Khamis, 23 Januari 2014

Sebalik dakwaan tuntutan fasakh, Nurul Izzah, suami pastikan kelangsungan perkahwinan

Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan suaminya, Raja Ahmad Shahrir Raja Salim melahirkan kekesalan dengan cubaan dan gangguan terhadap pasangan suami isteri itu yang menyentuh perkara peribadi mereka. 

Pasangan itu menjelaskan mereka kini gigih berusaha bagi memastikan kelangsungan mahligai perkahwinan yang didirikan sejak tahun 2003 itu.

"Kami ucapkan terima kasih kepada semua yang melahirkan keprihatinan dan kami memohon semua pihak memberikan ruang peribadi pada waktu ini.


"Kami amat sedih dengan cubaan gangguan yang menyentuh perkara peribadi kami apabila kami gigih berusaha untuk memastikan kelangsungan perkahwinan ini. Keluarga kami menjadi keutamaan," katanya dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Akhbar berbahasa Inggeris The Star, milik MCA, hari ini mendedahkan Nurul Izzah mungkin akan menarik balik tuntutan fasakhnya esok.

Bernama juga melaporkan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur telah mengesahkan bahawa Nurul Izzah telah memfailkan permohonan cerai terhadap Raja Ahmad Shahrir.

Beliau memfailkan permohonan itu pada awal bulan ini, mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

Kes itu pertama kali disebut di hadapan Hakim Syarie Ab Malek Awang dua hari lepas. Mahkamah menetapkan 18 Februari ini untuk sebutan semula kes itu.

Pasangan tersebut dipercayai telah dinasihatkan ahli keluarga mereka untuk berdamai setelah berita tuntutan fasakhnya pada Disember lalu tersebar di media hari ini.

Dalam laman Twitternya, Nurul Izzah pada jam 2 petang tadi, beliau menafikan berita itu namun hasil carian The Star di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini mengesahkan wujud kes tuntutan di antara pasangan itu.

Nurul Izzah, 33, bagaimanapun ketika ditemui sempena Sidang Strategi Asli ke-16 hari ini enggan mengulas lanjut isu berkenaan.

"Terima kasih kerana menghormati privasi saya," katanya yang bergegas pergi selepas perbincangan berkenaan politik baru Malaysia selesai.

Nurul Izzah, 33 tahun dan Raja Ahmad Shahrir Iskandar, 35 tahun dinikahkan pada 9 Mei, 2003.

Majlis perkahwinan pasangan itu diadakan di kediaman Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur.

Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan berusia tujuh tahun dan seorang anak lelaki berusia empat tahun.

Tahun lalu, negara kecoh apabila video klip menyerupai Nurul Izzah sedang melakukan seks oral dengan pensyarahnya tersebar.

Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mengeluarkan kenyataan di blognya menyelar pensyarah berkenaan kerana mengambil kesempatan terhadap anak perempuannya.

Namun, kenyataan itu dinafikan Wan Azizah yang kemudiannya Ibu Pejabat PKR mendakwa blog berkenaan telah digodam.

Tiada ulasan: