Dua pegawai Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
(PKNS) yang berada di tengah-tengah kontroversi pengguguran Mohamed
Azmin Ali daripada badan itu digugurkan daripada jawatan masing-masing
berkuat-kuasa serta merta.
Menurut sumber tertinggi, Pengurus Besar PKNS, Othman Omar dan
Setiausaha Kerja PKNS, Norita Mohd Sidek sudah dimaklumkan mengenai
pertukaran jawatan masing-masing.
Difahamkan langkah itu dibuat berdasarkan arahan Menteri Besar, Tan
Sri Abdul Khalid Ibrahim yang berada di bawah tekanan bagi menjelaskan
mengenai pengguguran Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden Parti
Keadilan Rakyat (PKR) daripada jawatan ahli lembaga pengarah PKNS.
Abdul Khalid yang sebelum ini menyalahkan PKNS mengenai pengguguran
Mohamed Azmin dijadual mengadakan pertemuan dengan kedua-dua individu
berkenaan pada Isnin.
Lembaga Pengarah PKNS di jadual akan bermesyuarat hari ini dan Abdul Khalid dijangka hadir.
Isu pengguguran Mohamed Azmin menjadi hangat apabila kerajaan negeri
dan PKNS menuding jari antara satu sama lain malah Abdul Khalid pula
menyatakan hanya mahu memberikan penjelasan setelah berjumpa dengan
pengurusan perbadanan itu pada Isnin.
Pada Sabtu, Abdul Khalid menafikan dakwaan beliau terlibat dalam
membuat keputusan menggugurkan Mohamed Azmin dan menjelaskan perkara itu
dicadangkan oleh Othman yang mahu menamatkan khidmat Ahli Parlimen
Gombak itu pada penghujung bulan ini.
Bagaimanapun kenyataan Menteri Besar itu disangkal oleh Norita yang
memaklumkan kuasa melantik Anggota Lembaga Pengarah adalah di tangan
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang dipengerusikan Abdul Khalid
dan bukan Pengurus Besar selaras dengan klausa 4(1) Enakmen Penubuhan
PKNS.
Norita berkata, pengguguran Azmin itu juga disahkan oleh MMKN pada Disember lalu
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan