Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar
disahkan memfail penceraian terhadap suaminya, Raja Ahmad Shahrir
Iskandar Raja Salim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.
Pemeriksaan rekod mahkamah oleh The Star Online mendapati kes
perceraian antara Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan
suaminya itu wujud.
Nurul Izzah, 33, membuat tuntutan fasakh bagi membatalkan
perkahwinannya dengan Raja Ahamd Shahrir Iskandar, 35, pada akhir
Disember tahun lalu.
Raja Ahmad Shahrir Iskandar dipercayai menerima notis tuntutan itu pada 16 Januari lalu.
Bagaimanapun, beliau meminta prosiding berkenaan ditangguhkan selama
dua minggu bagi membolehkan pihaknya menyedikan dokumen berkaitan.
Sehingga kini tidak dapat dipastikan sama ada wujud pihak ketiga disebalik keretakan hubungan pasangan berkenaan.
Pegawai mahkamah mengesahkan kes perceraiaan anak kepada Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berada dalam sistem mahkamah.
Difahamkan kes itu ditetapkan untuk sebutan di hadapan hakim, Ab Malek Awang.
Kedua-duanya, Nurul Izzah dan Raja Ahamd Shahrir Iskandar gagal dihubungi bagi mendapatkan penjelasan.
Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir Iskandar berkahwin pada 9 Mei 2003. Majlis perkahwinan mereka diadakan di kediaman Anwar di Bukit Damansara.
Pasangan itu mempunyai sepasang cahaya mata berusia tujuh dan empat tahun.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan