Salam daripada saya, pemilik blog ini. Saya ada menerima luah hati daripada seorang tetamu yang menamakan dirinya sebagai ANONYMOUS. Setelah membacanya, saya tergerak untuk memaparkan artikel ini kepada pembaca setia blog saya. Saya rasa, ia wajar diambil iktibar mengenai apa yang dilalui saudara kita ini. Selamat membaca.
Oleh: Anonymous
Assalamualaikum wbt. Saya memohon maaf jika artikel saya ini tidak berkaitan dengan tajuk, tetapi saya ingin juga menulis bagi meluahkan pandangan saya dalam arena politik kerana sesungguhnya agama dan politik tidak boleh sesekali dipisahkan.
Sebelum saya meneruskan, saya minta setiap pembaca menggunakan akal bagi membuat keputusan kerana itulah gunanya akal. Saya adalah pelajar yang berasal dari Kelantan dan bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Umur saya adalah hampir seusia dengan pentadbiran Pas di Kelantan iaitu 19 tahun. Datuk dan moyang saya adalah imam di sebuah kampung dalam daerah Pasir Mas/Tumpat.
Setentunya keluarga kami adalah penyokong Pas yang amat setia sehinggakan TG Nik Aziz sendiri pernah beberapa kali menggunakan rumah antara ahli keluarga kami bagi mengadakan ceramah Pas.
Namun akhir-akhir ini keluarga kami agak 'pening' apabila memikirkan telatah beberapa pemimpin Pas yang seolah-olah sanggup menggunakan agama bagi meraih undi.
Inilah yang menyedihkan kami. Selama Pas bertapak di Kelantan, setahu saya Pas tidak pernah membina sebuah masjid pun bagi menjalankan syariat Allah di bumi Kelantan.
Kami sememangnya boleh menerima kenyataan bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai wang kerana kerajaan Pas adalah kerajaan yang bersih.
Oleh itu keluarga kamilah antara keluarga yang aktif memberi sumbangan terhadap pembinaan masjid dan pembangunan beberapa sekolah tahfiz termasuk menyediakan tanah untuk membuat fasiliti dan tidak kurang juga sumbangan kewangan kerana keluarga kami diberi kurniaan rezeki yang murah dari Allah SWT.
Tetapi kami agak terkilan apabila 'berhala' kaum Buddha begitu aktif dibina di Kelantan. Dan yang lebih menyedihkan saranan Rasulullah SAW agar 'berhala' ini dibina lebih rendah dari menara masjid seolah-olah tidak dijalankan di negeri yang kami banggakan sebagai Serambi Mekah.
Seingat ayah saya, semasa kerajaan BN mentadbir Kelantan, permohonan kaum Siam untuk membina sebuah berhala di Kampung Berok, Pasir Mas tidak diluluskan kerana ketinggiannya yang agak menonjol. Lalu setelah dipohon lagi, maka kerajaan BN meluluskan dengan syarat;
1. Berhala itu tidak boleh dibuat menegak, tetapi perlulah dibaringkan.
2. Berhala hendaklah terlindung agar tidak mengganggu kaum Melayu di sekitarnya.
Tetapi di bawah kerajaan Pas mentadbir semakin banyak projek 'berhala' yang diluluskan di Kelantan. Berhala duduk yang berada di Jong Bakar, Tumpat telah diluluskan walaupun ketinggiannya menyamai 5 atau 6 tingkat bangunan.
Jadi kami agak terkilan, tetapi memandangkan kami inginkan sebuah kerajaan Islam, maka kami masih lagi menyokong kerajaan Pas, bahkan moyang kami telah mendermakan seutas tali lehernya yang bernilai beberapa ribu ringgit ketika ceramah Pas yang dianjurkan ketika saya di sekolah rendah sebagai tanda sokongan.
Tahun demi tahun berlalu dan sekali lagi kami dikejutkan dengan pembinaan berhala dekat dengan 'Kok Keli'. Dan apa yang menyedihkan lagi TG Nik Aziz sendiri yang datang merasmikan beberapa majlis keagamaan.
Kemudian sekali lagi kami dikejutkan dengan pembinaan terbaru 'berhala Buddha' terbesar di Asia Tenggara di Kampung Tawang, Bachok. Atas dasar ingin tahu, demi Allah, saya, ayah, ibu dan adik lelaki telah pergi ke wat Siam di Kampung Tawang yang menempatkan berhala yang terbesar di Asia Tenggara.
Ditakdirkan Allah, kami telah diberi penerangan oleh saminya sendiri yang datang kepada kami setelah melihat kami melawat berhalanya. Pakaian sami itu berwarna putih.
Menurut tok sami itu ketinggian berhala ini menyamai 12 tingkat bangunan. Ketinggiannya melebihi 100 kaki dan diletakkan secara berdiri. Berhala ini dibina betul-betul bertentangan dengan kiblat solat.
Menurut sami itu lagi kerajaan negeri sendiri telah meluluskan projek itu dan telah memberi sumbangan sebanyak RM60 RIBU RINGGIT melalui wakilnya Datuk Anuar Tan. Kami terkesima mengapa dengan mudah peruntukan diberikan untuk membina berhala, sedangkan Nabi Allah Ibrahim sendiri dengan kudrat Baginda memusnahkan berhala.
Tok sami itu memberitahu, bahawa pelancaran perasmian tokong Buddha itu akan disempurnakan oleh TG Nik Aziz sendiri pada 6 Jun 2009. Kami pun mengambil keputusan untuk pergi sekali lagi pada 6 Jun.
Tetapi Datuk Anuar Tan yang datang merasmikan kerana menurut orang kampung TG Nik Aziz ditegur oleh beberapa tok guru pondok agar tidak terlalu menonjolkan diri di rumah ibadat Siam.
Kami diberitahu kos pembuatan patung itu sahaja melibatkan belanja lebih daripada RM2 juta. Kami terkesima. Kami terfikir syiar manakah ini? Hari demi hari berlalu, namun hati kami masih lagi pada Pas.
"Kami mahukan sebuah parti Islam," desis hati kami. Pas telah sedarah dan sedaging dengan hati kami. Kami pejamkan sebelah mata. Ditakdirkan ayah dan adik saya pergi menggunting rambut di sebuah kedai gunting warga Siam.
Terkeluar hal politik ketika borak. Ayah saya menanyakan beliau (tukang gunting) parti manakah yang disokong ketika pilihan raya dulu. Maka tukang gunting Siam itu mengatakan beliau menyokong Pas kerana tok sami mereka berpesan jika Pas menang sekali lagi pembinaan berhala yang besar akan diluluskan dan peruntukan akan diberi.
Kami benar-benar terkejut. Allah Maha Besar telah meletakkan keraguan dalam hati kami. Sebagai seorang yang berpelajaran dan diberi akal, saya telah memujuk hati saya sendiri agar menjadi 'neutral' dan membuang sebentar rasa taksub saya terhadap Pas.
Ianya memang sukar, tetapi saya gagahkan jua. Saya berfikir dalam isu berhala, 'parti' manakah yang benar-benar membela Islam di dalam isu yang sememang besar. BERHALA!!!
Saya dikejutkan lagi dengan peruntukan tanah seekar yang diberi kerajaan negeri di tengah-tengah bandar Kota Bharu iaitu di Jalan Hamzah bagi membesarkan rumah ibadat kaum Hindu.
Terlalu ramai kah kaum Hindu di Kelantan sehinggakan rumah ibadat mereka yang baru sahaja siap dibina itu hendak diperbesarkan lagi?. Jika anda pernah menjejakkan kaki ke Kelantan, saya berani mengatakan amat sukar untuk mencari bangsa Hindu.
Apatah lagi kuil yang sedia ada ini sentiasa 'sunyi' dan jarang mendapat kunjungan kaum Hindu kerana sememangnya bilangan mereka amat sedikit.
Teringat saya ketika TG Nik Aziz melawat masjid di Kampung Berangan. Orang-orang kampung heboh sebentar apabila TG Nik Aziz hanya memberikan sumbangan RM50 ke dalam tabung masjid.
Kemudian beliau berangkat ke wat Siam di Tumpat setelah solat Jumaat dan mendermakan RM1,000 tanda keikhlasan dan hak sama rata kerajaan negeri.
Bagi mereka yang meragui saya boleh bertanya kepada orang-orang di Kampung Berangan yang merupakan kubu kuat Pas. Untuk yang lebih jelas silalah saudara sendiri ke mana-mana wat Siam @ kuil Hindu di Kelantan dan tanyalah sami di sana tentang 'prihatinnya' kerajaan Pas terhadap mereka.
Saya sedih. Mengapa untuk membina masjid orang Melayu Kelantan perlu bersusah payah ke sana-sini meminta derma, sedangkan kuil Hindu dan berhala mendapat bantuan. Zaman jahiliah kah ini.
Adakah hak sama rata itu menunjukkan jumlah masjid dan berhala perlu sama bilangannya? Pendapat peribadi saya, demi mendapat undi kaum lain, TG Nik Aziz perlu bertindak demikian.
Kuasa di tangan beliau. Susah sangat kah ingin menolak pembinaan berhala, sedangkan Nabi Ibrahim AS bergadai nyawa memusnahkannya. ALLAHUAKBAR!!! Parti politik semuanya sama.
Saya tidak menyokong Barisan Nasional kerana saya telah disemai sejak kecil lagi bahawa BN adalah kafir. Tapi sekarang saya merasakan semua kafir termasuklah Pas Kelantan.
Saya benci apabila Pas bergabung dengan DAP. Saya benci apabila Malaysia semakin jauh dari negara Islam apabila DAP berjaya memecah-belahkan UMAT ISLAM. Siapakah DAP?
DAP adalah anak kepada parti PPP Singapura.
Buktinya?
SEJARAH... Belajarlah sejarah.
Lagi buktinya?
Lee Kuan Yew telah pun datang melawat negeri yang dikuasai PAKATAN RAKYAT yang semakin hari semakin dekat menjadi miliknya.
YA ALLAH sesungguhnya aku kelu.
Hatiku pening... Mengapakah perpecahan umat Islam senang sahaja berlaku. Satukanlah mereka Ya Allah.
Bagi mereka dari Pas, Keadilan mahupun UMNO, sambutlah seruan Islam untuk bersatu padu.
Mengapa orang-orang DAP begitu menentang kerajaan perpaduan?
Kerana mereka bimbang Melayu bersatu. Mereka bimbang ISLAM bersatu kerana di Malaysia ini rata-rata Melayu adalah Islam.
Dengan segala ilmu yang saya ada mengenai Islam dan segala pemerhatian saya, DAP saya isytiharkan kafir harbi kerana telah banyak menggugat hak orang Islam.
Perniagaan babi... penghapusan tulisan Jawi di beberapa buah tempat... menghasut Islam bergaduh sesama sendiri... terlampau meminta-minta dan mendesak berhala dibina... bahkan berhala sekarang ini jauh lebih 'GAH' dibandingkan dengan masjid.
ALLAHUAKBAR... BELALAH KAMI... SATUKAN KAMI...
Ingatlah wahai pembaca Islam... apabila DAP berjaya, maka UMNO tidak mampu lagi mengawal MCA... GERAKAN... MIC dan lain-lain kerana semestinya mereka akan bersatu dengan DAP memandangkan DAP kuat dan boleh menjamin masa depan mereka... dan agama mereka di bumi Melayu... ALLAHUAKBAR... Bertindaklah umat Islam bersatulah sebelum terlambat.
Tiada satu pun Rasul yang diutuskan... tiada satu pun ulama yang dilahirkan... tiada sebuah ayat pun di dalam kalamullah yang menghalang perpaduan di antara mereka yang mengucapkan dua kalimah syahadah...
Sedarlah sekarang ini kaum kafir semakin berkuasa... buktinya... KUALA LUMPUR... PULAU PINANG... SINGAPURA... PERAK yang pernah dimiliki dan ditadbir oleh kuasa politik Melayu Islam secara majoritinya telah bertukar tangan kepada kaum kafir... Biasiswa JPA untuk Melayu ISLAM hanya tinggal 32 peratus selebihnya 62 peratus telah menjadi hak kaum kafir... bangunlah Melayu... bangkit... bangunlah Islam.
Hentikan ego... ALLAHUAKBAR!!!! BERKATILAH KAMI UMAT MELAYU ISLAM... BUKAKANLAH HATI KAMI UNTUK PERPADUAN SEBELUM TERLAMBAT.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
38 ulasan:
Pertama kenyataan pas tak pernah bina masjid, adalah satu pembohongan kerana kerajaan pas sudah membina masjid di rantau panjang. kedua, Islam menghormati penganut agama lain selagi dia tidak mengancam Islam, jadi pembinaan berhala bukan satu isu. di luar kelantan, walaupun tiada berhala besar2 tapi masyarakat bukan islam mendahului segenap segi, ekonomi, budaya dan sebagainya, org melayu islam menikus, bukan seperti di kelantan, orag islam menjadi tuan,.
TQ,
menarik untuk kita renungkan, pembaca bukan bercerita mengenai pembinaan masjid, namun kebimbangan terhadap segolongan ahli PAS yang dilihatnya lebih bersikap individualistik dalam karier politiknya.. Walaupun ianya bukan satu fakta, tapi tanggapan yang diberi oleh penulis ni ada logiknya..
tuan yang menulis,
susah apa. lain kali jangamn kangpah PAS. habis cerita.
azizi abdullah
Kita sebagai pengkritik profesional sepatutnya idak mudah percaya 100 peratus jenis2 penulisan pojok yg nampak condong kepada satu2 pihak saja. Lebih2 lagi bagi bukan kelantanese, mereka perlu mencari bukti dahulu dengan melawat kelantan bagi mengesahkan apa yg dikatakan itu. setahu saya sejak pas memerintah hanya satu berhala saja dibina iaitu di jong Bakang, sleeping buddha di kampung beruk, tumpat yang dikatakan terbesar di asia tenggara sudah lama wujud sebelum pas memerintah kelantan. Adakah boleh diterima pakai kalau sumber2 yang diperolehi oleh penulis daripda penduduk kampung dan tukang gunting?
Sepatutnya, kalau mahu mencari kebenaran dan meleraikan kekusutan org pertama yg penulis perlu temui ialah kerajaan kelantan kerena urusan kelulusan serta pembinaan mesti dibawah bidang kuasa negeri.
Saya bukan untuk merendah2kan penulis tetapi sekiranya tulisan ini tidak selari dengan hakikat sebenar, maka ini adalah satu fitnah yg sangat besar.
Saya amat berminat membaca komen2 sdr.. semoga ianya mencambahkan lagi pandangan serta idea..
salam.
saya ada highlightkan kat FB saya artikel tuan blog ini.
saya nak add dalam list rakan baru saya link blog tuan.
harap kita dapat berkenalan.
salam sdr manzaidi
selamat berblog dan teruskan niat dan usaha saudara...
inzinkan saya mengambil points2 bkaitan sumbangan pas di kelantan membangunkan agama kafir selama mereka memerintah...
salam
Salam manzaid dan rakan-rakan sy telah ambil link ini dan upload di blog sy berserta dengan gambar-gambar patung budha itu.. terima kasih... salam blogers dari sy shahboy
www.brokenthecode.blogspot.com
jgn nnt diubahnya kepala patung tu guna serban sudah..... aih..PAS...PAS
Satu mesjidpun kerajaan PAS Kelantan tak bina? Memang fitnah! Kerjaan PAS bina Mesjid rekabentuk Cina tu..apa? Gila nak menulis dalam blogpun janganlah sampai menipu. Nanti blog ni takde orang masuk, kan jadi blog syok sendiri. Tak lama dulu, YB Zulkifli Nordin syor dalam parlimen dibina masjid untuk cina muslim mengimarahkan dengan khutbah dalam bahasa cina ganti penjara pudu sorangpun MP UMNO tak sokong. Dah 50 tahun UMNO perintah satu mesjid Cina Muslim seperti mesjid India, UMNO tak bina. Kuil hindu, tak payah cerita berapa banyak! Patung besar di batu cavespun dah ada. Masjid Cina seperti di kelantan satupun takde. Hampeh!
Biasiswa JPA untuk Melayu ISLAM hanya tinggal 32 peratus selebihnya 62 peratus telah menjadi hak kaum kafir... bangunlah Melayu... bangkit... bangunlah Islam.?
siapa yang bagi?
SALAM KEPADA SEMUA...
IZINKAN SAYA KATAKAN DI SINI BAHAWA MEMANG BENAR SEJAK LEBIH 20 TAHUN PAS MEMERINTAH KELANTAN, PAS TELAH PUN BERJASA DENGAN MEMBINA 1 BUAH MASJID DI RANTAU PANJANG.
INI FAKTA.1 BUAH MASJID TELAH DIBINA DALAM TEMPOH PEMERINTAHAN 'ISLAM' SELAMA 20 TAHUN. MASJID BERKENAAN DIANGGARKAN BERHARGA RM6.5 JUTA. KERAJAAN NEGERI TELAH MEMBERI SUMBANGAN PEMBINAAN SEBANYAK RM 1 JUTA. SELEBIHNYA ADALAH DIIKHTIARKAN MELALUI SUMBANGAN KORPORAT DAN ORANG PERSEORANGAN.
AKIBATNYA SAMPAI SEKARANG 'MASJID BEIJING' TU BELUM SIAP SEPENUHNYA.
TAKPELAH SEBUAH MASJID PUN KIRA KERAJAAN PAS BINA JUGA, WALAUPUN HANYA BAGI SUMBANGAN RM 1 JUTA.
BERBANDING DENGAN PEMBINAAN MASJID, SEJAK PAS MEMERINTAH KELANTAN PADA 1990, PATUNG DUDUK DI KG JUBAKAR, TUMPAT MENJADI MERCU TANDA AWAL SIMBOL 'HUBUNGAN BAIK ANTARA KAUM'.
KEMUDIAN DIBINA PULA PATUNG BERDIRI BERWARNA PUTIH, JUGA DI TUMPAT.
SETERUSNYA PATUNG-PATUNG YANG BERSAIZ BESAR TUMBUH MELATA DI TUMPAT. ITU TIDAK KIRA LAGI BERHALA-BERHALA YANG BERSAIZ SEDERHANA, TETAPI LEBIH TINGGI DARI MENARA MASJID.
TERBARU PATUNG BUDDHA BERDIRI DI TAWANG, BACHOK YANG KETINGGIANNYA LEBIH 100 KAKI DAN TERTINGGI DI ASIA TENGGARA.
KEPADA TUAN-TUAN YANG TIDAK PERNAH DATANG KE KELANTAN BOLEH MELIHAT DI BLOG http://manekurai2009.blogspot.com/
MENTERI BESAR KELANTAN KATA, KELANTAN ADALAH NEGERI 'TADAHAN WAHYU'.. TAPI YANG SEBENARNYA ADALAH KELANTAN NEGERI SERAMBI BUDDHA
salam
saya adalah yang menghantar comment yang telah diterbitkan...
terima kasih saya ucapkan.
Segala kenyataan saya adalah benar kecuali hal pembinaan masjid.Apa yang saya tulis pas tidak pernah membina masjid itu sebenarnya pernah keluar di dalam sebuah surat khabar tempatan sebenarnya dan ini di sahkan sendiri oleh TG NIK AZIZ.Jadi saya terlupa bahawa pas telahpun baru sahaja membina masjid cina.Wlaupbagaimanapun hal ini tetap saya tidak dapat terima dengan pembinaan berhala terbesar di asia tenggara di tawang bachok kelantan.Ada comment mengatakan BN juga ada membina berhala.Banyak lagi.Tapi sekarang saya membincangkan parti yg saya agongkan untuk membela islam.Parti Islam semalaysia..Adakah logik PAS meluluskan berhala terbesar di asia tenggara?
Pas yang melaung-laungkan negara Islam membina berhala terbesar?
Pas yang melaung-laungkan hukum hudud membina berhala terbesar?
Adakah berhala terbesar ada di MADINAH semasa baginda Rasulullah memerintah Madinah walaupun masih ramai kaum kafir ketika madinah ditubuhkan..Adakah rasulullah tidak mengamalkan demokrasi?dan Pas membina berhala terbesar di Asia tenggara yg berdiri lalu Pas berjaya membuktikan demokrasi Islam..Memang demokrasi itu penting tetapi demokrasi tidak boleh keterlaluan sehingga bertentangan dengan syariat Allah dan sunnah rasulnya.Rasulullah menyarankan berhala tidak boleh tinggi dr kubah masjid.Maka Pas sebuah pati yang menggunakan simbol ISLAM tidak boleh membenarkan.Maka Pas mengambil keputusan membenarkan adakah pentadbiran PAS lebih baik dr Rasulullah?Apakah perkara yg mula2 dibina baginda.Sememangnya masjid.Tapi apakah perkara yg pertama dibina PAS?Berhala.Masjid Cina hanya baru disiapkan tetapi Berhala Jong bakar telah lama diluluskan.
sambungan 2
Saya mohon semua berfikir.Mungkin mereka yang memberi komen tidak merasakan apa yang saya rasa.Saya adalah antara keluarga penyokong pas yang kuat.Tetapi apabila begini jadinya saya terkilan.Saya hanya mahu pas berubah menjadi parti yang betul2 ingin memperjuangkan Islam.Maka janganlah menggunakan "umpan" yang besar(BERHALA) untuk mendapatkan "ikan" yang kecil"PENGUNDI bkn Islam"kerana ia sememangnya merugikan agama.
Saya juga menyerukan perpaduan.
Sudah terang lagi bersuluh DAP itu banyak menggugat Melayu dan Islam.Mereka ingin membubar DEB dan memansuhkan hak ketuanan melayu. Di sini kita perlu faham tunjang utama DEB adalah MARA.Jika DEB dihapuskan maka MARA dihapuskan.Maka siapa lagi yang boleh menolong peniaga melayu?Pelajar melayu?Memandangkan biasiswa JPA telahpun banyak diberikan kepada non bumiputera(atas desakan DAP) maka MARA adalah organisasi harapan anak Melayu.Jika DEB dihapuskan maka tiadalah Mara.
Mereka (DAP) mendakwa disebabkan DEB kaum mereka dipinggirkan.
Di sini saya ingin bertanya.
Siapakah yang paling kaya di Malaysia?
Siapakah yang kedua terkaya di malaysia?
siapakah yg ke 3,4,5 terkaya di malaysia?MELAYUKAH?
TIDAK!!! SEMUANYA DARI NON BUMIPUTERA.
sambungan 3
ADAKAH MEREKA TERTINDAS DI BAWAH DEB DENGAN 5 Org terkaya di Malaysia diwakili oleh kaum mereka?Maka di mana MELAYU?
Dan berapa orang Melayu di dalam ranking 10 orang terkaya itu?Adakah 10 orang itu didominasi MELAYU?
TIDAK!!!
Maka apa lagi yang DAP mahukan?
Sememangnya mereka rakus.Adakah ingin melenyapkan Melayu dr 10 senarai teratas baru mereka berpuas hati?Adakah dengan ekonomi keseluruhan didominasi mereka maka baru mereka katakan inilah demokrasi?
Mereka mahu menghapuskan "HAK KETUANAN MELAYU" Sedarlah penyokong2 pakatan rakyat beragama ISLAM. Sesungguhnya Melayu itu rata2 ISLAM.MAKA MENGHAPUSKAN HAK KETUANAN MELAYU MAKA SAMALAH MENGHAPUSKAN HAK KETUANAN ISLAM.Maka inilah yang diperjuangkan pakatan rakyat yang didominasi DAP.
Maka Pas masih lagi menyokong DAP?
Saya tidak kisah kalau Pas masih tidak mahu bergabung dengan UMNO tapi keluarlah dari pakatan rakyat.Berjuanglah dengan nilai Islam yang sebenar.
sabda raul s.a.w
"sesungguhnya mereka yang paling teruk azabnya di akhirat adalah pemimpin yang menyeleweng"
salam utk sb dehlawi
orang islam di kelantan menjadi tuan?
apa tuannya kalau rumah ibadat tuan lebih rendah dari rumah ibadat "tetamu"
Berfikirlah secara rasional...
Di kelantan tiada DAP,Keadilan pun sedikit.Situasinya berbeza yang ada hanyalah Melayu Pas dan Melayu UMNO.
Kamu mengatakan isu pembinann berhala bukan satu isu???
Mengucaplah kamu kalau merasakan diri masih ISLAM...
Sesungguhnya ALLAH telah melaknat penyembah berhala,pembuat berhala,apatah lagi orang yang mengatakan isu pembinaan berhala yang banyak dan bahkan terbesar di asia.Saya ingin bertanya ekonomi kelantan hebat?Saya anak jati kelantan...semestinya saya tahu.siapa pemilik KB MALL?BILLION?TESCO.Kelantanese kah?berapa ramai anak jati kelantan terpaksa merantau nak cari kerja?
sah!!!
kamu memang fanatik x mengira tempat.sampai agama kamu permainkan.huh...jadi pembinaan berhala bukan satu isu?kata kamu?
KAFIR!!!!!!!!!!!!!
tiada sesiapa pun umat islam boleh megkafirkan umat islam yang lain walaupun sejahat mana perbuatan itu seseorang. hal ini telah termaktud didalam al quran. Jangan la mengkafirkn UMNO. sesungguhnya ahli adalah parti islam, semua ahli islam. tahukah saudara, mengkafirkan orang islam yang lain adalah berdosa besar. buang sifat munafik. Jika anda seseorg yang berpelajaran dan mempunyai ilmu agama, fikir la secara matang. jangan disempitkan fahaman politik.
Dalam pendapat saya, kelantan tidak akan maju jika asyik memberi SEDEKAH pada PATUNG BUDDHA seperti yang saudara katakan tadi. Nik aziz bukan NABI. janganlah terlalu taksub dengannya. sesungguhyer UMNO yang telah banyak membina masjid di seluruh negara, membina Universiti islam antarabangsa(UIA), dan menjaga kesucian agama dari diperolokkan oleh kafir yang mahu menggunakan nama Allah didalam Bibble.
ada ke patut kerajaan negeri dikelantan hendak bina masjid minta duit rakyat? dimana duit cukai kerajaan negeri dilaburkan?
fikir-fikirkan.... saya pun seseorang berpelajaran dan mempunyai lulusan agama.
salam utk sb dehlawi
orang islam di kelantan menjadi tuan?
apa tuannya kalau rumah ibadat tuan lebih rendah dari rumah ibadat "tetamu"
Berfikirlah secara rasional...
Di kelantan tiada DAP,Keadilan pun sedikit.Situasinya berbeza yang ada hanyalah Melayu Pas dan Melayu UMNO.
Kamu mengatakan isu pembinann berhala bukan satu isu???
Mengucaplah kamu kalau merasakan diri masih ISLAM...
Sesungguhnya ALLAH telah melaknat penyembah berhala,pembuat berhala,apatah lagi orang yang mengatakan isu pembinaan berhala yang banyak dan bahkan terbesar di asia.Saya ingin bertanya ekonomi kelantan hebat?Saya anak jati kelantan...semestinya saya tahu.siapa pemilik KB MALL?BILLION?TESCO.Kelantanese kah?berapa ramai anak jati kelantan terpaksa merantau nak cari kerja?
sah!!!
kamu memang fanatik x mengira tempat.sampai agama kamu permainkan.huh...jadi pembinaan berhala bukan satu isu?kata kamu?
KAFIR!!!!!!!!!!!!!
July 1, 2009 2:33 AM
==================================
Memang org islam jadi tuan di Kelantan, kamu jangan pandang tinggi rendah berhala, tetapi pandang keseluruhan masyarakat di mana orang muslim kelantan, mendahului pelbagai segi termasuklah urusan keagamaan. berhubung isu berhala, dan berdasarkan artikel penulis, tempat yg dikatakan itu ialah tempat kelompk masyarakat siam kelantan, jadi sebab itu mereka bina. usah dipersoal tinggi rendah berhala, persoal di nebegri mana paling banyak berhala, kuil, gereja, guru nanak dan Lain2. adakah kamu selidik ini semua? jgnan pandang hanya satu dua berhala besar sudah otak (itupun kalau benar seperti ditulis) negeri mana yg banyak berhala? sudah tentu negeri di bawag BN. kalau kamu anak jati kelantan, kamu kan mesti tahu bahawa sleeping buhda dibina zaman siapa (itulah berhala terbesar di asia tenggara??? zaman siapa. KB Mall? keb mall kecil abe, petronas tower lagi besar, gah siapa punya, ada selidik ka? Kau pernah pergi Genting H? TokongChina begitu gah tetapi masjid ciput, bawah balai polis....Kalau aku permain agama, maka lebih ramai lagi orang yng bijak agama ktermasuk Nk Aziz, h Hadi, menghina agama... cakap jgna sedap tuduh. maksud aku bukan satu isu itu ialah negeri lain lbih banyak berhala malah berganda2 berbanding kelantan. satu lagi aku juga anak jati Kelantan.
"sb dehlawi said...
Kita sebagai pengkritik profesional sepatutnya idak mudah percaya 100 peratus jenis2 penulisan pojok yg nampak condong kepada satu2 pihak saja. Lebih2 lagi bagi bukan kelantanese, mereka perlu mencari bukti dahulu dengan melawat kelantan bagi mengesahkan apa yg dikatakan itu. setahu saya sejak pas memerintah hanya satu berhala saja dibina iaitu di jong Bakang, sleeping buddha di kampung beruk, tumpat yang dikatakan terbesar di asia tenggara sudah lama wujud sebelum pas memerintah kelantan. Adakah boleh diterima pakai kalau sumber2 yang diperolehi oleh penulis daripda penduduk kampung dan tukang gunting?
Sepatutnya, kalau mahu mencari kebenaran dan meleraikan kekusutan org pertama yg penulis perlu temui ialah kerajaan kelantan kerena urusan kelulusan serta pembinaan mesti dibawah bidang kuasa negeri.
Saya bukan untuk merendah2kan penulis tetapi sekiranya tulisan ini tidak selari dengan hakikat sebenar, maka ini adalah satu fitnah yg sangat besar."
Tokong terbaru berada di Tawang, untuk lebih detail lagi berada di kampung balai...sesiapa yg kaki pancing mmg akan tahu kewujudan patung nie..aku...apatah lagi...sebab kg aku d kampung kemasin, 200m dr tokong tu je...Seingat aku masa aku kecik dulu kawasan ini adalah tokong lama yang dah nak runtuh...kayu2 dah reput.... kebetulan masa aku balik kg depa buat majlis perasmian...3 hari 2 mlm...mcm pesta jalan nak masuk ke kg...
Salam
Kawe baca blog ni, rasanya ini satu 'muzakarah' secara tak berapo nak formal antara mgkn ahli bermahzab PR (Punoh Ranoh) ngn BN (Bini Najib). Kawe suka kita sama-sama tengok luahan hati pemuda ni hok mana bila dia menyatakan kebimbangan tentang pembinaan patung Buddha (hanya kebimbangan sahaja dan mempersoalkan sikap 'sesetengah' ahli PAS).
Walaupun penulisan pemuda ni berat kepada BN, bukan beerti dia menyokong BN, kawe rasa tidak salah mempersoalkan tentang apa yang dibuat oleh kerajaan Kelantan, sama juga kita mempersoalkan apa yang dibuat oleh kerajaan Malaysia. Bagi saya ianya positif sebab kalu tidak ada orang yang menegur kita tidak akan tahu samada kita ni bagus atau tidak, nanti dok SS (syok sendiri). Sebagai muslim atau ore Islam, kawe rasa kita patut terima teguran? Ni dok kawe tgk set PAS, kalu ore tegur.. xleh terima nok2 kalu ore Ame-No tegur.. setahu kawe, kalu ore tegur, kita keno tgk pada apa hok ore tegur, buke pada ore menegur..
Bagi saya geng Ame-NO, asyik dok guna bilangan mesjid sbg alat politik, wei abe, kawe nok royat, bilangan masjid tu sekadar luaran, hok penting bilangan ore mengimarahkan mesjid, hok tu penting. Tok guna jugak mesjib byk ore xgi.. Kalu ore Ame-NO igt bilangan mesjid membantu menegakkan Islam, kawe xberapa setuju, hok kawe tahu peranan mesjid tu hok penting dlm pembangunan Islam.
Akhir kata, bagi kawe kita sama2 pikir, pertama untuk geng BN, bahasawa kita ni Islam, jadi umat Islam hari kita tengok tak berapo nak kuat pn, balik2 kene tindak ko AS ngn Barat. jadi ikut lah cara hidup Islam hok betol2, bkn Islam Hadhari.
Kpd geng PAS, walaupn kita Islam, tp kita tetap melayu. Jadi xsoh dok hino la bangsa sendiri. Ibarat kita hina diri kita, adik beradik. Sedang kan ore AmeNO pn ore Islam, bakpo nak hina sedara seIslam..
Wassalam..
'kebersihan itu sebahagian dari iman'
- tgk pada tandas awam
'Islam mementingkan konsep kesederhanaan'
-kunci tayar naik Harier
salam semua...
Saya ingin bertanya adakah orang Islam di Kelantan tidak mempunyai masjid yang cukup?
Pada pandangan saya masjid yang besar tidak penting kalau jemaahnya hanya beberapa kerat sahaja yang datang sembahyang. Kalau buat masjid tetapi bukan untuk sembahyang apa gunanya seperti Masjid Kristal Terengganu, itukan dah membazir duit rakyat. Sepatutnya kerajaan UMNO Terengganu bantu rakyatnya yang miskin. Pembaziran tu adalah saudara syaitan.
Syukur Kelantan tiada ladang babi.
Syukur Kelantan majoritinya Melayu.
Syukur Kelantan ramai ustaz.
Syukur Kelantan masih tadbir ulama.
aku setuju dgn apa yg sdra/sdri sc lawi aye... maslhnye aku rs sekrg nih..parti belah mana pun x boleh nak terima teguran..asal mana2 pihak menegur dan x kena dgn kehndak kita..awal2 lgi kita dah cop 'penderhaka'..x sedr kot kita nih yerk,dgn berselisih phm nih..ada yg bertepuk tgn dan yg paling syoknye..ada yg terus menabur benih..heheh..benda2 gni kita xyah pikir la yerk..sbb kita rsa kita nih mmg betul dan sentiasa betul..masum la katakan..hahah..kelakar kan..hahahah..
p/s-islam seseorng nih diukur dgn ape yerk?..buat masjid byk2?..berjanggut?..berjubah?..
Kita orang Islam sepatutnya berusaha untuk mengukuhkan amalan kita sendiri. Buat apa nak bertelagah pasal masjid kalau kita sendiri tidak berusaha untuk meramaikan jemaah masjid. Pada saya yang diukur bukan pada besar dan indahnya masjid tapi jemaahnya yang besar setiap waktu sembahyang dan bukannya pada setiap hari Jumaat sahaja.
Perlukah masjid tu dibina setiap tahun? Masjid dibina sepatutnya ikut keperluan jemaah setempat, kalau perlu besar patutle diperbesarkan, kalau tak ada masjid perlu diadakan.
tOKONG TERBARU di Kampung Tawang,Bachok. kawasan Parlimen Bachok.kawasan ustaz nasa,timbalan presiden PAS...
lebih tinggi dr Jubakar,Tumpat..
Inilah Islam ala PAS yang Hampas..
-orang Bachok-
Ya lah...Pas saja yang Islam...
masum la katakan..wakakakakka..xdak dosaaa woo..heheh
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA TETAMU YANG MEMBERI PANDANGAN, ULASAN, KRITIKAN, TEGURAN DALAM BLOG INI. SAYA TERHARU DAN MERASA SUNGGUH BANGGA KERANA DAPAT KAWAN YANG BEGITU RAMAI SEKALI UNTUK BERKONGSI PENDAPAT DAN PANDANGAN. SELAMAT DATANG KAWAN-KAWAN. ADA MASA JENGAHLAH LAGI. JANGAN TAKUT UNTUK MENEGUR SAYA. INSYA-ALLAH AKAN SAYA JADIKANNYA SEBAGAI PENGAJARAN DAN IKHTIBAR. ISNYA-ALLAH
cuci diri n hati...
bykkn berzikir n solat sunat sebelum mengatakn sesuatu...
belaja n fahami lh sejarah...
mahathir disanjung dunia kerna arif dlm sejarah eropah...
tok guru nik aziz dsanjung sbgai ulama n pemerintah yg mantap kerna belaja sejarah islam...
bykkn makan garam...
baru belaja alif,ba',ta' tp dh berani tegur ulama,pekehel????????
ISLAM FIRST,BKNNYE MELAYU FIRST!!!
kepada penulis article ni
"hati luka seorang anak muda"
anda mahukn parti islam?!
jike btl ape yg anda tlis
buatlah parti sndiri jika anda mngatakn pas itu bkn prti islam
krana tiada prti islam lain di mlaysia
paiii semat
Gaban said...
Syukur Kelantan tiada ladang babi.
Syukur Kelantan majoritinya Melayu.
Syukur Kelantan ramai ustaz.
Syukur Kelantan masih tadbir ulama.
HAHAHA!! LAWAK NYE GABAN NI... TAK TAU KE KELANTAN PENGELUAR BABI KETIGA TERBESAR DI MALAYSIA? SELEPAS PERAK, DAN PENANG
YAKIN KE MB TU ULAMA? E DGR ORG CERITA JE ULAMA
Sejak kebelakangan ini, isu politik dan agama sering timbul di kalangan umat kita di Malaysia. Mungkin dek kehangatan pilihanraya Hulu Selangor barangkali.
Perlu diteliti, mengapa artikel ini timbul. Tanya sahaja kepada penulisnya. Nak menambah kehangatan pilihanraya kah wahai penulis? =)
Perlu ingat, jika nak menilai, nilai semua. Jika mahu keluarkan fakta, perlu bukti yang kukuh. Kerna apa, masakan tidak jika kita sendiri diberi kad pengenalan utk membuktikan kita ini rakyat Malaysia. Apatah lagi utk menceritakan tentang isu pembinaan kuil, bina masjid etc.
Mari anak muda, belajar utk berfikir, supaya zikir kita makin kuat, makin mantap.
Jika betullah apa juga yang dikatakan, bukti perlu disertakan sekali (gambar, dokumen, data, pengakuan). Baru tidak timbul keraguan.
Wahai penulis, jika ini hanya luahan individu, maka berhati-hatilah, kerna keraguan yang telah ditimbulkan menyebabkan fitnah boleh terjadi. Berapa ramai yang telah mebaca entri ini. Dan mungkin sudah ramai yang tidak percaya lagi dengan islam kerna secara ternag ingin memperjuangkan hak melayu.
Pernah dengar apa yang berlaku di P.Pinang, seorang pemimpin cina (DAP) menaikan hampir 100% dalam peruntukan utk Majlis Agama ISLAM di negeri tersebut. Macam mana pula tu?? tak mahu ulas.
Itu yang saya katakan tadi, adakah artikel ini dikeluarkan utk menghangatkan suasana pilihanraya di Hulu Selangor? atau utk menaikn traffic di blog?
sedia fakta, sedia bukti, sedia data...
Jangan menjarakkan lagi tarikan orang bukan islam kepada islam.
Jangan menjarakkan lagi nilai islam kepada orang islam..
Dan akhir sekali, permintaan ssaya, jika penialain pihak penulis mengenai pembinaan kuil dan rumah ibadat di Kelantan, saya mahu pihak penulis buat kajian tentang pembinaan kuil-kuil di seluruh negara, rumah-rumah judi, arak, pub, etc. yang telah dilaksanakan oleh kerajaan BN selama 50++ memerintah..boleh?
barulah adil namanya. tidak bersetuju. Tidak mengapa kerana,
jika kita masak nasi goreng, kita makan, dan kita cakap sedap. Tapi orang lain buat nasi goreng, belumrasa lagi anda dah cakap tak sedap..maka anda fikir, masuk akal atau tidak...
FIKIR DAN ZIKIR =)
emm...teknik yang baik menulis..memuji kemudian mengomen...abes datuk dan nenek yang dikatakan suci murni digunakan...
apa pun teknik yang digunakan..
UMNO tetap UMNO..
walau apa pun teknik yang digunakan..
DULUSELAMANYA tetap UMNO
DAH HILANG DOH NEGARA ISLAM WEEH... JADI KEBAJIKAN PULOK KAHKAHKAHKAH
TAHNIAH LA SBB JUAL AGAMA MU SENDIRI..
Islam itu bukan pada parti.jadi saya risau jika ada parti islam semalaya,nanti ada pula parti kristian semalaya,parti hindu semalaya dan macam2 lg.maka pastinya berlaku pergaduhan agama terutama apabila PRU.
Maka yahudi pun tepuk tangan gembira.
Catat Ulasan