Khamis, 24 Mac 2016

Pengamal media perlu hormati aturan dewan - Pandikar Amin

Pandikar Amin Mulia
Pandikar Amin Mulia
 
Para pemberita yang bertugas di Parlimen diminta tidak menyerbu dan menemuramah orang kenamaan yang berada di bangunan Parlimen bagi mendapatkan ulasan mereka.
 
Sekiranya peraturan tersebut tidak dipatuhi, editor akhbar yang terlibat dengan liputan Parlimen akan dipanggil untuk memberi penjelasan.
 
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, beliau kesal dengan tindakan pemberita-pemberita di Parlimen yang mengasak individu untuk mendapatkan ulasan.
"Jika tidak dapat mengundur diri, terpaksalah menjawab selepas diasak pemberita, bukan atas kerelaan sendiri.
 
"Saya difahamkan peguam itu muncul sebelum diserbu pemberita, bukan sengaja membuat sidang media.," katanya menjawab pertanyaan Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka) yang meminta penjelasan mengenai sidang media seorang peguam di lobi Parlimen, Khamis lepas.
  
Pada Isnin lalu, Tong Him membangkitkan isu wartawan yang membuat liputan di Dewan Rakyat menyerbu dan menyoal peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah di lobi bagi mendapatkan pandangan beliau.
 
Tong Him berkata, Shafee tidak sapatutnya melayan dan bercakap kepada pemberita memandangkan lobi Parlimen adalah untuk kegunaan Ahli Parlimen sahaja.
 
Pandikar Amin turut meminta kerjasama ahli Parlimen Parlimen dan wakil media supaya tidak melakukan perbuatan sedemikian kerana aturan dewan masih berfungsi. - MalaysiaGazette

Tiada ulasan:

BN bermula tahun 1959, 59 tahun kemudian BN jatuh

Tun Mahathir bersama barisan kepimpinan Pakatan Harapan mengadakan sidang media mengumumkan kemenangan. SIRI 1 KETIKA sahabat...