Jumaat, 20 Ogos 2010

Saksikan kebesaran Allah 27 Ogos ini



Planet Marikh Mars will be the brightest in the night sky starting August. It will look as large as the full moon to the naked eye. This will cultivate on Aug. 27 when Mars comes within 34.65M miles off earth.

Be sure to watch the sky on Aug 27 12:30 am. It will look like the earth has 2 moons.

Isnin, 16 Ogos 2010

Ada buku perlembagaan baru?

Inilah bahananya kalau Melayu beri muka sangat kepada bukan Melayu sebagaimana PKR dan Pas memanjakan DAP. Sekarang apa sudah jadi? Ada dalam kalangan bukan Melayu yang dimanjakan oleh Pas dan PKR mula berani menerbit buku perlembagaan baru.

Ini saling tidak ubah seperti pendeta yahudi mengubah kitab Bible yang isi kandungannya jauh terpesong daripada yang difirmankan Allah kepada Nabi Isa. Di Malaysia pun, penderhaka bukan Islam mula meniru gaya pendeta Yahudi. Bezanya penderhaka bukan Islam ini mengubah kandungan Perlembagaan Negara.


Ini yang didedahkan oleh tokoh ulama, Tan Sri Harussani Zakaria.

IPOH - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mendakwa ada individu tertentu mengambil kesempatan meng­hasilkan perlembagaan baru menggantikan Perlembagaan Persekutuan sedia ada.

Katanya, beliau difahamkan sekarang ini sudah ada perlembagaan baru dibuat di Alor Setar, Kedah dengan isi kandungannya antara lain menyebut mahu menyisihkan hak keistimewaan orang Melayu dan Islam yang dijamin dalam perlembagaan sekarang.

"Kebetulan saya berceramah di Alor Setar. Ada seseorang datang memberikan saya tiga buku perlembagaan (baru) yang dikehendaki oleh pihak tertentu," katanya ketika menjadi panel dalam Wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu di Taman Budaya di sini, semalam.

Hadir sama, Penasihat Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; Presiden Pertubuhan Pemikir Melayu Malaysia, Profesor Datuk Dr Kamarudin Kachar dan Naib Pengerusi Ulama Malaysia Cawangan Pulau Pinang, Hafiz Nordin yang turut menjadi panel pada program itu.

Kira-kira 300 orang melibatkan ahli GMP, penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak dan aktivis Melayu termasuk Tan Sri Jins Shamsuddin hadir pada program anjuran GMP dan GPMS itu.

Harussani berkata, perpecahan di kalangan orang Melayu menyebabkan bangsa itu hilang kewibawaan sehingga kaum lain semakin berani membuat pelbagai tuntutan dan mahu hak keistimewaan orang Melayu dihapuskan.

"Kenapa kita berpecah belah hanya kerana salah tafsir iaitu melampau dalam berpegang pada syariat Islam. Sepatutnya kita semua bersatu. Saya tidak suruh hapuskan parti, tetapi saya minta orang Melayu pertahankan Islam dan hak mereka," katanya.

Ditanya berhubung individu yang terbabit dalam penghasilan perlembagaan baru itu, Harussani enggan mengulas lanjut.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Harussani berkata, generasi muda harus bersatu padu bagi memastikan perpaduan dalam kalangan orang Melayu terjamin.

“Mereka perlu diberi kesedaran dengan menyertai wacana seperti supaya minda lebih terbuka bagi memelihara kepentingan hak orang Melayu yang semakin dipinggirkan," katanya.

Isnin, 9 Ogos 2010

Anak, mangsa ibu binatang














Di Bercham Ipoh, mayat seorang bayi lelaki cukup sifat ditemui berkeadaan dikafankan dalam longgokan sampah di tapak pelupusan Sampah Jalan Bercham – Tanjung Rambutan semalam.

Mayat bayi malang itu ‘dikafankan’ dengan sehelai kain lampin kemudian dibalut dengan tudung dan kain batik serta dibungkus dengan plastik. Mayatnya dibuang dalam tong sampah sebelum dibawa ke tapak berkenaan.

Note: Cerita lanjut dalam Sinar Harian esok.

Ahad, 8 Ogos 2010

Awang Selamat: Apa Jasa Pas?

AWANG hairan apabila Pas berterusan mendakwa UMNO tidak Islam atau kurang Islam setiap kali memperkatakan soal Islam. Padahal UMNOlah parti paling berjasa kepada perkembangan syiar Islam di negara ini.

UMNO jugalah yang paling ke hadapan dalam mempertahankan kesucian Islam. Terbaru dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh agama lain. UMNO turut menjadi parti Islam di negara ini membina paling banyak masjid, sekolah agama, universiti termasuk universiti Islam, memperkenalkan Tabung Haji dan pelbagai instrumen Islam dalam sistem perbankan dan insurans.

Peranan aktif Malaysia dalam dunia Islam yang diperakukan oleh masyarakat antarabangsa, juga adalah atas dasar UMNO. Kesederhanaan pendekatan UMNO membolehkan ramai bukan Islam di negara ini memeluk Islam terutama ketika era kepimpinan Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Rekod pencapaian itu belum mampu ditandingi Pas yang lebih banyak retorik. Bahkan UMNO terlebih dahulu merintis kerjasama dengan parti-parti kaum dan agama lain berdekad-dekad lebih awal berbanding Pas yang baru setahun jagung.

Ramai masih ingat betapa pemimpin Pas ghairah melabel bukan Islam sebagai kafir. UMNO yang berbaik-baik dengan parti bukan Islam ditentang serta dituduh kafir. Bukan setakat itu sahaja, UMNO konsisten memerangi ekstremisme agama dan menjadi pelindung terbaik kepada penganut agama lain.

Dasar UMNO juga membolehkan kaum minoriti di peringkat awal kemerdekaan berkongsi kuasa. Kaum minoriti juga boleh menguasai ekonomi, adalah atas kemurahan hati kepimpinan Melayu di bawah UMNO.

Selain itu, Malaysia dijadikan model negara Islam termasuk oleh negara rantau Arab adalah kerana pengurusan yang cemerlang. Sebab itu, Awang hairan apabila ramai pemimpin Pas menolak idea permuafakatan dengan UMNO kononnya kerana parti itu kurang Islam dan meletakkan banyak syarat.

Anehnya Pas tidak menetapkan sebarang batasan kepada DAP dalam kerjasama mereka, malah asyik tunduk kepada parti tersebut yang secara terbuka menentang gagasan negara Islam. Pada Awang, Pas menjadi parti paling dayus meskipun menggunakan nama Islam. Paling menjijikkan apabila ada pemimpin angkuh seperti Mahfuz Omar yang suka menghina orang Islam lain. Pedulikan golongan seperti itu, yang suatu hari akan menangis keinsafan kerana merekalah sebenarnya yang mengkhianati perjuangan Islam.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, mana-mana golongan yang menolak dan menyulitkan usaha ke arah perpaduan, akan menerima pembalasan. Rasulullah sendiri adalah pejuang perpaduan yang tidak meletakkan syarat dan batasan dalam usaha murninya. Meskipun baginda mendokong permuafakatan dengan penganut agama lain, namun teras kepimpinan baginda adalah mendahulukan perpaduan sesama umat Islam. - MINGGUAN MALAYSIA

Sabtu, 7 Ogos 2010

Kemuliaan Ramadan/Puasa

PUASA
(Petikan dari Kitab Tuntutan Ibadah: Perukunan Ibadah Sepanjang Zaman oleh As-Shaikh Ali b. Abdullah)

Ertinya:
Menahan diri dari makan dan minum atau apa-apa jua yang boleh membatalkan puasa sepanjang hari mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari dalam sebulan bulan Ramadan.

Perintah wajib puasa turun pada bulan Syaban Tahun 2 Hijrah.

Dalil Perintah wajib puasa: Surah Al-Baqarah Ayat 183:
Bermaksud: Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atasmu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa

Wajib Puasa:
1. Islam
2. Mukalaf
3. Berkuasa/Mampu untuk berpuasa, tidak uzur
4. Telah melihat anak bulan Ramadan atau mensabitkan bulan Ramadan dengan menggenapkan bulan Syaban 30 hari.

Sah Puasa:
1. Beragama Islam sahaja, lelaki, perempuan dan kanak-kanak yang telah mumaiyyiz.
2. Suci dari haid dan nifas.
3. Sempurna akal fikirannya sepanjang hari itu.
4. Bukan pada hari yang tidak sah puasa iaitu Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan Hari Syak (30hb Syaban).

Rukun Puasa:
1. Niat, di waktu malam mulai selepas Maghrib sampai sebelum terbit fajar.
2. Meninggalkan semua perkara-perkara yang membatalkan puasa sejak terbitnya fajar sampai terbenamnya matahari.

Membatalkan Puasa, sekiranya:
1. Memasukkan benda/sesuatu ke dalam jauh rongga seperti mulut, hidung, telinga atau
lubang-lubang kemaluan dengan sengaja.
2. Muntah dengan sengaja.
3. Mengeluarkan mani dengan sengaja.
4. Haid atau nifas.
5. Bersetubuh di siang hari (selain membatalkan puasa ia juga ada hukum tersendiri iaitu diwajibkan membayar kifarah).
6. Murtad (keluar dari Islam).
7. Gila (hilang akal).

Pantang-larang puasa:
Iaitu perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa, maknanya berpuasa tidak mendapat apa-apa pahala kecuali lapar dan dahaga (puasa yang sia-sia).
1. Berdusta, berbohong.
2. Mengumpat, mengata orang.
3. Membuat sesuatu yang boleh mendatangkan permusuhan.
4. Melihat benda-benda yang mendatangkan keinginan.
5. Marah.

Rasulullah SAW bersabda:
Bermaksud: "Barangsiapa yang tidak meninggalkan cakap dusta (batil) dan perbuatannya, maka Allah tidak berhajat padanya dalam meninggalkan makan minumnya".
- (Hadis Riwayat Muslim)


Bermaksud: "Bukan dinamakan puasa bila hanya sekadar menahan makan dan minum, tetapi puasa yang sungguh-sungguh itu adalah menahan diri dari percakapan yang tidak ada gunanya dan kata-kata yang keji". - (Hadis menurut Sahih Muslim)

Sunat-sunat Puasa:
1. Menyegerakan berbuka puasa apabila telah yakin waktu berbuka.

Rasulullah SAW bersabda:
Bermaksud: "Allah berfiman: Hambaku yang lebih Aku cintai adalah mereka yang menyegerakan berbuka".

2. Makan sahur walaupun sedikit.
Rasulullah SAW bersabda:
Bermaksud: "Makan sahur itu berkat, oleh kerana itu jangan kamu tinggalkan, walau hanya sekadar meneguk seteguk air, kerana Allah merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat mendoakannya".

3. Melambatkan makan sahur iaitu lepas daripada tengah malam dan sebelum waktu imsak.
4. Berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis.
5. Memperbanyakkan membaca Al-Quran.
6. Memperbanyakkan sedekah.
7. Beriktikaf siang hari dalam masjid.
8. Menghadiri majlis-majlis ilmu.
9. Menyediakan makanan untuk berbuka untuk orang-orang berpuasa.
10. Jangan bersugi setelah tergelincir matahari ke arah barat sehingga terbenamnya
matahari kerana boleh memakruhkan puasa.

Golongan Yang Harus (Dibenarkan) Berbuka Puasa:
1. Orang yang di dalam (perjalanan - musafir), tetapi wajib di qada'.
2. Orang sakit, wajib di qada'.
3. Ibu yang menyusukan anak, jika takut mudarat bagi dirinya, maka wajib qada' dan jika takut mudharat bagi anaknya maka wajib qada' dan fidyah.

Bacaan Niat Puasa:
1. Lafaz niat puasa Fardu Ramadan
"Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardu Ramadhan tahun ini kerana Allah
Taala".

Bacaan Hendak Berbuka Puasa:
"Ya Tuhanku, keranaMu jua aku berpuasa, dan denganMu aku beriman dan di atas rezekiMu aku berbuka dengan belas kasihMu Ya Allah Ya Amat Mengasihi".

SOLAT TARAWIH
1.Hukum solat Tarawih:
a. Hukumnya sunat muakkad (yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjamaah.

b. Sunat dikerjakan di masjid, surau dan lain-lain tempat solat orang-orang Islam.

2. Waktu solat Tarawih:
Waktu solat Tarawih ini ialah selepas menunaikan solat Fardu Isyak.

3. Rakaat solat Tarawih:
a. Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan solat Tarawih ini sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja.
b. Pada zaman Rasulullah SAW solat Tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat saja supaya
tidak menimbulkan sesuatu keberatan.
c. Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab pula beliau menambah lagi menjadikan 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak
keberatan lagi menunaikan solat sebanyak itu.
d. solat Tarawih hendaklah ditunaikan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali
takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang
dikehendaki.

4. Lafaz niat solat Tarawih:
Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala

5.Rukun solat Tarawih
Rukun solat sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun solat yang lain juga.

SOLAT WITIR
1. Solat Sunat Witir
a. Menurut kebiasaan umum orang-orang Islam di Malaysia menunaikan solat Witir selepas sunat Tarawih ini sebanyak 3 rakaat sahaja. Sunat Witir ini ditunaikan
secara berjamaah.
b. Salam selepas dua rakaat yang pertama.
c. Lafaz niat solat sunat Witir

i. Bagi dua rakaat yang pertama:
Bermaksud: Sahaja aku solat Witir dua rakaat makmum kerana Allah Taala.

ii. Bagi rakaat yang akhir:
Bermaksud: Sahaja aku solat Witr satu rakaat makmum kerana Allah Ta'ala.

d. Pada malam 16 hingga akhir Ramadan adalah sunat dibaca [doa] Qunut pada rakaat yang akhir. Lafaz Qunut di sini sama juga dengan lafaz Qunut solat Subuh. Dan jika tidak membaca Qunut ini adalah disunatkan Sujud Sahwi.

Kelebihan Ramadan
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah SAW bersabda: Apabila tiba
bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta
syaitan-syaitan dibelenggu

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan
keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu

Kelebihan berpuasa
Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya di dalam Syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk
bersama mereka seorangpun selain mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah
orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut.
Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup
kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah SAWbersabda: Setiap
hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka
sejauh perjalanan tujuh puluh tahun Akhlaq sewaktu berpuasa

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah bercakap tentang
perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh
seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa,
sesungguhnya hari ini aku berpuasa

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang
tidak meninggalkan percakapan bohong dan perbuatan tidak baik, Allah tidak
inginkan tindakannya menahan diri dari makan dan minum (yakni Allah tidak
menerima puasanya).

Kelebihan bersahur
Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah kamu bersahur kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya

Kelebihan menyegerakan berbuka
Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah SAW telah bersabda: Seseorang itu sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka selalu menyegerakan berbuka puasa

Kelebihan Sembahyang Tarawih dalam bulan Ramadan
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah SAW mengenai Ramadan: Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.

Kelebihan Lailatulqadar dan galakan untuk mencarinya
Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah SAW bersabda: Carilah Lailatulqadar pada sepuluh hari yang terakir di bulan Ramadan.

Ganjaran untuk amalan yang dilakukan pada malam Lailatulqadar
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa
yang mendirikan sembahyang pada malam Lailatulqadar dengan penuh keimanan dan
mengharapkan keredhaan Allah, maka akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya
sebelum itu.

Beri'tikaf pada sepuluh hari terakhir Ramadan
Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah SAW biasanya beriktikaf pada sepuluh hari yang terakhir dalam bulan Ramadan.

Menambahkan amal ibadah pada sepuluh hari terakhir Ramadan
Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah SAW bermujahadah pada
sepuluh hari yang terakhir bulan Ramadan tidak seperti bulan-bulan lain

Makan dan minum kerana terlupa tidak membatalkan puasa
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang
terlupa sedangkan dia berpuasa, lalu dia makan atau minum, hendaklah dia terus
menyempurnakan puasanya kerana dia telah diberi makan dan minum oleh Allah.

Tidak Batal Puasa Orang Yang Bangkit Dari Tidur Di Waktu Pagi Dalam Keadaan Berjunub
Diriwayatkan daripada Aisyah dan Ummu Salamah r.a, kedua-duanya berkata: Nabi SAW bangkit dari tidur dalam keadaan berjunub bukan dari mimpi kemudian meneruskan puasa

Janganlah berpuasa sehari dua sebelum Ramadan
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah SAW telah bersabda: Janganlah kamu berpuasa sehari atau dua hari sebelum tiba bulan Ramadan melainkan orang yang biasa berpuasa dengan puasa yang tertentu maka bolehlah dia berpuasa.

KELEBIHAN SOLAT SUNAT TARAWIH
Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah SAW sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi SAW mengenai fadilat (kelebihan) solat sunat tarawih pada bulan Ramadan:

Malam 1: keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2: diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3: berseru Malaikat di bawah 'Arash supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4: memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan AL-Quran.

Malam 5: Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam,
Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6: - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah
mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.

Malam 7: Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir'aun dan Hamman.

Malam 8: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah
dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim 'Alaihissalam.

Malam 9: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad SAW.

Malam 10: Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11: Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

Malam 12: Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13: Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14: Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15: Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16: Allah SWT tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17: Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18: Seru Malaikat: Hai Hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu bapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19: Allah SWT tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20: Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21: Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada Nur.

Malam 22: Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru hara di Padang Mahsyar).

Malam 23: Allah SWT binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada Nur.

Malam 24: Allah bukakan peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25: Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam 26: Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27: Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratulmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28: Allah SWT kurniakan kepadanya 1000 darjat di akhirat.

Malam 29: Allah SWT kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30: Allah SWT beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:

"Hai hambaKu: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad SAW yang bernama 'Al-Kauthar'".

Khamis, 5 Ogos 2010

Memang Pemuda UMNO lembab pun

Saman ekor: PAS dakwa Pemuda Umno lembab
Jimadie Shah Othman (05.08.2010)

Betul dan tepat sebagaimana kata Mahfuz Omar yang Pemuda Umno ni sebuah pergerakan yang lembab. Kalau ditanyakan kepada saya, akan saya katakan Pemuda Umno ni tembam.

Pada saya, Pemuda Umno ni bukan saja lembab, malah di Pasir Mas, bekas ketuanya seorang kaki tipu.

Ikuti kenyataan Mahfuz dalam portal Malaysiakini:-

Walaupun berkongsi pendirian yang sama, Pas tidak akan mengajak Pemuda Umno turut sama dalam kempen anti saman ekor.

Naib Ppresiden Pas, Datuk Mahfuz Omar sebaliknya menempelak pergerakan itu sebagai lembab.

"Pemuda Umno ini lembab. Amat malang, orang sudah lama bincang dia baru bersuara," katanya.

Mahfuz yang juga Pengerusi Kempen Anti Saman Ekor (KASE) berkata, pihaknya tidak perlu mengajak Pemuda Umno turut serta dalam kempennya itu.

"Tak apalah. Biarlah dia (Pemuda Umno)," katanya dalam sidang media di Kementerian Pengangkutan di Putrajaya.

Semalam, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, amalan saman ekor tidak adil dan patut dimansuhkan kerana mengandaikan seseorang itu bersalah tanpa diberikan peluang membela diri.

Khairy mengeluarkan kenyataan itu selepas mengadakan pertemuan dengan 14 pengusaha bas dan teksi di PWTC.

Sebelum itu, Pas lebih awal mengumumkan kempen anti-saman ekor, antaranya mendesak pelbagai pihak memansuhkannya dan menghentikan amalan menyenaraihitamkan pengguna kenderaan.

Tindakan kerajaan itu dianggap Pas sebagai tidak berperlembagaan dan menafikan hak pengguna daripada menggunakan kenderaan sebagai harta persendirian.

Rabu, 4 Ogos 2010

Ter atau tembak















Apa sebenarnya berlaku kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang, Selangor, Datuk Abdul Aziz Mohd Noh, 64, dan Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjung Karang, Siti Rohana Ismat, 43, yang ditemui mati dengan kesan tembakan dalam kereta yang terbabas dekat Sungai Buloh di Lebuhraya Utara-Selatan tidak jauh dari Kuala Lumpur pagi Selasa lalu?