utara akan hadir termasuk yang sedang bercuti.

Berdebar kencang jugak memikirkan apakah yang akan berlaku esok. Memikirkan apakah Pengarah Urusan hendak nyatakan. Adakah beliau mahu menutup operasi Sinar Harian? Atau beliau akan mengumumkan tidak ada pembayaran bonus tahun ini kerana kesan kegawatan ekonomi global.

Semua perkara yang pro dan kontra bermain dalam benak fikiran. Masing-masing tertanya-tanya, apakah yang hendak dinyatakan oleh Haji (gelaran kepada Datuk Husamuddin).

Maka pada hari ditetapkan itu, berkumpullah semua staf Sinar Harian pelbagai peringkat usia dan jawatan di kafeteria. Yang kebetulan mengikuti bengkel gaya penulisan pun tidak terkecuali untuk hadir.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Yani. Lama dan panjang doa tu. Semuanya mengaminkan setiap yang dimohon oleh Ustaz Yani. Selepas itu, Haji pun memulakan amanatnya.

Rupa-rupanya Haji mengumumkan perubahan struktur besar-besaran organisasi Sinar Harian. Perubahan itu dilakukan berikutan pertambahan edisi bagi Perak dan Johor iaitu dua negeri yang akan melengkapkan operasi Sinar Harian di seluruh negara.

Aku dan rakan-rakan Sub-Editor duduk di barisan belakang sekali. Bukan hendak menyembunyikan diri, tetapi ketika aku masuk ke kafeteria, semua kerusi sudah penuh. Hampir 500 staf hadir.

Lebih kurang 20 minit berucap, Haji pun mengumumkan carta baru stafnya untuk lapan edisi. Ada yang naik pangkat dan ada yang ditukarkan ke unit-unit yang diwujudkan untuk menguatkan operasi Sinar Harian.

Apabila tiba giliran Edisi Perak yang akan beroperasi pertengahan bulan ini, tiba-tiba nama aku disebut sebagai Penolong Editor. Terkejut, tidak percaya dan terkesima. Biar betul aku diberi tanggungjawab yang begitu berat untuk melancarkan penerbitan Sinar Harian ke Perak?

Tidak sampai tiga minit, aku menerima sms daripada sahabat mengucapkan tahniah.

Aku pun membalas balik, terima kasih Tuan Haji (Datuk), terima kasih Tuan Haji (Bos Jalil), terima kasih kak (Puan Sri Diah) dan terima kasih kepada rakan-rakan (Editor) yang memberi sokongan kepada aku sehingga diberi kepercayaan memegang jawatan Penolong Editor.

Besar jawatan ini dan besar pulalah tanggungjawab aku nanti. Apapun, aku berjanji akan cuba sedaya upaya untuk membawa Sinar Harian ke mercu kejayaan. Insya-Allah.

Sekali lagi aku hendak ucapkan jutaan terima kasih Haji, bos Jalil, Kak Sri, Puan Harlina Kassim, rakan-rakan Editor, Penolong-Penolong Editor, Sub-sub Editor, Grafik, Ketua Wartawan, Penolong Ketua Wartawan dan skuad-skuad.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TAHNIAH...sekalung penghargaan juga saya ucapkan kepada saudara Manzaidi yang kini saya anggap sebagai GURU yang banyak medidik saya dalam bidang penulisan. Banyak yang saya pelajari daripada penulisan saudara dan saudara memang layak selayak layaknya memegang tanggungjawab yang diamanahkan. Tahniah sekali lagi...

Tanpa Nama berkata...

tahniah la abe mike kerana semakin ke depan dalam karier, bila nak kelik kelate??

manzaidi berkata...

Terima kasih kepada saudaraku fairusrazak dan mywanfai. Sebenarnya kalau ikut senioriti, saya tidak layak lagi utk diberikan jawatan itu. Ramai lagi yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan. Apa criter man?

manzaidi berkata...

Ahh! saudara fairusrazak. Janganlah puji setinggi-tinggi gunung. Malu sy. hehehehe. Siapala sy kalau nak bandingkan dgn saudara. Sebenarnya saudara juga GURU. Byk ilmu yg saudara berikan pada sy. Sampai penuh komputer sy dgn ilmu-ilmu yg sdr berikan tanpa lokek itu. Kalau boleh sy nak tiap2 minggu ilmu yg ada pd sdr itu.

mamat berkata...

tahniah la jugak, tapi yang lebih penting, aku dah daftar blog aku jadi follower, jgn la lupa daftar balik

mamat berkata...

aku setuju yang part kata fairuz guru, aku pun sama juga jgk, penuh galeri memori card, hihihihihi

Tanpa Nama berkata...

Puji takdelah sampai menggunung, puji berbukit bukau je..(dalam maknanya) hehehe tak dapat kerapu, bawal pun berguna..tak gitu? ape criter man..!!

Ceri berkata...

Wahhhh.... tahniah!! patut la tak nak layan soklan kita. Rupanya dah naik pangkat.

'Cover' Story Perak comey2 skit ek... negeri teman tu yop.

TQ

manzaidi berkata...

Terima kasih. Kenaikan pangkat ni tak bermakna tak nak tolong. Kebetulan saya dapat cuti tiga hari dan tak perasan ada soalan untuk dikongsi. Apapun, untuk Sinar Harian (termasuk web) saya akan terus bantu dan membantu. Selagi khidmat diperlukan, saya bersedia curahkan.