Jumaat, 6 April 2018

Apa lagi penjawat awam nak, semua sudah dipenuhi

PENJAWAT awam adalah kawan setia kerajaan. Itulah antara ucapan penting Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Majlis Amanat Perdana Penjawat Awam di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC), hari ini.
Selain mengumumkan beberapa insentif berbentuk kenaikan gaji dan elaun kepada penjawat awam, beliau juga mengingatkan kepada golongan itu agar wajib wala’ kepada pemimpin yang dipilih secara sah oleh rakyat melalui proses pilihan raya.
Sesungguhnya kakitangan awam di negara ini bertuah kerana mempunyai pemimpin atau Perdana Menteri dari Barisan Nasional (BN) yang sentiasa prihatin dan mendengar rungutan mereka.
Apa saja mereka mahu, kerajaan akan tunaikan. Antaranya kenaikan gaji, pemberian bonus, bantuan awal persekolahan dan bayaran khas berjumlah RM1,500 yang dibayar sebanyak dua kali.
Bayaran pertama RM1,000 dibuat pada Januari bagi membolehkan kakitangan awam membeli dan menyediakan peralatan persekolahan anak-anak, manakala bayaran kedua sebanyak RM500 dibuat seminggu sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Pendek kata tidak rugi penjawat awam yang berjumlah kira-kira 1.6 juta wala’ kepada kerajaan hari ini kerana kebajikan dan nasib mereka sentiasa terjaga.
Bayangkan di awal tahun 90-an gaji pekerja antara RM350 hingga RM750 sebulan, kini di peringkat budak pejabat pun gaji sudah mencecah hampir RM1,500 atau lebih.
“Tidak seperti pihak sebelah sana (Pakatan Harapan), mereka sudah berjanji kalau menang dan dapat membentuk kerajaan, mereka akan kurangkan jumlah penjawat awam dari 1.6 juta kepada hanya 400,000 orang sahaja,” kata Najib.
Kalau Pakatan Harapan benar-benar mengotakan janjinya, apa akan berlaku kepada kira-kira 1.2 juta penjawat awam yang telah dibuang kerja atau jawatan mereka ditiadakan? Itu baru mereka. Bagaimana anak-anak, suami dan isteri kalau isteri dan suami mereka dibuang kerja?
Perkara sebaik ini yang kerajaan Barisan Nasional (BN) lakukan sejak merdeka pun rakyat tidak boleh fikir atau ambil ikhtibar, bagaimana sekiranya ia menjadi kenyataan di bawah kerajaan Pakatan Harapan?
Daripada yang kita cuba nak bayangkan menjadi kepada yang kita tidak boleh bayangkan sekiranya 1.2 juta penjawat awam menjadi penganggur.
Kita tidak perlu ambil apa yang kerajaan terdahulu buat, ambil saja apa yang Najib lakukan kepada penjawat awam pada hari ini.
Beliau mengumumkan kenaikan gaji tahunan untuk semua 1.6 juta penjawat awam berkuat kuasa 1 Julai ini sebagai insentif menghargai jasa dan pengorbanan serta penat lelah mereka sebagai kawan setia kerajaan.
Kenaikan gaji ini menurut Perdana Menteri, akan melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM1.46 bilion.
“Ini bermakna penjawat awam mendapat tambahan satu lagi kenaikan gaji tahunan, di samping pergerakan gaji tahunan yang diterima bagi tahun 2018,” katanya.
Selain kenaikan gaji, Perdana Menteri juga mengumumkan kerajaan bersetuju pelaksanaan kenaikan pangkat ‘time-based’ berasaskan kecemerlangan kali kedua untuk kumpulan pelaksana dipendekkan daripada 13 tahun kepada 10 tahun mulai 1 Januari tahun ini (2018).
Ini bagi memberi peluang kemajuan kerjaya yang lebih baik kepada pegawai dalam kumpulan pelaksana untuk semua perkhidmatan, termasuk pasukan beruniform. Pelaksanaan ini sahaja melibatkan 13,006 pegawai dan pertambahan implikasi kewangan sebanyak RM34 juta bagi tahun 2018.
Tidak cukup dengan itu, Najib turut mengumumkan kerajaan juga bersetuju mewujudkan gred lapisan kenaikan pangkat baharu iaitu Gred DG56 untuk pegawai perkhidmatan pendidikan yang telah berada lebih daripada lima tahun di Gred 54 dan memberikan perkhidmatan yang cemerlang.
Pewujudan lapisan Gred DG56 ini juga akan memberi peluang kenaikan pangkat kepada 323 pegawai, dengan implikasi kewangan sebanyak RM7.4 juta mulai 1 Januari 2019.
Apa lagi yang kerajaan awam tidak berpuas hati dengan kerajaan? Semua tuntutan, semua rungutan dipenuhi, malah ditambah lagi melalui beberapa kaedah yang semua pihak kagum dengan kepimpinan Najib.
Kepada pegawai lantikan kontrak pun tidak pernah dilupakan Perdana Menteri, apabila beliau mengumumkan untuk memanjangkan kemudahan perubatan kepada ibu bapa mereka berkuat kuasa 1 Julai ini.
Kerajaan sudah menunaikan hampir semua tuntutan dan permintaan penjawat awam. Sekarang tiba giliran penjawat awam untuk membalas jasa kerajaan.
Tugasnya tidalah berat sangat. Ia hanya seperti pesta sahaja. Iaitu pada hari mengundi ini, turunlah beramai-ramai dan pangkahlah lambang dacing. Pastikan kerajaan Persekutuan hari ini terus kekal pada PRU 14 ini. – theRakyat (Siaran 5hb April 2018)

Tiada ulasan: