KUALA LUMPUR - Seorang wanita awal 20-an terpaksa menempuh detik hitam dalam hidupnya lebih 48 jam apabila dia bukan saja dijadikan tebusan selepas diculik, malah dirogol sekumpulan empat lelaki tidak dikenali.
Difahamkan, kumpulan penculik amatur itu tidak dapat menahan nafsu selepas melihat kecantikan mangsa walaupun mereka dikatakan sedang berunding untuk mendapatkan RM100,000 sebagai wang tebusan daripada keluarga mangsa.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam Selasa lalu, mangsa bersama abangnya berusia lewat 20-an dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Rimbunan, Sentul, di sini, sebelum dia diculik sekumpulan empat lelaki menaiki sebuah kereta.
Difahamkan, mangsa diculik dalam kawasan kurang 50 meter dari rumahnya dan menurut sumber, abangnya tidak diculik, sebaliknya diugut merahsiakan kejadian itu sekiranya mahu adiknya selamat.
“Malah, seorang daripada suspek mendakwa akan menghubungi keluarga mangsa untuk berunding mengenai pembebasannya,” katanya.
Sumber berkata, kumpulan itu dikatakan menghubungi keluarga mangsa pada malam kejadian sebelum mengarahkan mereka menyediakan wang tebusan RM100,000.
"Suspek yang menghubungi keluarga mangsa berulang kali memberi amaran supaya mereka tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa. Malah, kumpulan penculik itu hanya memberikan masa dua hari kepada keluarga mangsa menyediakan wang tebusan.
"Namun, ahli keluarga mangsa yang buntu mencari wang seperti diminta melaporkan kejadian berkenaan kepada polis,” katanya.
Sumber berkata, ahli kumpulan terbabit sekali lagi menghubungi keluarga mangsa pada Rabu lalu kira-kira jam 11 pagi untuk melakukan rundingan.
“Ahli keluarga mangsa membuat tawaran untuk membayar wang tebusan sebanyak RM28,000 selain merayu kepada penculik terbabit agar melepaskan mangsa. Suspek bersetuju dengan tawaran itu dan menetapkan lokasi bagi mengambil wang tebusan dan membebaskan mangsa," katanya.
Sumber berkata, kumpulan penculik amatur itu sekali lagi menghubungi keluarga mangsa dan mengatur pertemuan di pusat beli-belah Kota Raya, di sini kira-kira jam 3 petang, Khamis lalu.
"Sebaik mendapat maklumat itu, polis dengan kerjasama keluarga mangsa merancang memerangkap penculik terbabit dengan abang mangsa diberi tanggungjawab membawa wang tebusan ke lokasi dan masa ditetapkan.
"Selepas pasti keadaan selamat, polis yang menyamar sebagai orang awam membuat serbuan dan menahan semua suspek," katanya.
Menurutnya, mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan dan doktor mengesahkan wanita itu dirogol.
Sementara itu, Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah mengesahkan kejadian itu dan penahanan semua suspek.
"Semua suspek berusia antara 20 dan 30 tahun kini direman selama sembilan hari bermula Khamis lalu bagi membantu siasatan.
"Kami juga mendapat semula wang tebusan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 3 Akta Culik," katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan