Rabu, 11 April 2018

Azmin naik Grab, ponteng kerja, makan gaji buta

SEBAIK serah kereta rasmi kerajaan negeri, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dikhabarkan terus balik ke rumah.
Paling menarik, beliau menggunakan perkhidmatan kereta Grab, bukan kenderaan sendiri atau meminta rakan-rakan Exco menumpangkannya pulang.
Lakonannya memang menjadi sehingga konco-konconya tak henti-henti memuji tindakannya guna kereta grab untuk pulang ke rumah.
Tetapi kenapa anggota Exco lain yang turut serah kereta rasmi masing-masing tidak pun menggunakan perkhidmatan Grab untuk pulang ke rumah?, Malah, ada yang diambil oleh pemandu dengan kenderaan sendiri.
Perkara ini sebenarnya bukan suatu yang menghairankan. Tengok sahaja lakonan pertamanya diawal memegang sebagai menteri besar pada akhir 2014, beliau turun ke longkang buang rumput yang menyekat saliran dan dia masuk ke dalam tong sampah untuk buang sampah.
Selepas beberapa minggu kemudian tidak lagi kedengaran berita-berita sensasi beliau mencuci longkang dan membersih sampah sarap.

Yang kedengaran selepas itu ialah kelulusan peruntukan tidak masuk akal untuk kerja-kerja membaikpulih pintu gerbang negeri dan membaikpulih kubah Masjid Negeri Shah Alam serta pembinaan tempat meletak kereta bertingkat yang mencecah puluhan juta ringgit.
Apa motif Mohamed Azmin Ali serah kereta rasmi dan kemudian nak pulang ke rumah tidak ada kenderaan sehingga terpaksa menggunakan perkhidmatan grab?
Retorik apa lagi abang kepada diva Azwan Ali ini nak lakonkan? Nak tunjuk beliau seorang menteri besar yang zuhud? Nak tunjukkan beliau seorang ketua kerajaan yang sederhana?
Sudahlah… semua sudah kenal siapa Mohamed Azmin Ali. Pelakon terbaik zaman ini. Guna lakonan ke longkang dan ke dalam tong sampah untuk pikat undi. Guna lakonan balik dengan Grab untuk tarik perasaan rakyat.
Balik dengan Grab konon. Adakah Grab itu tidak tahu pun dia dihubungi oleh Mohamed Azmin supaya datang ke pejabat mengambilnya? Tak mungkin. Semuanya sudah diatur lebih awal. Pemandu Grab yang dipilih dan sudah dilatih supaya nampak ‘real’ selepas majlis penyerahan kereta rasmi kerajaan.
Kenapa Mohamed Azmin terus pulang selepas serah kereta rasmi kerajaan negeri? Tidakkah mengikut perlembagaan, apabila Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, kerajaan sedia ada masih kerajaan, tetapi dalam bentuk kerajaan sementara?
Maknanya beliau dan anggota Exco Kerajaan Negeri masih dibayar gaji oleh rakyat. Kenapa beliau terus pulang ke rumah selepas itu? Tidakan itu dinamakan, ponteng kerja?
Wajarkah seorang ketua negeri menunjukkan teladan tidak baik kepada penjawat awam dan pekerja kontrak dengan ponteng kerja?
Beliau sepatutnya berada di pejabat Menteri Besar untuk menjalankan tugas sebagai ketua kerajaan sementara, tetapi beliau memilih untuk ponteng.
Wajarkah pemimpin seperti ini diberi peluang lagi pada PRU 14 ini? Fikir-fikirkanlah. – theRakyat (Siaran 10hb April 2018)

Tiada ulasan: