Isnin, 5 Januari 2009

Kaum Yahudi laknatullah ditelan bumi

Ya, kenapa saya utamakan DUIT

Assalamualaikum tetamu dihormati...

Saya menerima banyak SMS daripada rakan-rakan bertanyakan kenapa saya tidak ada azam baru dan apa itu 'performance plan'. Saya tidak dapat menjawabnya kerana terasa amat susah untuk menjelaskannya secara lisan mahupun bertulis.

Yang penting, tahun ini saya nekad untuk lebih mengutamakan DUIT. Bagi saya tanpa DUIT, hidup saya tidak akan lengkap. Biarlah rakan-rakan nak tuduh saya lupa akhirat kerana nak kejar DUIT semata-mata pun. Tuduhlah. Saya tak kisah dan saya tak marah.

Saya dapat rasakan DUIT tersangat penting pada saya dan segelintir orang-orang bersikap serta bersifat seperti saya. Itu yang saya kejar, kejar dan kejar. sesiapa yang tidak ada DUIT, saya tak akan berkawan dengannya. Saya rasa amat hina dan satu kerugian besar berkawan dengan mereka yang tak ada DUIT.

Ada rakan-rakan kata saya ego, lupa daratan, pentingkan DUIT daripada persahabatan. Ya... katalah... tuduhlah. Memang saya tidak akan berkawan dengan mereka yang miskin DUIT. Saya tidak akan berkawan dengan golongan ini sebab saya takut terjebak dalam kancah kemiskinan hati dan jiwa.

Saya mahu bebas dari segala-gala kemiskinan, sebab itu saya telah kiblatkan diri saya kepada DUIT iaitu Doa, Usaha, Iltizam dan Takwa.

Tak salahkan....

Jumaat, 2 Januari 2009

Tragedi 1 dan 2 Jan 2009 - Berita kemalangan ngeri yang meragut 10 nyawa di Gua Musang di bawah berita ini...
















KUALA LIPIS (PAHANG) - Seramai 600 penumpang Keretapi Tanah Melayu (KTM) dari Kuala Lumpur - Kelantan terkandas di Kilometer 208.75, dekat Kampung Lentang, apabila tergelincir selepas merempuh tanah runtuh di laluan itu.

Dalam kejadian antara jam 5 pagi hingga 5.30 pagi itu menyebabkan empat gerabak hadapan kereta api berkenaan tergelincir daripada landasan.

Keadaan gelap dan kadar penglihatan terhad menyebabkan kedua-dua pemandu tidak nampak ada tanah runtuh menghalang laluan landasan itu.

Akibatnya kereta api itu gagal diberhentikan kerana bimbang akan membahayakan penumpang lain lalu merempuh tanah itu.

Selepas rempuhan itu, empat gerabak paling hadapan tergelincir dan terjatuh ke kanan landasan.

Kejadian dijangka lebih buruk jika tiada bukit di kanan landasan kerana berhampiran bukit itu ialah Sungai Jelai.

Dua pemandu kereta api, Japri Jaapar, 35, dari Kuala Krai dan Mohd Nasir Abd Rahman, 42, dari Gemas, Negeri Sembilan mengalami kecederaan di kepala.

Semua penumpang dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Buat sementara waktu, laluan Gemas-Kelantan tidak dapat digunakan seperti biasa berikutan kerja pengalihan gerabak dilakukan.

KTM Berhad menjangkakan kerja pengalihan tanah, pembersihan dan pengalihan tren yang tergelincir akan selesai pada jam 2 petang ini.

Tragedi pilu 2009 (Al-Fatihah dan takziah)



















GUA MUSANG 2 Jan – 10 termasuk seorang bayi berusia satu tahun maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 21 Bukit Sejuk, Gua Musang, Kelantan pada kira-kira jam 10.30 pagi ini.

Kemalangan ngeri itu membabitkan masing-masing sebuah kereta jenis Perodua Kancil, Kenari dan Nissan Murano.

Lapan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, seorang meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital dan seorang lagi meninggal sebaik sahaja sampai di Hospital Gua Musang.

Siasatan awal mendapati, kejadian dikatakan akibat kecuaian salah seorang daripada pemandu kenderaan, sama ada pemandu Nissan Murano, Kancil dan Kenari yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

Kejadian dikatakan berlaku apabila kereta Kenari dan Kancil dari arah Gua Musang ke Kuala krai cuba memotong antara satu sama lain, tetapi gagal, manakala kereta Nissan Murano dari arah Kota Bharu cuba mengelak dan terbabas ke sebelah kiri jalan.

Anggota bomba dan orang awam turut membantu polis mengeluarkan mangsa-mangsa terlibat dalam kemalangan itu sebelum dihantar ke Hospital Gua Musang.

Mereka yang meninggal ialah lima daripada kereta Kancil dan lima daripada kereta Kenari termasuk pemandu kedua-dua kereta berkenaan.

Mangsa yang cedera pula seorang kanak-kanak yang menaiki kereta Kancil dan empat penumpang termasuk pemandu Nissan Murano.

Mereka yang terbunuh dikenali sebagai Law Sin Eik, 60; pemandu Kenari, Lee Bee Seng, 51; Shareen Lau Ming Min, 15; Lau Chan Soom, 79, dan Hoo Kim Hum, 87, dipercayai daripada satu keluarga dan semua mereka berasal dari Pasir Mas.

Lima lagi yang terbunuh ialah penumpang Kancil yang turut mempunyai hubungan kekeluargaan dan dikenali sebagai Hasliza Mat Zin, 33; (pemandu Kancil) Maziatul Shah Lia Mat Zin, 30; Mohd Rolizah Yuswa Abd Rahim, 12; Norashidah Abd Rahim (umur belum diketahui) dan Nor Shasha Abd. Rahim, 5 tahun.

Yang cedera ialah Tan Chee Hua, 35; Phua Thien Ho, 35; (Pemandu Murano), Wang Kee Hai, 21, dan Law Soon Lee. Semua mereka dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan.

Khamis, 1 Januari 2009

Reformasi dalam kerja

Hari ini 1hb Januari 2009. Hari pertama tahun baru. Dan hari pertama saya memangku tugasan ketua untuk menyiapkan penerbitan Edisi Utara (Pulau Pinang, Kedah dan Perlis).

Hari ini juga berlaku pertukaran besar-besaran staf di lima edisi. Pertukaran ini adalah untuk memantapkan penerbitan akhbar Sinar Harian. Kita tidak boleh selama-lamanya berada di satu edisi kerana boleh menyebabkan idea kita terkongkong.

Begitu juga kalau seseorang itu agak lama memegang jawatan ketua eksekutif di sesebuah agensi dan jabatan, ia boleh menyebabkan agensi dan jabatan berkenaan hilang keceriaan.