Ahad, 2 Januari 2011

Dr Mashitah menulis

Warga buta dan nikmat baca Quran Braille
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Timbalan Menteri
di Jabatan Perdana Menteri


Asas Islam ialah ilmu. Ilmu mendasari peradaban Islam selama ribuan tahun. Perkataan pertama dalam al-Quran ialah Iqra yang bermaksud Bacalah. Tetapi Rasulullah SAW adalah seorang ummi, jadi bagaimana beliau boleh membaca dan mempelajari al-Quran.

Malaikat Jibrail a.s membaca al-Quran didengari dan dihayati Rasulullah. Kemudian Rasulullah mengulangi sehingga betul bacaannya (Surah al-Qiyamah16-19). Pun begitu, setiap Ramadan selepas menerima wahyu daripada Allah SWT, Rasulullah menguji bacaannya dengan Jibrail. Pada tahun akhir sebelum kewafatannya, baginda sempat menguji bacaannya dua kali.

Kaedah bacaan secara hafalan ini kemudian diajar kepada sahabat, tabi’in dan sebagainya. Kaedah yang sama juga diamalkan oleh mereka yang cacat penglihatan (talaqqi bi al-mushafahah) dan ternyata teknik tersebut berkesan. Orang buta mempelajari al-Quran dengan cara mendengar dan menghafal.

Walaupun dunia pemandangan mereka gelap, tetapi Allah SWT memberi kecerahan hati kepada mereka. Bahkan, ramai orang buta mempunyai keupayaan menghafal dan membaca al-Quran lebih baik daripada orang yang celik.

Antara sahabat Rasulullah yang buta ialah Abdullah ibn Umm al-Maktum r.a. Beliau seorang hafiz yang hebat. Selain Abdullah, Abu al-Qasim al-Shatibi yang cacat penglihatan juga digelar tokoh qari dan hafiz terkenal dalam sejarah Islam.

Lahir di Andalusia pada 590H (1193), al-Shatibi yang turut mengajar Quran di Mesir, memiliki tahap ingatan yang tinggi dan menguasai pelbagai teknik menghafal al-Quran. Sebagai penghafaz al-Quran yang ulung, beliau juga telah menghasilkan banyak karya Qiraat seperti Hirz al-Amani (Matn al-Shatibah), Nazimat al-Zuhri (Fawasil al-Quran), ‘Aqilah Atrab al-Qasa’id fi Asna al-Maqasid (Rasm al-Quran) dan sebagainya.

Al-Shatibi pernah berkata, bahawa tiada pengajaran kepada orang buta melainkan al-Quran. Sesungguhnya untuk menghayati, membaca dan mengkaji al-Quran memerlukan tahap hafalan, kesungguhan dan kesabaran yang tinggi serta mengambil masa yang lama.
Inovasi al-Quran braille.

Penciptaan sistem menggunakan kod titik-titik timbul yang boleh dibaca secara sentuhan atau braille telah mengubah keadaan ini, khususnya bagi orang buta. Sistem Braille boleh digunakan dalam pelbagai bahasa termasuk Arab.

Justeru, apabila al-Quran telah dicetak menggunakan sistem braille, maka telah membolehkan orang buta “membaca” sendiri kitab suci tersebut secara sentuhan sekaligus mempercepatkan proses hafalan.

Ramai mengetahui braille dicipta di Perancis oleh Louis Braille pada tahun 1821. Tetapi sistem yang sama sebenarnya dicipta 600 terdahulu oleh seorang intelek Muslim dari Syria, Zain Din al-Amidi, yang bertugas sebagai profesor di Universiti Moustansiryeh di negara yang kini dikenali sebagai Iraq.

Al-Quran braille pertama di dunia dihasilkan di Jordan sekitar tahun 1952, diikuti Mesir (awal 1960an), Tunisia dan Indonesia (1970an), Arab Saudi, Pakistan, Morocco, Qatar, Uzbekistan, Nigeria, UAE (1980an dan 1990an), dan daripada negara-negara ini dihantar pula ke Amerika Syarikat (misalnya Pusat Islam Amerika di Dearborn, Michigan dan Baitulmal Texas), Britain dan sebagainya.

Pada tahun 1982, kerajaan Arab Saudi menjadi negara Timur Tengah pertama dan yang ke-3 di dunia menggunakan komputer yang dicipta khas untuk menghasilkan al-Quran braille. Fatwa Abdul Aziz bin Baz pada tahun 1985 membenarkan percetakan kitab suci al-Quran menggunakan Braille dan pada tahun sama, naskhah pertama di Arab Saudi dicetak.

Setiap tahun, ribuan naskhah dihasilkan Arab Saudi dan diedarkan ke seluruh dunia. Sementara itu, sejak tahun 2004, manfaat al-Quran braille semakin meluas apabila pihak Masjidil Haram di Mekah dan Masjidil Nabawi di Madinah menyediakan naskah tersebut untuk kemudahan para jemaah dan pengunjungnya.

Percetakan al-Quran Braille di Indonesia pula dilakukan oleh Raudhatul Makfufin, sebuah yayasan yang juga pengendali sekolah untuk orang buta. Ia mampu menghasilkan 90 naskhah sebulan, yakni bilangan yang sangat kecil memandangkan terdapat 2.5 juta orang buta di negara Islam terbesar di dunia itu. Lagipun, orang buta di republik itu rata-ratanya miskin dan tidak mampu memiliki al-Quran braille yang dijual pada harga kira-kira RM450 senaskhah.

Di Malaysia, dianggarkan terdapat kira-kira 65,000 orang buta walaupun hanya sepertiga sahaja yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Walaupun harga al-Quran braille di Malaysia lebih murah daripada di Indonesia, namun ia masih sukar diperolehi.

Ini kerana satu-satunya pencetak al-Quran braille tempatan ialah Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis), sebuah NGO kecil yang menghadapi kekangan dana dan kakitangan.

Ditubuhkan 30 tahun lalu, Pertis menjalankan kajian selama 15 tahun sebelum memperoleh pengiktirafan dan kelulusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mencetak al-Quran braille. Peranan yang dimainkan NGO ini perlu dihargai.
Mengambil iktibar dan sebagai kelangsungan usaha yang dibuat sejak naskhah pertama dibawa masuk dari Jordan pada tahun 1952, Pertis kini menghasilkan dua naskhah al-Quran braille setiap hari.

Pada peringkat awal, cetakan hanya boleh dibuat pada sebelah kertas sahaja. Oleh kerana ia membabitkan tebukan titik-titik timbul, maka kertas yang digunakan perlu lebih tebal. Bagi senaskhah kitab al-Quran braille, 1,666 helai kertas diperlukan. Dilengkapi dengan 30 jilid mewakili setiap juzuk, ia mengambil masa seminggu untuk disiapkan!

Hari ini, dengan sedikit kecanggihan teknologi, kertas boleh dicetak pada kedua-dua belah, justeru kesemua 30 juzuk boleh dihasilkan dalam 6 jilid sahaja. Sejak 2006, kira-kira 1,000 naskhah telah dicetak dan diagihkan, bukan sahaja di seluruh negara, tetapi juga ke Singapore, Indonesia dan Thailand.

Modal masih jadi faktor utama kepada Pertis. Memandangkan adanya permintaan yang agak besar kepada al-Quran Braille, pihak Jabatan Perdana Menteri (JPM) menzahirkan sokongan kepada Pertis melalui Majlis Kasih Sejuta Harapan, yang dirasmikan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor di Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) pada 17 Disember.

Pembiayaan diberikan kepada Pertis untuk mencetak lebih banyak al-Quran braille untuk diagihkan kepada lebih ramai orang buta di negara ini. Sejak tahun 2006, ia juga telah diedar ke sekolah-sekolah khas di seluruh negara.

Melalui program JPM ini nanti, kita yakin lebih ramai Muslimin daripada kalangan warga cacat penglihatan yang akan dapat merasa nikmat dapat “membaca” sendiri kitab suci al-Quran, waima melalui sentuhan.

Pertis kini memenuhi permintaan kira-kira 250 naskhah setahun, namun dengan pembiayaan yang bertambah, maka lebih banyak al-Quran Braille yang dapat dicetak dan diagihkan setiap tahun. Ini tentunya bermakna proses pengajaran dan pembelajaran al-Quran Braille akan bertambah giat.

Alhamdulillah, melalui program Kasih Sejuta Harapan, kita lebih dekat ke arah mencapai matlamat 1Orang Buta, 1Quran Braille.

Dr Mashitah menulis

TERSENTAK DI PAGI RAYA
Dr Mashitah Ibrahim
Timbalan Menteri
di Jabatan Perdana Menteri


Pada hari kita menyambut Hari Raya Korban Rabu lalu, terpampang lagi gambar mayat bayi terkorban di dada akhbar. Robek hati bagai disiat, tersekat nafas rasa terkilan, saya tertitis air mata kesedihan di pagi Aidiladha.

Walaupun banyak perbincangan, langkah dan kempen dibuat kepada remaja, gejala ini terus berlaku. Adakah ini cerminan usaha kerajaan, agensi, NGO dan media tidak berjaya dan sia-sia? Atau kita belum menjumpai kaedah berkesan menangani penyakit serius ini.

Pembuangan atau pembunuhan bayi bukan unik kepada negara kita. Ia berlaku di banyak tempat lain, dahulu dan sekarang. Pada zaman Arab jahiliyah, berlaku berleluasa ke atas bayi perempuan (Surah An-Nahl ayat 58-59). Di India, bayi dibunuh kerana masalah kemiskinan. Untuk satu ketika, pembunuhan bayi adalah kebiasaan di China kerana dasar satu keluarga, satu anak.

Di Malaysia bukan kerana kemiskinan, dasar kerajaan atau amalan budaya. Kebanyakan kerana remaja itu buntu fikiran, tidak tahu apa hendak dibuat atau kepada siapa masalah hendak diajukan. Pasangan mereka pula tidak mahu bertanggungjawab. Dalam keadaan panik berseorangan, yang terlintas hanya buang bayi yang dilahirkan.

Bagi yang mampu, mungkin ke klinik swasta atau mencari bidan kampung menggugurkan kandungan. Bagi yang tidak, alternatifnya ialah buang dalam longkang, sungai, tempat pelupusan sampah atau letak di tepi jalan, depan masjid atau rumah orang. Paling ngeri membunuh, melemaskan dan melupuskannya dalam mangkuk tandas atau membakar.

Dalam Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2007, laporan kajian di Lembah Kelang, seorang bayi dibuang setiap 10 hari. Pada 2007, Dewan Negara dimaklumkan 304 bayi dibuang antara 2004 dan 2006. Menurut Jabatan Polis, 472 kes dilaporkan sejak 2005 hingga Ogos 2010 dengan 214 hidup, 258 sudah terkorban. Data Jabatan Pendaftaran Negara pula menunjukkan bilangan bayi didaftarkan lahir tanpa nama bapa antara 2000 dan 2008 ialah 257,000, manakala 2009 sekitar 74,000.

Satu kajian pernah dijalankan penyelidik UKM mendapati bilangan remaja bawah 20 tahun yang mengandung pada 2004 sekitar 1 juta. Ini sungguh mengejutkan. Pasti bukan semua mengandung hasil perkahwinan sah. Justeru, kita boleh bayang berapa ramai bayi lahir hasil hubungan seks pra-perkahwinan dan tentunya sekian ramai diserahkan kepada orang lain sebagai anak angkat atau dibuang.

Pendekatan baru:
Janganlah mereka yang sedang menghadapi masalah diberatkan lagi dengan kemungkinan menghadapi hukuman, sebaliknya perlu digalak supaya membuatkan keputusan lebih berperikemanusiaan iaitu menyerahkan bayi kepada pihak yang sedia menerima. Satu keputusan bijak bermakna satu nyawa terselamat.

Kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bahawa semua 104 Pejabat Kebajikan Masyarakat dan 60 pusat perlindungan seluruh negara bersedia menerima bayi terbuang tanpa apa-apa tindakan diambil ke atas ibu sangat dialu-alukan. Seksyen 17 Akta Kanak-Kanak 2001 memperuntukkan supaya anak yang dibuang dilindungi dan dijaga.

Di bawah akta sama, pegawai dan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) boleh bertindak sebagai pelindung, memberi bantuan kepada sesiapa yang mengandung dan hendak melahirkan anak luar nikah bagi mengelak bayi dibuang. Kemudahan untuk orang awam melaporkan kes ke talian Nur 24 jam juga membantu mengurangkan insiden itu.

Saya memuji pendirian pihak yang lebih menekankan aspek kemanusiaan dalam menangani gejala ini. Mereka mengajak masyarakat agar lebih penyayang, tidak mudah menghukum malah membuka pintu taubat kepada perempuan berzina. Mungkin ada pihak tidak bersetuju, beranggapan pendekatan ini akan menggalakkan gejala berleluasa.

Tindakan bersepadu:
Setakat ini, pendekatan diambil pihak berkuasa bersifat piecemeal. Banyak pihak lepas tangan. Tukang komen memang ramai setiap kali kes ini dipaparkan di media, tetapi tidak banyak sanggup meluangkan masa, tenaga atau menyediakan peruntukan bagi membendungnya.

Masalah buang bayi perlu dilihat, ditangani secara menyeluruh dan holistik sepertimana dadah atau AIDS. Saya percaya ia bermula dari rumah. Sebagai ibu bapa, kita mesti berusaha membentuk keluarga madani, berkasih sayang, beramanah dan bertanggungjawab bagi membentuk individu anak beriman, berakhlak baik dan sentiasa menjaga pergaulan (Surah An-Nur ayat 30-31).

Tumpuan dan usaha juga perlu berterusan, meluas dan membabitkan semua pemegangtarah seperti keluarga, PIBG, guru, golongan agama, agensi dan pegawai kerajaan, tokoh akademik, penyelidik, penggubal undang-undang dan polis. Persatuan belia, NGO, Puteri UMNO dan penuntut universiti melalui program khidmat masyarakat (Opkim) atau Bakti Siswa (Baksis) boleh membantu menanganinya.

Institusi agama perlu disegarkan semula, reformasi pendidikan dipertangkaskan, NGO, media dan bloggers juga perlu diperhebat. Saya menyokong cadangan menubuhkan sebuah Pasukan Bertindak atau Yayasan Perlindungan Ibu dan Bayi. Saya rasa Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat atau BAKTI adalah antara entiti yang boleh memulakan inisiatif ini dengan menggembleng pakar dan tokoh dalam bidang berkaitan.

Yayasan pula mempunyai ruang mengumpul dana diperlukan untuk aktiviti berkaitan termasuk kempen meningkatkan kefahaman dan kesedaran masyarakat berhubung gejala ini. Saya rasa banyak syarikat besar termasuk GLC dapat menghulurkan bantuan bagi menunaikan tanggungjawab sosial korporat mereka.

Yayasan ini boleh diterajui isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor atau individu berwibawa yang mampu menarik kepakaran tokoh agama, undang-undang, kesihatan, akademik, penyelidik tempatan dan luar negara untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam usaha mencari kaedah dan cara terbaik membendungnya. Ia juga memberi input kepada kerajaan, Ahli Parlimen, penggubal undang-undang, hospital dan polis andainya peraturan tertentu perlu digubal dan dikuatkuasakan serta penting untuk membaiki Akta Kanak-Kanak 2001.

Di Amerika Syarikat, ada undang-undang yang memberi perlindungan khusus kepada ibu dan bayi. Misalnya Abandoned Newborn Infant Protection Act (Illinois), Safely Surrendered Baby Law dan Safe Haven for Abandoned Babies Act (California). Undang-undang ini, antara lain membolehkan ibu yang tidak boleh menjaga bayinya menyerahkan kepada hospital, klinik atau pusat ditauliahkan. Identiti ibu dirahsiakan dan tiada tindakan diambil dalam tempoh 72 jam kelahiran. Bayi itu akan dijaga dengan baik di pusat berkenaan.

Jika ibu ubah fikiran, dia boleh datang semula mengambil bayinya tanpa sekatan. Tetapi ini mesti dilakukan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh bayi diserahkan. Selepas tempoh ‘cooling off’ dua minggu, jika ibu tidak menuntut semula, bayi itu akan diberi kepada orang lain sebagai anak angkat.

Apakah signifikan peruntukan seperti ini? Di mana undang-undang dan kemudahan sebegini dilaksanakan, statistik menunjukkan bilangan kes buang bayi dan kematian bayi telah menurun.

Satu cabaran besar di Malaysia ialah sifat masyarakat kita yang pelbagai budaya dan agama. Langkah atau kaedah sesuai kepada bukan Islam mungkin tidak boleh diterima masyarakat Islam dan sebaliknya. Justeru Baby Hatch di Petaling Jaya dan Sekolah Harapan di Melaka masing-masing dipuji dan dicaci.

Yang nyata, usaha baik mesti disokong. NGO dan badan sukarela yang banyak memainkan peranan perlu lebih diperkasakan. NGO ini perlu dibantu dengan dana lebih besar dan kemudahan lain seperti latihan/kursus profesional agar boleh melaksanakan tanggungjawab berkesan. Kerajaan tidak boleh mengatasi gejala ini sendirian. Berdasarkan pengalaman, remaja yang mengandung lebih senang dan selesa tinggal di rumah perlindungan diuruskan NGO untuk melahirkan anak berbanding hospital atau klinik.

NGO juga perlu mantapkan jaringan sesama sendiri. Lebih berkesan jika pengalaman, pengetahuan, kepakaran, kemudahan dan sumber dapat dikongsi. Ini kerana, fungsi dan matlamat semua NGO adalah sama iaitu berorientasikan kebajikan untuk golongan memerlukan bantuan.

Selasa, 28 Disember 2010

Uthman El-Muhammady jawab kejahilan Anwar

12 kesesatan Anwar Ibrahim yang diperjelaskan oleh Dr Muhammad Uthman El-Muhammady

1. Persoalan Eksklusif Agama (Religious Exclusivism) – hanya satu agama sahaja yang benar, manakala agama lain adalah salah.
ANWAR IBRAHIM: Golongan-golongan agama tertentu yang menganggap hanya satu ajaran asasi tertentu (fundamental doctrines) sahaja yang membawa ke jalan keselamatan/syurga (salvation) adalah pandangan yang silap dan tertutup. Agama-agama lain juga benar. Maka Pluralisme Agama adalah jalan penyelesaian terbaik untuk mengelakkan perpecahan tersebut.

UTHMAN EL-MUHAMMADY: Pluralisme yang mengajar penganutnya mengenai tidak ada kebenaran mutlak dan tidak ada ajaran asasi yang menjamin keselamatan/kebahagiaan/syurga tidak boleh diterima, malah ditolak dalam agama Islam. Sekiranya diterima anjuran Pluralisme itu, maka tiada ertinya firman-firman Allah dalam al-Quran yang menyebut bahawa ia datang membawa al-haq (kebenaran) dan dengan itu kebatilan akan hilang.

2. Persoalan pendapat Ahli Sufi Jelaluddin al-Rumi
ANWAR IBRAHIM: Pluralisme Agama dianjurkan sejak dari abad ke-13 lagi. Buktinya kata-kata oleh penyair sufi, Jelaluddin al-Rumi yang menyebut: "Lampu-lampunya berlainan, tetapi Cahaya itu sama, ia datang dari seberang sana; kalau anda terus menerus melihat pada lampu, kamu tersesat; kerana dari sana timbul rupa lahir pada bilangan dan kemajmukan” (The lamps are different but the Light is the same, it comes from Beyond; If thou keep looking at the lamp, thou art lost; for thence arises the appearance of number and plurality).

UTHMAN EL-MUHAMMADY: Pandangan ini tidak benar kerana Jelaluddin al-Rumi adalah seorang Muslim, Sunni, bermazhab Hanafi yang bersyair dalam konteks kerangka Islam, bukan di luar konteks Islam. Bukannya antara agama Islam dengan agama-agama lain. Mengenai simbolik ‘cahaya’ dan ‘lampu’ itu perlu dilihat dari segi amalannya sebagai seorang sufi yang bersyair dalam kerangka Islam. Ia berbicara mengenai manusia yang perlu ‘menyeberangi’ sebelah sana bentuk rupa dalam syariat, menuju ke alam hakikat. Namun begitu, mesti berpegang kepada syariat, bukan meninggalkannya.

3. Persoalan konsep agama adalah universal
ANWAR IBRAHIM: Semua agama mempunyai pertanyaan yang sama iaitu dari mana datangnya manusia? Apa matlamat hidupnya? Apa yang berlaku bila ia meninggal dunia? Yang bermaksud persamaan universal (universal concepts) antara semua agama untuk mencari kebenaran, keadilan dan sifat keunggulan.

UTHMAN EL-MUHAMMADY: Konsep ini berlawanan dengan anjuran al-Quran. Kebenaran Islam adalah satu. Yang benar adalah apa yang Allah utuskan kepada Nabi dan Rasul terakhir, Nabi Muhammad SAW.

4. Persoalan pendapat Dante, penyair Kristian abad ke-14
ANWAR IBRAHIM: Dante, penyair Kristian di Itali pada abad ke-14 menganjurkan untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat bukan semata-mata dengan ‘kuasa’, tetapi juga dengan ‘akal’. Visi Dante ini sama dan boleh dihubungkan dengan visi tokoh-tokoh Islam termasuk Al-Farabi dan Ibn Rush.

UTHMAN EL-MUHAMMADY: Dante tidak menganjurkan pluralisme agama. Beliau hanya menerima agamanya (Kristian) dan menolak agama lain. Dalam epik puisi ‘The Divine Comedy’, karya Dante, beliau meletakkan Nabi Muhammad SAW dan Saidina Ali ra ke dalam neraka. Dalam ajaran Islam, setelah turunnya al-Quran, maka mansuhlah semua sistem kepercayaan lain dan ajaran al-Quran adalah universal. Dalam Islam, ‘Akal’ semata-mata bukan penentu kepada kesejahteraan, tetapi juga bergantung kepada kepercayaan ‘Wahyu’ dan ‘Syariat’. Sebab itu Al-Farabi dan Ibn Rush tidak bergantung kepada ‘Akal’, tetapi beriman kepada ‘Wahyu’ al-Quran dan Syariat Nabi Muhammad SAW.

5. Persoalan konsep kebebasan beragama VS Pluralisme Agama
ANWAR IBRAHIM: Pada hari ini wujud kebebasan beragama (freedom of religion), tetapi mengetepikan Pluralisme Agama (Religious Pluralism) yang sepatutnya kedua-duanya diperteguhkan sebagai konsep kebebasan di negara-negara yang mengamalkan demokrasi. Memihak kepada satu agama dan mengetepikan agama-agama lain adalah bertentangan dengan semangat Pluralisme Agama. Perkara ini lebih ketara di Timur Tengah dan Asia Tenggara.

UTHMAN EL-MUHAMMADY: Jika negara-negara Islam, adalah wajar kerajaannya berpihak kepada Islam dan memelihara syariat-syariatnya. Dalam Islam, kerajaan tidak boleh menganggap tidak ada kebenaran yang mutlak kerana kebenaran itu tetap ada dan negara itu mesti berpegang kepada kebenaran tersebut. Sebab itu, al-Mawardi di Baghdad pada zamannya memastikan pihak kerajaan memperbetulkan kesilapan-kesilapan orang ramai apabila berlaku penyelewengan akidah ajaran Islam. Tetapi pihak kerajaan tidak boleh menganiayai pihak yang bukan Islam, mereka tetap diberi hak untuk mengamalkan agama mereka.

6. Persoalan Firman Allah, ‘tidak ada paksaan dalam agama’
ANWAR IBRAHIM: Al-Quran sendiri menganjurkan Pluralisme Agama seperti dalam firman ‘tidak ada paksaan dalam agama’, maka mestilah perbuatan memaksakan kepercayaan seseorang ke atas orang lain bukan bersifat Islamik. Jika ayat ini ditolak, maka kenyataan al-Quran itu tidak mempunyai apa-apa erti.

UTHMAN EL-MUHAMMADY: 'Tidak ada paksaan dalam agama’ (2:256) dalam Islam bermaksud bahawa umat Islam tidak boleh memaksa bukan Islam supaya memeluk Islam. Ia terletak pada pilihannya. Tetapi apabila seseorang itu sudah Islam, maka ia tertakluk kepada undang-undang Islam termasuk berkenaan larangan murtad daripada agama Islam. Kita tidak mentafsirkan kebebasan beragama itu bermakna kebebasan untuk murtad bagi orang Islam. Maka umat Islam tidak seharusnya mengikuti falsafah lain mengenai kebebasan manusia dan agama apabila falsafah itu sendiri bercanggah dengan al-Quran. Dalam Islam ‘freedom of conscience’ (kebebasan jiwa) bukannya kebebasan ala barat, tetapi harus tunduk dengan akidah dan syarak Islam.

7. Persoalan konsep menuju kepada Yang Satu
ANWAR IBRAHIM: Guru Granth Sahib, Kitab Agama Sikh memberitahu kepada semua manusia bahawa seseorang yang mampu melihat semua jalan-jalan kerohanian (spiritual paths) akan membawa kepada Yang Satu dan akan menjadi bebas merdeka, tetapi orang yang menyatakan kepalsuan akan turun ke dalam api neraka dan terbakar di dalamnya. Orang yang berbahagia ialah orang yang disucikan dan mereka akan berterusan tenggelam dalam nikmat Kebenaran.

UTHMAN EL-MUHAMMADY: Dalam Islam konsep ‘Menuju Kepada Yang Satu’ perlu dilihat dalam konteks al-Quran. Mengenai sistem kepercayaan lain yang menyebut semua jalan membawa kepada Yang Satu, kalau Yang Satu itu membawa kepada kekaburan, itu akan mengundang masalah. Penyembahan berhala bukan Yang Satu, Penyembahan tuhan yang bukan secara tauhid juga bukan Yang Satu, begitu juga kepercayaan mengenai sesuatu kuasa ghaib yang kabur, mengatasi yang lain, juga bukan Yang Satu dalam al-Quran.

8. Persoalan semua kepercayaan agama adalah sama
ANWAR IBRAHIM: Apa juga agamanya, sama ada Islam, Kristian, Sikh, Hindu serta yang lain, saya percaya bahawa kebenaran-kebenaran yang paling tinggi (higher truths) akan mengatasi amalan-amalan semata-mata (mere practice) dan semua ibadatnya berpusat kepada kebenaran yang satu itu (singular truth): bahawa dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali.

UTHMAN EL-MUHAMMADY: Kebenaran-kebenaran yang tertinggi (higher truths) yang mengatasi amalan-amalan semata-mata (mere practice) dan semua ibadatnya berpusat kepada kebenaran yang satu itu (singular truth) juga perlu dilihat dalam konteks al-Quran. Apabila diturunnya al-Quran, maka terputuslah kebenaran agama-agama lain (‘muhaiminan ‘alaih). Menurut Islam tidak ada yang benar, melainkan ajaran al-Quran.

9. Persoalan perintah-perintah eksklusif (Exclusivist Claims)
ANWAR IBRAHIM: Hari ini, terdapat pemimpin agama-agama dunia tertentu yang terus menerus membuat Perintah-Perintah Eksklusif (exclusivist claims) mengenai mereka memiliki kebenaran yang kekal abadi berbanding dengan penerimaan perkara yang disepakati bersama (commonality) yang mampu menghubungkan semua manusia. Kalaulah kita menerima hakikat bahawa memang terdapat kepelbagaian, maka Pluralisme Agama adalah jawapannya kerana mampu menyatukan. Itulah jalannya untuk membawa keluar daripada kegelapan kepada cahaya, daripada perang kepada damai, daripada kebencian dan kejahatan kepada kasih-sayang dan kebaikan.

UTHMAN EL-MUHAMMADY: Adalah janggal sekiranya umat Islam menerima Bible dan kitab-kitab lain selain al-Quran sebagai ‘wahyu’. Teori John Hick yang mengatakan hanya Pluralisme Agama yang membawa kebahagiaan dan syurga tidak akan mempengaruhi umat Islam yang setia dengan wahyu al-Quran.

10. Persoalan konsep kebebasan
ANWAR IBRAHIM: Kaum Muslimin masih lagi berterusan berprejudis; menolak nilai kebebasan bersuara (free speech), kebebasan media (free press), demokrasi dan kebebasan hati naluri (freedom of conscience). Mereka memandang budaya Pluralisme Agama sebagai satu bentuk konspirasi teragung oleh ‘pihak lain’, terutama Kristian, untuk mengembangkan ajarannya dan menjadikan Muslimin memeluk agama Kristian. Pluralisme juga dilihat sebagai jerat untuk menyeludup masuk demokrasi ala barat melalui pintu belakang.
Tetapi sebenarnya ini adalah suatu penyelewengan apabila dilihat menurut perlaksanaan hukum Islam. Di luar daripada kepentingan polisi awam, memang tidak ada kewajipan agama untuk orang Islam mengenakan undang-undang dan nilai-nilai umat Islam ke atas seluruh masyarakat.
Dari segi ideologi, sikap beku dalam pemikiran (rigidity) masih berupa penghalang kepada kemajuan dan islah. Muslimin hendaklah membebaskan diri daripada amalan-amalan lama menggunakan klise dan menjaja-jajanya (cliche-mongering) serta mengenakan label-label kepada orang dan bergerak melewati kepentingan-kepentingan kelompok yang sempit. Penemuan semula garapan terhadap pluralisme yang asal dalam Islam sangat-sangat diperlukan.

UTHMAN EL-MUHAMMADY: Mengenai pengamatan demikian ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan. Antaranya ialah nilai-nilai kebebasan bersuara, kebebasan media dan yang sepertinya mengenai demokrasi dan kebebasan hati naluri (freedom of conscience), pada Muslimin adalah perkara-perkara yang mesti tunduk kepada orientasi Syara’: Kalau kebebasan itu tidak bertentangan dengan Syara’, maka kebebasan itu dialu-alukan, tetapi sekiranya kebebasan itu bertentangan dengan Syara’ maka ia perlu dijauhi.
Sudah tentu bagi Muslimin, Syara’ mengatasi bahan pemikiran para pemikir semata-mata. Kalau diletakkan pemikiran-pemikiran dari para pemikir mengatasi Syara’ dan ijma’, itu adalah malapetaka intelektual dan rohaniah. Pihak yang berbicara mengenai nilai kebebasan manusia sejagat perlu juga menghormati manusia beragama dalam mengamalkan agamanya, bukan hendak membatalkan amalan pihak lain dan mempromosikan haknya semata-mata. Itu pun bercanggah dengan nilai hak-hak asasi manusia.

11. Persoalan syariat Islam
ANWAR IBRAHIM: Syariat itu bukan hanya tertulis di atas batu dan ia mengalami evolusi (perubahan) secara dinamik. Demi untuk mempertahankan moderat, maka unsur utama dalam metodologi Islam mesti dipandang dalam perspektif yang menyeluruh (holistic) yang akan menjadi lebih menarik, mengikut kaedah yang bersifat universal dan kekal abadi.
Dikatakan bahawa pluralisme dalam dunia yang terbahagi-bahagi ini akan menambah lagi perpecahan kepuakan yang membawa pula kepada suara yang diulang-ulang mengenai ‘pertembungan tamadun’ yang telah dan masih meletihkan yang seperti ianya sama dengan pukulan ‘gendang purba’ itu. Bagaimanapun, sebagaimana yang dinyatakan oleh Eliot: Sejarah boleh berupa sebagai perhambaan, sejarah boleh pula berupa sebagai kebebasan.
Oleh itu, kita mesti membebaskan diri kita daripada penipuan konsep mengenai pertembungan tamadun dan menumpukan semula perhatian kita kepada pertembungan yang menggelegak (bahaya) dalam umat Islam itu sendiri. Kita boleh melihat suatu pertembungan yang lebih merbahaya dan membimbangkan yang berlaku dalam tamadun yang sama (Islam), antara yang lama dan baharu (the old and the new), yang lemah dan kuat (the weak and the strong), moderat (liberal) dan fundamentalist (the moderates and the fundamentalists), dan antara modernis dan traditionalis (the modernists and the traditionalists).
Turki dan Indonesia dengan terang sedang merintis jalan demokrasi bagi umat Islam untuk ikutan mereka. Kemasukan Turki ke dalam Kesatuan Eropah yang segera akan berlaku juga berupa suatu kenyataan yang jelas mengenai tahap demokrasi liberal dapat dicapai, walaupun, sayangnya, hambatan-hambatan yang dibentangkan di hadapannya oleh setengah negara-negara ahli itu sangat nyata memberi isyarat mengenai Islamophobia yang ada. Di Asia Tenggara, Indonesia sudah pun mencapai garis penyudah (dalam amalan demokrasinya), manakala jiran-jirannya yang Muslimin dalam negara masing-masing masih lagi terlekat dalam tahap permulaan jalannya.

UTHMAN EL-MUHAMMADY: Kita perlu melihat kenyataan ini dalam suluhan ajaran Islam mengenai ada bahagian-bahagian Syara’ yang kekal dan ada yang berubah-ubah dan bukan semuanya berubah-ubah. Akidah Ahli Sunnah tidak berubah; perincian-perincian Syara’ berkenaan dengan perkara-perkara baru yang tidak ada dalam nas secara terang-nyata dari fatwa-fatwa zaman berzaman boleh berubah. Tetapi kalau perubahan itu melibatkan seperti menghalalkan persetubuhan haram, judi, zina, menghalalkan yang haram dalam ijma’, kerana terpengaruh dengan ‘penemuan-penemuan’ para pemikir, ini tidak dibolehkan.

12. Persoalan jihad
ANWAR IBRAHIM: Hari ini jihad dilaungkan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengesahkan perbuatan-perbuatan keganasan dalam pelbagai bentuk dan rupanya, tetapi akhirnya menjadi kabur antara garis jihad dan keganasan. Mujurlah adanya pentadbiran Obama, maka kita telah melihat sesetengah perubahan berbanding polisi Bush yang mengamalkan sifat percanggahan dan memilih bulu, dalam memerangi keganasan, dengan memberi sokongan kepada para autokrat (penguasa kuku besi) di dunia Islam di satu pihaknya, dan menjadi jaguh kebebasan dan demokrasi di satu pihak lain pula. Walaupun selepas lebih setahun semenjak pentadbirannya (Obama) itu, kita masih lagi menanti untuk melihat perubahan-perubahan yang penting (substantive) dalam isi (substance) polisi luar negara Amerika dalam hubungan dengan Dunia Islam.

UTHMAN EL-MUHAMMADY: Kalau dalam suasana semasa ada pentafsiran jihad yang tersasul dalam sesetengah umat Islam (kerana faktor-faktor sejarah yang mendesak dan tidak patut diremehkan) itu tidak boleh dijadikan dalil untuk pentafsiran yang menyeluruh mewakili arus perdana umat Islam. Bagaimanapun, ini juga perlu dilihat dalam konteks pihak-pihak lepas, mahupun sekarang, memanipulasikan maklumat untuk kepentingan hegemoninya.

PEMBERITAHUAN

MAJLIS: DIJEMPUT HADIR KE MAJLIS TAHLIL ALLAHYARHAM TUN JEN (B) IBRAHIM ISMAIL.
TARIKH: 30 DISEMBER 2010
JAM: 4 PETANG (SELEPAS SOLAT ASAR)
TEMPAT: MASJID NEGARA, DI MAKAM PAHLAWAN NEGARA, IAITU PAHLAWAN MELAYU DAN AHLI ALLAHYARHAM ADALAH AHLI PERKASA YANG MEMEGANG KAD KEAHLIAN PERTAMA.

Ahad, 12 Disember 2010

Wikileaks Dan Anwar

Gempar memang gempar apabila Sydney Morning Herald memetik kandungan pendedahan Wkileaks mengenai kawat diplomatik antara perisikan Singapura dengan perisikan Australia bahawa Anwar memang terlibat dalam kegiatan sodom menyodom.

Walaupun dikatakan Anwar masuk ‘perangkap’ yang dipasang oleh musuh politiknya tetapi yang penting untuk kita tahu ialah masuk perangkap atau tidak, Anwar tetap melakukan liwat. Soal perangkap tu penulis akan bincangkan dibawah nanti.

Wikilieaks memetik kawat diplomatik antara perisikan Singapura serta Menteri Mentornya Lee Kuan Yew dengan perisikan Australia seperti berikut:-

”The Australians said that Singapore’s intelligences services and [Singaporean elder statesman] Lee Kuan Yew have told ONA in their exchanges that opposition leader Anwar ‘did indeed commit the acts for which he is currently indicted’.”

ONA adalah nama rasmi untuk perisikan luar Australia (Office of National Assessments). Selain ONA, Australia juga memiliki beberapa agensi perisikan lain seperti Defence Signals Directorate (DSD), Defence Imagery and Geospatial Organisation (DIGO), Defence Intelligence Organisation (DIO), Australian Secret Intelligence Service (ASIS) dan Australian Security Intelligence Organisation (ASIO).

Kita perlu ingat Wikileaks popular bukan kerana membuat cerita bohong seperti mana Harakah dan Suara Keadilan tapi Wikileaks popular kerana mendedahkan kawat diplomatik dan dokumen dokumen yang diklasifikasikan sebagai rahsia dan sensitif. Atas alasan itulah yang menyebabkan banyak negara mahu dan sedang mengambil tindakan ke atas Wikilieaks dan pengasasnya Julian Assange.

Kandungan yang didedahkan Wikileaks mengenai perbuatan liwat Anwar Ibrahim seperti mana yang diketahui oleh perisikan Singapura sememangnya ditunggu-tunggu kerana para balaci Anwar masih tidak mahu menerima penjelasan dalam negara mengenai kegemaran aneh pemimpin agung mereka itu.

Kalau perisikan negara luar pun dah bercakap benda sama maknanya yang kami para penyokong BN dok cakap selalu mengenai tabiat Anwar ni berada dipihak yang benar. Oleh itu berhentilah menuduh kami memfitnah Anwar.

Kita perlu ingat perisikan Singapura adalah perisikan aktif setaraf CIA dan Mossad kerana Singapura adalah antara beberapa negara didunia yang berada dalam keadaan bersiap sedia 24 jam untuk berperang. Sehubungan itu maklumat mereka adalah maklumat yang tepat dan punya wibawa.

Walaupun kita boleh pertikai soal Anwar diperangkap sebab semua bukti-bukti seperti mana didedahkan di mahkamah setakat ini membuktikan bahawa tiada siapa yang memerangkap Anwar, dia sendiri panggil Saiful datang jumpa dia, password MOKHTAR, Can I fuck U Today, makan karipap dan Are u ok semua tu, yang lebih penting untuk kita ketahui dan ambik berat ialah ANWAR MEMANG KAKI MELIWAT.

Setakat hari ini kita tidak pasti siapa di antara 2 agensi perisikan Singapura yang terlibat dalam pendedahan kawat tersebut, adakah ISD (Internal Security Department) yang khusus untuk keselamatan dalam negara ataupun agensi perisikan tenteranya SID (Security Inteligence Division), Tapi kita yakin SID kerana hal-hal berkaitan negara luar dan hubungan diplomatik memang menjadi tugas SID dibawah Kementerian Pertahanan Singapura dibanding ISD yang menumpu kepada hal keselamatan dalam negeri dan terletak dibawah Kementerian Dalam Negerinya.

Pendedahan mengenai pengetahuan Lee Kuan Yew dengan perangai songsang Anwar juga menunjukkan bahawa DAP juga tahu dan sedar mengenainya. Kita semua maklum hubungan DAP dengan PAP, kedua-duanya pun diasaskan orang yang sama – Lee Kuan Yew. Padanlah DAP tidak peduli dengan Anwar di Pulau Pinang dan dengan itu boleh berbuat sesuka hatinya termasuk menindas orang melayu dan orang india, rupanya dia pegang telur Ketua Pembangkang di Parlimen tersebut.

Silap-silap, semua maklumat yang diperolehi Lee Kuan Yew dan perisikan Singapura adalah datang dari para peguam DAP yang sedang mewakili Anwar di mahkamah, itupun boleh jadi juga. Siapa lagi yang ada first hand information pasal kes liwat Anwar kalau bukan para peguamnya.

Kalau benarlah teori ini, nasib kau la Anwar. Lepas menderhaka dengan bangsa sendiri, kau dikhianati oleh peguam yang kau percaya untuk membela kau. - http://www.mykmu.net

Jumaat, 10 Disember 2010

LABBAIKALLAH SAIFUL













Salam 2 all.

Labbaikallah hummalabbaik..labbaikala syarii kala-kalabbaik. Innalhamda, wanni'mataa, lakawalmulk, laa syariikalak. Ini wajah terbaru Tuan Haji Saiful Bukhori Azlan. Gambar beliau semasa mengerjakan haji yang baru lepas. Pergi menunaikan rukun Islam kelima sambil menemani nenek kesayangan. Wajah ketenangan dengan tanda sujud yang jelas didahi.

Teman memilih menulis perkara ini kerana teman masih ingat ada dikalangan pak jangoat dok bawak cerita Saiful dah lumpuh. Saiful dah kena sopak. Saiful dah tak boleh berjalan. Saiful badan penuh kudis buta. Saiful dah terbaring dengan mulut berbuih. Saiful dok terbaring menyebut-nyebut nama Bang Non..Bang Non. Saiful dok berjalan macam orang tak waras nak mintak ampun dengan pemimpin anugerah tuhan. Semuanya berpunca daripada tohmahan konon Saiful telah terkena laknat ALLAH akibat sumpah muhabbalah yang dibuat Saiful.

Saiful telah bersumpah menegaskan bahawa pemimpin anugerah tuhan telah meliwatnya. Sumpah dibuat di Masjid Wilayah Persekutuan. Dipancarkan oleh media dalam negara dan peringkat antarabangsa. Saiful menegaskan jika sumpahnya tidak benar maka laknat ALLAH keatas dirinya, dan keluarganya!

Maka pak jangoat semua menunggu laknat ALLAH keatas Saiful. Pelbagai cerita dongeng dibawa. Malah pemimpin anugerah tuhan sendiri pernah memberitahu bahawa Saiful ini tinggal masa saja untuk hancur dilaknat, begitu pemimpin anugerah tuhan ceritakan bagaimana golongan agamawan mengkhabarkan kapada pemimpin anugerah tuhan yang menyampaikannya pula kepada teman. Maka ramailah para pak jangoat yang dengan bodoh mengangguk dan mena'amkan patwa pemimpin anugerah tuhan itu; dan menunggulah para pak jangoat untuk laknat itu turun.

Tapi gambar-gambar yang dipaparkan disini menceritakan seribu kisah sebaliknya. Bukan sahaja tiada laknat. Sebaliknya wajah Saiful makin berseri dengan ketenangan. dan tanda sujud yang jelas. Berlatarbelakangkan Ka'bah, di Masjidil Haram. Diatas Jabbal Nur tempat turunnya wahyu menadah tangan memanjatkan doa kepada Yang Maha Esa sambil mata memandang tepat ke Baitullah. Bertawaf sambil mengiringi nenek yang sudah uzur; ditempat paling suci didunia ini. Rumah ALLAH, Baitullah. Langsung tiada tanda ia dilaknat, malah semakin mendapat keberkatan.

Dan dimana pemimpin anugerah tuhan? Dengan wajah yang semakin keruh dan kerut. Parti yang semakin hancur. Penyokong yang makin menjauhkan diri. Rakyat yang mula menyedari pembohongannya. Umat yang insaf tembelangnya. Kawan yang makin tersedar kelentongnya. Hanya golongan kafir yang makin merapati. Hanya penyokong antarabangsa termasuk dari golongan gay terus menyokong. Dan hari ini diisytihar oleh bini sendiri sebagai pemimpin anugerah tuhan. Apakah kelak nanti akan mengikut jejak Fir'aun, "ana robbukumul a'laa!!"? Na'uzubillah min zalik!!

Kepada Saiful, nasihat teman bersabarlah, tetapi istiqomah. Ingatlah pesan Rasulullah saw, do'a seorang yang dianiaya tiada hijabnya dengan ALLAH. Pasti ALLAH akan maqbulkan. Jangan lupa do'a itu senjata muqmin. Berdo'alah..aamantubillah summastaqeem - berimanlah kepada ALLAH, dan istiqomahlah. Kebenaran pasti akan datang jua insyallah. Mereka merancang dengan pelbagai rancangan, tetapi yakinlah ALLAH juga Maha Perancang, dan rancangan ALLAH mengatasi segalanya.

Kepada para pak jangoat, hentikanlah kerja fitnah dan tak berfaedah ini. Mengata dan mengumpat adalah perbuatan keji lagi terkutuk. Ianya termasuk golongan dilaknat ALLAH. Cukuplah para pak jangoat menghina ALLAH dengan memartabatkan manusia yang dituduh meliwat sebagai pemimpin anugerah tuhan. Cukuplah menggadaikan anak isteri untuk dagangan politik. Cukuplah menghina dan meludah bangsa sendiri. Cukuplah dengan menjual nama ALLAH Maha Esa untuk disyirikkan. Cukuplah menghalalkan hasil arak. Cukuplah semua itu. Jangan ditambah dengan dosa umpat dan fitnah. Kelak nanti kamu tidak terpikul bebannya diakhirat. Beban yang pemimpin anugerah tuhan pun tidak akan dapat menolong kamu. Bertaubatlah sebelum terlambat! - Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis / 03 Muharram 1431 / 09 Disember 2010

Khamis, 9 Disember 2010

Rakyat Malaysia dah cecah 30 juta

Jumlah penduduk Malaysia dijangka mencecah 28.9 juta orang sehingga akhir tahun ini berdasarkan kadar pertumbuhan kira-kira 2.1 peratus setiap tahun.

Jumlah penduduk tahun lalu meningkat 1.54 peratus iaitu daripada 27.7 juta pada tahun 2008 kepada 28.2 juta orang.

Orang Melayu kekal dengan kaum paling banyak iaitu 66.7 peratus diikuti Cina 24.6 peratus dan India 7.4 peratus.

Kaum lain iaitu bumiputera Sabah dan Sarawak sebanyak 1.3 peratus. Selangor kekal dengan jumlah penduduk paling ramai di negara ini iaitu 5.2 juta orang diikuti Johor 3.4 juta dan Sabah 3.2 juta tahun lalu.


Stastik
Jumlah: 28,908,795 orang
Bumiputera: 17,947,371
Melayu: 14,749,378
Bumiputera Lain: 3,197,993
Cina: 6,520,559
India: 1,969,343
Lain-Lain: 347,692
Bukan Warganegara: 2,123,830

Lelaki
Jumlah: 14,712,570
Bumiputera: 9,057,802
Melayu: 7,445,430
Bumiputera Lain: 1,612,372
Cina: 3,322,899
India: 980,641
Lain-Lain: 176,286
Bukan Warganegara: 1,174,942

Perempuan
Jumlah: 14,196,225
Bumiputera: 8,889,569
Melayu: 7,303,948
Bumiputera Lain: 1,585,621
Cina: 3,197,660
India: 988,702
Lain-Lain: 171,406
Bukan Warganegara: 948,888