Majlis Perundingan Melayu (MPM) kesal dengan tindakan pengurusan Universiti Malaya (UM) yang membenarkan kampus itu dijadikan lokasi penganjuran syarahan umum bagi mengaibkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Setiausahanya, Dr Hasan Mad berkata, majlis itu yang pada asalnya bertujuan membincangkan buku bertajuk Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times karya Barry Wain telah dijadikan medan untuk menghentam Dr. Mahathir, UMNO dan orang Melayu.
"Nampaknya Naib Canselor (Datuk Dr Ghauth Jasmon) bersikap liberal untuk membenarkan UM dijadikan platform bagi mengejek kepimpinan Melayu dengan berselindung di sebalik usaha-usaha bagi menggalakkan pemikiran terbuka," katanya.
Forum yang diadakan di Dewan Syarahan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran universiti tertua di negara ini dianjurkan oleh Kluster Penyelidikan Sains Tingkah Laku dan Sosial (SBSRC) UM.
Dalam buku yang diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada April lalu untuk diedarkan di negara ini, Wain antara lain mendakwa Dr. Mahathir telah menyebabkan kerajaan kerugian sehingga RM100 bilion sepanjang era pentadbirannya.
Hasan turut menggesa kerajaan supaya menyiasat niat sebenar Wain menulis buku mengenai Dr. Mahathir.
"Wain sendiri mengaku ketika syarahan bahawa jika dia menulis buku mengenai Lee Kuan Yew (Menteri Mentor Singapura) seperti yang dibuatnya terhadap Dr. Mahathir, dia sudah pasti ditangkap pihak berkuasa negara itu," ujarnya.
Sementara itu, Ghauth yang dihubungi Mingguan Malaysia malam ini berkata, beliau perlu meneliti bantahan MPM itu terlebih sebelum memberikan komen lanjut.
Forum akademik bukan tempat menghentam
Forum ilmiah atau akademik tidak seharusnya dijadikan tempat untuk menghentam atau menghina individu tertentu kerana ia bertentangan dengan etika dan matlamat forum tersebut.
Penganalisis politik, Profesor Madya Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, perbincangan akademik memang bebas membincangkan apa sahaja tetapi harus melalui prosedur yang betul.
“Pada pandangan saya, mereka berhak untuk membincangkan buku karya Barry Wain tersebut bagi mengkaji ideologi, dasar-dasar dan cara pengurusan sesebuah negara kerana perbincangan ilmiah tidak memihak kepada sesiapa.
“Tetapi perbincangan tersebut perlu beretika dan membincangkan sesuatu yang membina. Perbincangan seperti ini dilakukan oleh semua universiti di dunia ini bagi mengkaji sesuatu bahan,” katanya.
Beliau mengulas mengenai forum anjuran Kluster Penyelidikan Sains Tingkah Laku dan Sosial (SBSRC) Universiti Malaya (UM) bagi membincangkan buku bertajuk Malaysian Maverick: Tun Dr. Mahathir Mohamad in Turbulent Times karya Barry Wain.
Forum tersebut telah disalahgunakan oleh individu tertentu untuk dijadikan sebagai medan menghentam Dr. Tun Dr. Mahathir, UMNO dan orang Melayu. - Utusan
KOMEN:
Yang benci Tun ni puak-puak berhaluan kiri, biasalah puak-pual sebelah sana. Jangan tak tahu, macam juga prof gay yang pakai cermin mata macam nak renang, tu pun pensyarah kat UM juga jenis tak sedar diri perasan bagus. Memang pemerintah yang benar-benar kuat, dibenci oleh pembangkang.
Hentamlah Tun macam mana sekali pun, hakikatnya kalau siapa-siapa memerintah takkan ada KLCC, Cyberjaya, Putrajaya, Proton, Penang Bridge. Otak prof tu nak lawan otak Tun, cermin diri la prof.
Hidup bukan selamanya. Sampai masa, mati juga. Tak berbaloi tumpukan seluruh hidup untuk kutuk Tun. Tun tak terjejas, dia yang sakit hati sorang-sorang. Jasa Tun tetap terpahat dalam sejarah - noktah. I’m starting to have pity on you..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan