Sabtu, 21 April 2012

Identiti hubungan sulit menteri dengan pelakon terbongkar

19 Apr - Laporan polis telah dibuat oleh pemandu peribadi seorang menteri, Noor Azman Azemi yang berusia 38 tahun dalam kenyataan balas terhadap dirinya yang dituduh oleh seorang pelakon, Zahida Rafik kononnya beliau membawa lari wang berjumlah RM200,00 awal bulan lepas.
Dalam laporan itu Noor Azman memberitahu, ketika itu dia berada di rumahnya di Flat PKNS Ampang dan didatangi dua lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai anggota polis bernama Hafiz dan Raj. Kenyataan telah diberikan oleh Azman mengenai status hubungan sulit antara Zahida dengan seorang menteri. Dia turut memberitahu kenyataan yang telah diberikan adalah benar kerana dia adalah antara orang kepercayaan menteri berkenaan dalam merahsiakan hubungan sulit mereka yang telah terjalin hampir tiga tahun itu. Noor Azman turut mengakui bahawa duit yang seringkali diberikan kepada Zahida, dialah orang kepercayan yang akan pergi ke bank. "Saya telah dilantik oleh Datuk untuk menjadi pembantu peribadi Zahida, saya adalah antara orang kepercayaan Datuk. Dia turut memberitahu saya agar sentiasa memantau gerak-geri Zahida selama ketiadaannya dan akan melaporkan kepada Datuk. "Datuk akan berjumpa secara rahsia dengan Zahida di beberapa hotel terkemuka di sekitar Kuala Lumpur pada setiap hujung minggu. Setiap kali selepas perjumpaan itu, Datuk akan memberikan wang sebanyak RM100,00 hingga ke RM200,000. Wang tunai itu kemudiannya akan dibawa ke bank oleh Zahida yang ditemani saya dan dimasukkan ke dalam akaun Maybank milik Zahida di Menara Perkeso, Ampang." Kenyataan laporan polis di atas telah didedahkan sendiri oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin di lobi Parlimen yang lalu. Melalui siasatan yang telah dilakukan, terdapat beberapa transaksi yang melibatkan sejumlah wang yang banyak telah dilakukan menteri itu kepada Zahida di antara Oktober 2011 hingga Januari 2012. "Pada bulan Oktober 2011 sahaja ada dua transaksi iaitu RM36,000 dan RM26,000. Maknanya pada bulan itu sebanyak RM68,000 tunai yang diambil Noor Azman untuk dimasukkan ke dalam akaun Zahida Rafik. Pada November 2011 pula sebanyak RM118,000 dan pada Disember pula sebanyak RM333,000 serta pada Januari 2012 sebanyak RM510,000. Kalau saya jumlahkan kesemuanya ia lebih kurang RM1.4 juta dalam masa empat bulan menteri itu berikan tunai kepada Zahida Rafik," katanya. Zuraida juga turut mendedahkan, Zahida memiliki sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series ,Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM2.9 juta. Sebelum itu, Zahida pernah ditanya mengenai statusnya yang dikatakan dibela oleh golongan VIP namun telah dinafikan dan memberitahu duit yang dimiliki sekarang adalah hasil daripada perniagaan yang dijalankan sejak beberapa tahun yang lepas.

Jumaat, 20 April 2012

Tok Guru Nik Aziz Nak Tanding 2 Kerusi

Sebaik selesai solat Jumaat tengah hari tadi, aku singgah sekejap di Restoran Sri Syazz. Order sepinggan maggie goreng mamak dan segelas besar air laci. Sambil tunggu makanan siap dimasak, aku buka laptop untuk check berita-berita semasa dan apa isu terbaru yang dipaparkan dalam portal berita online.

Antara portal kegemaran aku, yang tak pernah ketinggalan tiap kali tinjau meninjau isu-isu semasa dan terkini ialah detikperubahan.com, iaitu portal berita yang hanya memaparkan berita-berita dan isu semasa mengenai negeriku, Kelantan Cik Siti Wan Kembang.

Dalam beberapa berita terkini yang disiarkan, aku tertarik dengan satu berita bertajuk Nik Aziz Bertanding 2 Kerusi? Rasa nak ketawa terbahak-bahak baca berita tu, tapi aku dapat kontrol sebab tika tu pelanggan di Restoran Sri Syazza ramai.

Sambil menyedut sebatang rokok, aku menyambung bacanya dengan penuh minat untuk mengetahui apa kesudahan mesej berita itu. Yang bercakap mengenainya bukan tok guru Nik Aziz, tapi besan beliau, Abdul Fatah Harun.

Selepas membaca berita tu, aku tinjau-tinjau pula pada ruangan komen. Ada satu komen yang tertera di situ: "Dua kerusi je? laaa sikit tuuu… bakpo mu tak ambil sampai 50 kerusi" - TokguruLawok.

Makinlah aku nak tersuka dengan komen tu. Tapi fikir punya fikir ada juga logiknya kata-kata penulis komen tu, TokguruLawok. Dia dengan sinisnya bertanya, kenapa tok guru Nik Abdul Aziz nak bertanding dua kerusi sahaja? Kenapa tidak bertanding di 50 kerusi yang diperuntukkan kepada Pas?

Nik Aziz Bertanding 2 Kerusi?

KOTA BHARU – Desas-desus Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan turut bertanding kerusi Parlimen selain kembali bertanding kerusi Dewan Undangan negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-13 akan datang ada kemungkinannya jika keadaan memerlukan beliau berbuat demikian.

Bekas Pengarah Pilihanraya Pas negeri, Abdul Fatah Haroon berkata, kemungkinan itu ada asasnya jika keadaan memerlukan pakatan pembangkang berbuat demikian.

“Boleh jadi ya dan boleh jadi tidak. Semuanya ada kemungkinan. Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing berhubung desas desus ini. Mungkin kalau dilihat dari segi kesihatan akan ada yang kata tahap kesihatan membataskan beliau (Nik Aziz) untuk bertanding dua kerusi. Namun harus diingat beliau mempunyai aura tersendiri yang meungkin diperlukan oleh Pakatan Pembangkang.

“Langkah meletakkan Mursyidul Am Pas di kedua-dua kerusi berkenaan dilihat akan memberi kelebihan kepada pakatan pembangkang terutama Pas kerana ia akan memberi keyakinan kepada rakyat untuk menyokong parti itu memandangkan beliau sebagai dilihat tokoh yang mampu memimpin Kelantan dan Malaysia amnya,” ,” katanya kepada DetikPerubahan.com di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desas-desus yang mengatakan Nik Abdul Aziz akan bertanding dua kerusi iaitu kerusi DUN dan Parlimen pada pilihanraya umum akan datang.

Abdul Fatah berkata, semua keputusan itu akan ditentukan oleh keadaan semasa yang berlaku.

“Ini soal strategi. Bila sebut soal starategi ia boleh berubah bila-bila masa sehingga ke saat-saat akhir.

“Strategi ini tidak mustahil akan bertukar setiap minggu malah mungkin juga setiap hari kerana kita melihat kepada aliran pengundi. Kita akui sekarang kita memiliki 62 peratus aliran pengundi namun keadaan itu sentiasa berubah. Sebab itulah strategi kita juga akan sentiasa berubah,” katanya.

Untuk rekod Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan pernah bertanding kerusi Parlimen pada tahun 1967 sehingga 1986, bagaimanapun beliau kemudian mewakili kerusi DUN Chempaka pada tahun 1990 dan dilantik menjadi menteri Besar Kelantan sehingga kini.

Dari segi kesihatan beliau dikatakan mempunyai masalah kesihatan seperti jantung, darah tinggi dan gastrik.

Pada 2004 beliau dimasukkan ke hospital setelah mendapat serangan sakit jantung dan kemudiannya beberapa kali mendapat rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kerana masalah kesihatan.

Beliau sendiri mengakui bahawa kesihatannya semakin terganggu sejak akhir-akhir ini namun semua itu tidak menghalangnya untuk terus berbakti kepada masyarakat.

Khamis, 19 April 2012

Mahasiswa boleh berpolitik? hancurlah negara selepas ini...

Entah bagaimanalah nasib anak cucu aku esok apabila mereka berdepan dengan pekerja yang langsung tidak profesional dalam bidang atau profesion masing-masing.

Maksud aku, kalau anak cucu aku nak beli rumah, nak ke hospital atau klinik jika sakit demam, nak memandu kereta atau menunggang motosikal di jalan raya, nak ke pejabat untuk urusan harta dan macam-macam lagi?

Adakah rumah yang akan dibelinya tidak selamat kerana strukturnya tidak kukuh dan dibina tanpa mengikut spesifikasi ditetapkan. Adakah apabila ke hospital atau klinik untuk mendapatkan rawatan, sakit dan demam anak cucu aku makin teruk?

Atau selamatkah mereka ketika berada di jalan raya kerana dikhuatiri jalan akan berlubang, berlopak sana sini sehingga tinggal tanah, bukan lagi tar? Apa agaknya akan berlaku setelah anak cucu aku ke pejabat tanah, pejabat Pos, pejabat hasil dalam negeri dan sebagainya untuk selesaikan urusan?

Untuk makluman, aku ada sebab untuk bertanya, untuk bimbang, untuk berasa cemas dan gundah gulana memikirkan nasib dan masa depan anak cucu aku, sebabnya ketika anak cucu aku sudah meningkat remaja, mereka ketika itu sudah berdepan dengan kakitangan kerajaan atau swasta yang sebelum ini menuntut di universiti terutama bermula tahun 2012 dan 2013.

Kenapa dengan mereka yang menuntut di universiti atau kolej bermula tahun 2012 dan 2013? Apa kena mengena dengan masa depan anak cucu aku dan tahun itu?

Kalau tuan-tuan nak tahu, penuntut tahun itulah antara mereka yang pada aku paling tidak berkualiti. Mereka berada di universiti dan kolej mengikut bidang masing-masing bukan untuk belajar, tapi berpolitik.

Apabila mereka berpolitik terutama yang memihak kepada pembangkang, sudah tentu kualiti mereka tidak terjamin. Mereka belajar di universiti dan kolej sampai tamat, tapi kebanyakan mereka gagal mendapat keputusan cemerlang.

Dan mereka-mereka ini mendapat pekerjaan sebagai doktor, jurutera, juruteknik, mekanik, guru, pegawai tadbir, kerani, posman dan macam-macam kerja lagi itu bukan kerana mendapat keputusan cemerlang, tapi kerana pengaruh mereka dalam politik.

Itulah yang saya maksudkan. Kalau jadi doktor, bukan doktor yang profesional. Begitu juga kalau jadi jurutera, bukan mendapar jawatan itu melalui keputusan yang layak, tapi kerana panel penemuduga takut kepada mereka sebab mereka berpengaruh dalam politik.

Justeru, mereka adalah doktor yang boleh mematikan rama pesakit dan jurutera yang boleh meragut nyawa orang ramai yang membeli rumah tidak tahan lama, rumah yang cepat siap dan mudah runtuh.

Inilah yang aku bimbang. Mereka akan menghabiska masa siang dan malam berpolitik sehingga mengabaikan pelajaran.

Mahasiswa Dibenar Berpolitik Tanpa Sekatan

KUALA LUMPUR: Perbahasan selama lebih tiga jam jam menyaksikan Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012 dengan pindaan bagi memberi kebenaran penuh tanpa sekatan kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta menyertai dan menjadi ahli serta memegang jawatan sebarang parti politik.

Rang undang-undang itu menyaksikan kerajaan meminda Fasal 5 dengan memotong sepenuhnya perenggan dalam seksyen 15(2)(c) yang melarang pelajar daripada bertanding dalam pilihan raya bagi memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar di dalam kampus jika pelajar itu memegang apa-apa jawatan dalam sesuatu parti politik.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan menerima cadangan usul yang dikemukakan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) mewakili Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBCC).

"Kementerian bersetuju supaya perenggan ini dipotong," katanya pada sesi perbahasan peringkat jawatankuasa Dewan Rakyat pada Khamis.

Sebelum ini, menerusi rang undang-undang yang dibacakan kali pertama pada 9 April lalu melarang mahasiswa bertanding dalam pilihan raya atau memegang apa-apa jawatan dalam sebarang pertubuhan atau kumpulan pelajar dalam kampus jika memegang jawatan parti politik.

Sementara itu, ketika membentangkan usul bagi meminda Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012, Khairy berkata, sebarang pindaan yang dilakukan kepada undang-undang usang hendaklah bertepatan dengan hasrat perubahan dan juga norma sosial yang mendasari kehendak kepada pindaan tersebut.

"Tujuan larangan yang dicetuskan oleh subseksyen 15(2)(c) adalah bertujuan untuk mengekalkan keberkecualian di dalam kampus.

"Sungguhpun kami mengakui keperluan itu agar perjalanan akademik tidak diganggu oleh kegiatan politik, tetapi janganlah sampai kehendak ke arah ini melibatkan sekatan regresif kepada kebebasan yang diberi.

"Bagi kami, larangan ini memberi gambaran bahawa transformasi yang dibawa oleh kerajaan cuma perubahan separuh masak dan akan menimbulkan lebih banyak polemik negatif sedangkan pindaan ini berhasrat untuk memberi kebebasan kepada golongan mahasiswa dan sepatutnya menjadi perkara yang dianggap sebagai pindaan yang popular," katanya.

Malah Khairy menegaskan, pilihan yang diberikan kepada mahasiswa sama ada untuk memegang jawatan politik atau pertubuhan dalam kampus boleh disifatkan seperti tidak mengiktiraf sepenuhnya kebebasan golongan mahasiswa untuk menyertai parti politik.

"Ia umpama melabelkan golongan mahasiswa yang mempunyai keahlian dan jawatan dalam politik sebagai kelompok negatif dalam kegiatan pelajar di dalam kampus, sedangkan apa yang mereka lakukan hanyalah salah satu daripada hak asasi mereka untuk berpersatuan. Ia umpama beri tapi tak beri sepenuhnya.

"Subseksyen 15(2)(c) hanya akan memberi ruang yang sangat besar kepada pembangkang untuk menghentam kerajaan dengan hujah bahawa kerajaan sebenarnya tidak ikhlas dan tidak komited dengan semangat keterbukaan dan pengiktirafan kepada golongan mahasiswa," katanya.

Selasa, 17 April 2012

Elaun Yang di-Pertuan Agong

Elaun untuk Agong dan Permaisuri Agong

Ini adalah dibawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982) bagi bajet tahunan bagi Agong yang mana ia akan dibayar secara bulanan kepada Agong. Tahun 2006, terdapat usul kenaikan gaji Agong bersama-sama terhadap pemaisuri Agong yang mana telah diluluskan.

Agong

Privy Purse – RM608,400 (atau RM50,700 sebulan)
Entertainment allowance – RM202,800 (atau RM16,900 sebulan)
Istana Negara Royal Allowance – RM243,360 (atau RM20,280 sebulan)

Pemaisuri Agong

Privy Purse – RM113,568 (atau RM9,464 sebulan)
Entertainment allowance – RM36,504 (atau RM3,042 sebulan)
Istana Negara Royal Allowance – RM46,800 (atau RM3,833 sebulan)

Selain daripada tu, setiap tahun Agong akan memperolehi lebih RM53 juta bagi menampung perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan juga kos pemberian gaji kakitangan istana. Pecahan perbelanjaan di istana adalah seperti berikut :

Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu – RM52,259,100
Gaji kakitangan istana – RM1,004,880
Bounty Diraja, pemberian dan khidmat khas – RM50,000

Elaun untuk bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong

Setiap bekas Agong yang mengikut giliran akan turut menerima elaun bekas Agong dan bekas pemaisuri Agong. Ini sudah tertakluk di bawah peruntukkan undang-undang-undang Malaysia Akta 270 (Akta Istana Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006. Dibawah akta ni juga elaun akan dibayar kepada bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong setiap bulan bagi tempoh seumur hidup.

Pencen khas untuk balu pemaisuri Agong

Elaun sebegini adalah pencen untuk balu Pemaisuri Agong. Contohnya jikalau kalau Agong tu mangkat semasa baginda sedang memgang tugas sebagai Agong, jadi pemaisuri Agong yang sudah menjadi balu akan turut menerima pencen seperti ini yang tertakluk di bawah Undang-undang Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979). Individu yang sedang memperolehi

1. Pencen seumur hidup – RM4,500 sebulan.
2. Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang pukal RM250,000 untuk kereta. Juga dapat RM2,590.87 sebulan untuk driver dan penyelenggaran kenderaan
3. Rumah Kerajaan yang akan disenggara oleh Kerajaan atau wang pukal RM750,000

Boleh dikatakan di Malaysia, kebanyakan Sultan sudah merasa menjadi Agong. Selain memperolehi elaun Sultan mereka turut menikmati elaun bekas Agong setiap bulan iaitu :

1. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Agong – RM15,180 sebulan
2. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Permaisuri Agong – RM4,500 sebulan

Elaun Sultan dan kerabat Diraja

Elaun untuk Sultan dan kerabat diraja di setiap negeri adalah di bawah peruntukan negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan Diraja

1. Elaun Sultan – RM52,600 sebulan
2. Elaun keraian Sultan = RM15,480

Manakala jumlah yang diterima oleh Sultanah adalah sebanyak RM14,600 sebulan

1. Elaun Sultanah – RM12,000 sebulan
2. Elaun peribadi Sultanah – RM2,600 sebulan

Elaun-elaun lain yang diterima kerabat Diraja di Malaysia setiap bulan adalah seperti berikut :

Raja Muda – RM13,000
Raja Puan Muda – RM5,200
Tunku Bendahara – RM4,000
Bini Tunku Bendahara – RM1,250
Tunku Temenggung – RM3,500
Isteri Tunku Temenggung – RM900
Tunku Laksamana – RM3,000
Isteri Tunku Laksamana – RM600
anak-anak Sultan – RM1,000

Isnin, 16 April 2012

Suami Tak Bertanggungjawab, Isteri ADUN PAS Mohon Cerai

NOTE: Aikkk???.... ingat ke bila dah jadi isteri atau anak atau ahli keluarga pemimpin Pas akan hidup bahagia kerana suami seorang yang alim fasal agama, al-quran, hadis, sunnah, hukum hakam, dosa pahala dan berlaku adil sebagaimana dituntut Islam.

Rupa-rupanya ku sangka panas hingga ke petang, tapi hujan lebat di tengah hari. Kalau tidak disebabkan bekas isteri wakil rakyat PAS yang dedahkan kepincangan suami mereka, tentu kita di luar sini menganggap mereka hidup bahagia.

Apa tidaknya, suami yang berpartikan PAS dah tentu tak tinggal solat, manakala kitab al-Quran dan hadis dibelek, dibaca dan dihafaz tiap-tiap hari untuk memastikan landasan hidup mereka lengkap dan sempurna sebagaimana dituntut agama.

Tetapi ini pula yang berlaku.... SELAMAT MEMBACA


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim mengaku dalam proses perceraian dengan isteri keduanya sebagaimana didedahkan sebuah portal berita semalam.


Beliau yang menjadi wakil rakyat PAS bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana menyifatkan kes itu adalah masalah peribadi dan tidak patut diketahui umum.

"Betul, sekarang ini dalam proses perceraian kerana dia (isteri kedua) telah memfailkan tuntutan itu (perceraian) di mahkamah.

"Jika itu jalan penyudah yang dia mahukan saya nak buat macamana, sebagai suami saya sayang isteri dan kalau boleh saya tidak mahu sebuah ikatan berakhir dengan perceraian apatah lagi setelah dianugerahkan cahaya mata sebagai penghubung kasih sayang antara kami.

"Tetapi kalau sudah tidak ada jalan lain lagi apa boleh buat. Walauapapun saya harapkan segalanya akan berakhir dengan cara baik,” katanya ketika dihubungi detikperubahan.com di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai laporan portal ini malam tadi, mengenai isteri keduanya telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah di Kota Bharu kerana tidak tahan dengan sikapnya tidak melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

Tuntutan tersebut dibuat pada 26 Mac lalu di Mahkamah Syariah Pasir Puteh, manakala semalam mereka dipanggil untuk sebutan kes, tetapi Wan Hassan tidak hadir.

Dalam pada itu, Wan Hassan meminta supaya masalah rumah tangganya tidak dimanipulasikan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik.

"Saya tak nak komen, ini masalah rumah tangga saya, tiada siapa pun berhak tahu apatah lagi kalau untuk dipublisitikan di dada akhbar atau sebagainya.

"Saya kira cukup dengan pengakuan telus ini," katanya.

Beliau juga enggan memberi sebarang reaksi berhubung dakwaan kononnya gagal memberikan nafkah, mengambil kesempatan untuk kerjaya politik, selain tidak bertanggungjawab apabila pulang ke rumah isteri keduaya itu hanya sekali dalam tempoh dua bulan.

"Biarkan, saya kira itu adalah sebahagian daripada hukum alam dan saya minta agar diri saya tidak akan terdorong untuk melakukan fitnah dengan membuka keaiban orang lain," katanya.

Difahamkan, Wan Hassan berkahwin dengan isteri keduanya yang dikatakan bertugas sebagai Penolong Kanan di salah sebuah sekolah di sini empat tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata.

Beliau dipilih sebagai wakil rakyat selepas memenangi Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu.

VERSI ISTERI WAN HASSAN

Isteri kedua Wan Hassan Wan Ibrahim telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah di Kota Bharu kerana tidak tahan dengan sikap suaminya yang tidak melaksanakan tanggungjawab.

Wanita berusia 30-an itu mendakwa suaminya bukan sahaja gagal memberikan nafkah batin, tetapi juga tidak memberikan perbelanjaan harian terhadap dia dan anaknya.

Beliau yang bertugas sebagai penolong kanan sebuah sekolah di sini, telah memfailkan tuntutan penceraian ini pada 26 Mac lalu di Mahkamah Syariah Pasir Puteh.

Hari ini mereka dipanggil untuk sebutan kes, tetapi malangnya Wan Hassan tidak hadir dan gagal dihubungi.

"Tuntutan itu dibuat kerana dia kecewa dengan sikap suaminya yang tidak bertanggungjawab.

"ADUN Semerak ini hanya pulang ke rumah dua bulan sekali. Pulang malam dan esok paginya sudah pergi," katanya ketika ditemui di Kompleks Balai Islam Lundang dekat sini, petang ini.

Sementara itu, tinjauan di mahkamah di sini, mendapati isteri Wan Hassan hadir untuk menyelesaikan isu tuntutan tersebut bagaimanapun pulang hampa kerana suaminya tidak muncul.

Isteri ADUN ini, bagaimanapun enggan ditemu bual dan tidak mahu gambarnya dirakamkan.

Hasil perkahwinan mereka sejak empat tahun lalu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata.

"Beliau bukan sahaja tidak memberikan nafkah kepada isterinya malah mengambil kesempatan ke atas isterinya untuk kerjaya politiknya.

"Wan Hassan memang tidak bersetuju dengan penceraian yang dituntut isterinya ini dan berjanji akan berubah selepas pilihan raya umum akan datang," katanya.

Isterinya itu turut meluahkan isi hatinya yang dia tidak percaya lagi terhadap kata-kata suaminya itu yang dikatakan bijak menabur janji selama ini.

Ahad, 15 April 2012

Pemimpin, wakil rakyat biadab, bodoh, bengap

TAK habis-habis pemimpin pembangkang buat onar. Ada sahaja perbuatan yang memalukan malah tidak terfikir oleh akal.

Terbaru, seorang pegawai perubatan, Dr. Rahman Kadir mendedahkan perbuatan beberapa pemimpin pembangkang mempersendakan Raja-raja Melayu pada pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Rabu lalu.

Beliau yang bertugas ketika istiadat itu berlangsung, membuat pendedahan tersebut menerusi laman Facebook, yang kemudian disiarkan sebagai berita utama Utusan Malaysia, kelmarin.

Menurut Dr. Rahman, perbuatan itu paling ketara dilakukan pemimpin pembangkang apabila tetamu kehormat termasuk Raja-raja Melayu dan Yang Dipertua Negeri berjalan masuk ke dalam Balairong Seri.

"Seolah-olah seperti kanak-kanak sekolah, mereka mentertawakan penampilan dan fizikal Sultan. Saya tidak tergamak hendak menulis di sini kerana ia sama seperti menghina baginda semua," itulah antara lain kenyataan beliau.

AWANG setuju dengan gesaan beberapa pihak agar ditubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat tindakan beberapa pemimpin pembangkang menghina Raja-raja Melayu semasa upacara pertabalan Yang di-Pertuan Agong.

Begitu juga dengan laporan polis yang dibuat terhadap perbuatan mereka. Untuk berlaku adil bukan semua pemimpin pembangkang yang hadir pada upacara tersebut, berperangai demikian.

Ahli Parlimen Kepong, Dr. Tan Seng Giaw misalannya kelihatan cukup tertib, berdiam diri dan tidak menyertai gurauan mereka yang lain malah tidak senyum pun mendengar kata-kata rakan-rakannya . Sikap dan tingkah lakunya di dalam balai rong adalah terpuji.

Demikian antara kandungan tulisan Dr. Rahman Kadir dalam pendedahannya. Beliau begitu objektif, yang baik tingkah laku, diakui baik.

Perbuatan beberapa pemimpin pembangkang mempersenda dan mengejek raja-raja Melayu menjadi testimoni mengenai sikap sebenar mereka, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim hari ini.

Menurut beliau, perbuatan itu semasa istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara pada 11 April lalu adalah keterlaluan.

"Belum lagi berkuasa dah tunjuk kuasa mereka," kata Rais semasa berucap pada majlis perasmian Program Merakyatkan Seni dan Budaya, Komuniti 1Malaysia bersama masyarakat keturunan Siam peringkat negeri Perlis di sini hari ini.

Beliau turut menyifatkan sikap pemimpin-pemimpin pembangkang yang sebelumnya diberi penghormatan menghadiri istiadat itu sebagai mencabul negara mereka sendiri.

Perbuatan biadab pemimpin pembangkang mempersenda Raja-raja Melayu perlu ditangani dengan tegas termasuk cadangan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi mengheret mereka ke muka pengadilan.

Pemimpin kanan kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) berkata sebarang keputusan yang diambil itu sebagai satu pengajaran kepada generasi muda supaya menghormati institusi Raja-raja Melayu di negara ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata penubuhan suruhanjaya itu penting sebagai pedoman kepada semua pihak supaya lebih tertib apabila berada dalam majlis rasmi kerajaan dengan mengetepikan emosi walaupun mempunyai fahaman politik yang berbeza.

Katanya, terdapat saksi yang mendengar ejekan Ahli Parlimen pembangkang itu antaranya Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan dan pegawai perubatan, Dr Rahman Kadir yang bertugas ketika istiadat pertabalan berkenaan.

“Mereka mendengar dengan jelas kerana duduk berhampiran dengan Ahli Parlimen pembangkang yang boleh dijadikan sebagai saksi untuk membantu siasatan suruhanjaya berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Peduli Jujur Sinar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Parlimen Bagan Datoh di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Dr Rahman yang mendakwa Ahli Parlimen pembangkang mempersenda dan mengejek Raja Melayu pada majlis pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, pada Rabu lalu.

Di SITIAWAN, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal, berkata beliau berharap kerajaan atau pihak berwajib tertentu dapat mengambil tindakan tegas termasuk tindakan tatatertib selain nama mereka disenaraihitamkan daripada menerima sebarang undangan majlis di Istana Negara jika terbukti ada pemimpin pembangkang yang mempersenda dan mengejek Raja-raja Melayu.
Di KANGAR, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata perbuatan beberapa pemimpin pembangkang itu wajar men-jadi testimoni untuk membuktikan parti yang dinaungi kumpulan berkenaan tidak layak menerajui negara.

Di ALOR SETAR, Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, berkata beliau kecewa dengan tindakan kurang ajar pemimpin pembangkang itu.

Kakak lawan Adik

SUDAH ada desas desus, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali akan berdepan dengan beberapa calon termasuk adiknya sendiri iaitu Ummi Hafilda dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.(PRU-13). Sejauh mana kebenarannya, Awang tidak pasti tetapi khabar angin mengenai hal itu sudah sepoi-sepoi bertiup.

Azmin adalah Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa di Selangor. Rating beliau di kedua-dua kerusi itu dikatakan merudum kerana banyak isu negatif.

Ummi kini merupakan penceramah bebas yang banyak menjelajah ke seluruh negara mendedahkan kepincangan PKR atas keinsafan untuk menegakkan kebenaran. Kisah skandal melibatkan keluarga abangnya bersama pemimpin utama PKR turut didedahkan.

Dia bukan sebarangan wanita. Sesiapa yang biasa mengikuti ceramah Ummi, akan faham. Berani, yakin dan pedas ucapannya. Sesi ceramah beliau selalu penuh malah di sesetengah kawasan, melimpah dengan kehadiran orang ramai terutama wanita.