PETALING JAYA: Jurucakap kedutaan Jepun, Tomoko Nagai berkata,
Datuk Seri Anwar Ibrahim dilarang memasuki Jepun pada Ahad kerana
melakukan kesalahan dan pernah dipenjara pada tahun 1999.
Menurutnya, sesiapa sahaja yang pernah melakukan kesalahan dan
menjalani hukuman penjara sama ada di Jepun atau negara lain tidak
dibenarkan memasuki negara itu.
"Seperti yang diketahui, Anwar pernah dibenarkan memasuki Jepun pada
2011 dan 2012, tetapi ketika itu beliau mempunyai kebenaran khas daripada
negara berkenaan.
"Bagaimanapun, kali ini beliau tidak membuat permintaan dan berikutan
itu kemasukannya tidak dapat diterima," katanya ketika dihubungi The Star pada Selasa.
Nagai memberitahu, tindakan itu mengikut larangan yang dikuatkuasakan
oleh kerajaan Jepun di bawah Perkara 5 (iv), Akta Pengiktirafan
Pelarian dan Kawalan Imigresen yang dikenakan terhadap semua individu
yang ingin memasuki negara berkenaan.
Pada Ahad, Anwar tidak dibenarkan memasuki Jepun selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada pukul 6.45 pagi.
Beliau diarahkan pulang menerusi penerbangan pertama ataupun dikenakan tindakan pengusiran.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan