Khamis, 24 Mac 2016

Trump, Clinton menang di Arizona

Donald Trump
Donald Trump

Calon Republikan, Donald Trump dan Hillary Clinton, calon Demokratik menang besar di Arizona dalam persaingan Presiden Amerika Syarikat.

Kedua-duanya menang mudah dengan pencabarnya, Ted Cruz dan John Kasich.

Bagi pihak demokratik, kemenangan di Arizona memberi kelebihan kepada Clinton bagi mengatasi Bernie Sanders.

Kemenangan di Arizona dan Utah dibayangi oleh serangan di Brussels yang menyebabkan sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh.

Trump, jutawan New York dan bekas bintang TV realiti, merupakan calon kegemaran meskipun beliau berhadapan dengan usaha menyekat kemaraannya.

Arizona merupakan salah satu daripada negeri-negeri Amerika Syarikat yang bersempadanan dengan Mexico, begitu popular dengan mesej keras tentang imigresen tetapi di Utah beliau jauh ketinggalan di belakang pesaingnya, Ted Cruz.

Kesemua 58 delegasi Arizona akan memberi sokongan kepada Trump.

Semalam, Trump memberi amaran terhadap usaha-usaha menafikan pencalonannya untuk mendapat 1,237 delegasi sehingga Julai ini. Kini Trump mempunyai 678 delegasi.

"Saya rasa ia sukar untuk mereka berbuat demikian. Saya mempunyai berjuta undi lebih daripada mana-mana calon," kata Trump ketika mengulas mengenai usaha menafikan pencalonannya. - MalaysiaGazette.

Tiada ulasan:

Penubuhan Pasukan Khas siasatan kes 1MDB

YAB Perdana Menteri telah bersetuju untuk membentuk satu Pasukan Khas Siasatan 1MDB bagi menjalankan siasatan terperinci berkaitan kes 1MD...